Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...
Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

Laknat ke Atas Askar Marine Amerika !!

Video grab taken from an undated YouTube video showing what is believed to be US Marines urinating on the bodies of dead Taliban soldiers in Afghanistan

Gambar askar marine Amerika kencing beramai-ramai ke atas mayat-mayat pejuang Taliban yang terkorban pada 11 Jan 2012. Video kejadian ini tersebar meluas di internet dan youtube. LAKNAT Allah ke atas askar2 marine Amerika ini.

Wednesday, May 4, 2011

Kenapa Obama Enggan Membenarkan Gambar Mayat Usamah Dikeluarkan?

Assalamualaikum pengunjung yang sudi membaca. Berikut adalah berita yang dipetik dari Yahoo news;

osama_bin_laden_dead
Gambar tipu.......


Here are our top stories from Washington:
Obama decides not to release bin Laden photos
President Obama said he had decided not to release photographs of Osama bin Laden's body because they could have incited violence and been used as an al Qaeda propaganda tool. In deciding not to make public the pictures of the corpse, Obama resisted arguments that to do so could counter skeptics who have argued there is no proof bin Laden is dead. "I think that given the graphic nature of these photos, it would create some national security risk," Obama told "60 Minutes." [ID:nL3E7G4030]
Obama enggan mengeluarkan foto-foto mayat Usamah yang ditembak mati serta gambar2 pengkebumian   Usamah di laut sebagai bukti kesahihan kematian Usamah untuk ditunjukkan kepada dunia. Kenapa ya ? Cukupkah penjelasan beliau diatas ? Yakinkah kita dengan penjelasannya itu ? Masih ramai yang merasa amat ragu-ragu tentang alasan yang diberikan termasuklah rakyat Amerika sendiri.
Saya sendiri masih skeptikal atas sikap Amerika yang begitu baik hati mematuhi peraturan Islam yang menuntut  pengkebumian jenazah orang islam dalam tempoh 24 jam selepas kematian. Sungguh luhur niat mereka yang cuba mengelakkan kubur Usamah dijadikan Makam Wali dengan menguburkannya di laut!
Sungguh aneh sikap Amerika yang kadang-kadang tidak dapat dijangka.
Maka, keluarlah beberapa rasional atas tindakan2 Amerika ini selepas 'kematian' Usamah;
1. Ya memang benar, foto2 jenazah Usamah memang akan membangkitkan kemarahan masyarakat dunia Islam  seperti dakwaan Obama kerana keadaan jenazah yang hancur lebur dan menggerikan. Maklumlah beliau ditembak bertubi2 oleh sekumpulan Skuad khas Amerika sedangkan beliau tidak bersenjatapun. (pada mulanya Amerika  telah memaklumkan tentang pertempuran bersenjata dengan Usamah semasa serangan dibuat. Jelas Amerika adalah MUNAFIK !!! PUTAR BELIT !!).
2. Ya memang benar, jenazah Usamah serta wajahnya hancur lebur dan tidak boleh dikenali, maka bukan saja menaikkan kemarahan ummat Islam malah mungkin ada yang tidak mahu mempercayai bahawa mayat dalam foto-foto tersebut adalah  Usamah.
3. Mayat Usamah dikebumikan segera ke laut bukanlah kerana Amerika menghormati ajaran Islam, namun kerana ingin segera menyembunyikan ketidakperimanusiaan Amerika terhadap orang Islam yang telah dihancurkan tanpa belas.
4. Atau mungkin....Amerika telah tersalah menembak dan membunuh seseorang yang bukan Usamah !
Teori-teori di atas mungkin benar atau salah. Tapi kenapa Amerika terus-terusan berdolak-dalik? Setelah beberapa hari kesyahidan Usamah, hanya kenyataan-kenyataan dari White House sahaja yang kita terima sedangkan bukti2 visual tidak ditunjukkan sama sekali.....di zaman multimedia ini.....sukar kita menerima bukti2 mulut sahaja...

Tuesday, December 14, 2010

Apakah Allah Betul-Betul Ada? Buktikan !!!

Assalamualaikum pengunjung budiman. Iklan di perut kenderaan awam di Toronto, Kanada di bawah adalah iklan yang ditaja oleh golongan ateis yang ditujukan kepada ilmuwan beragama kristian. Perhatikan perkataan "Allah" pada perut bas tersebut. Juga ditujukan kepada orang-orang kristian ? Ya, benar.  Perkataan "Allah" bukan milik orang-orang Islam sahaja. Ianya adalah pemilik kepada semua penganut agama sam'iyat (Islam, Yahudi, Nasrani).


Sebenarnya, golongan aties sengaja mengiklan sedemikian kerana meniru kempen  ilmuwan kristian yang merendah-rendahkan orang Islam tentang kepercayaan dan iman mereka kepada Allah. Dalam laman web mereka di www.extraordinary-claims.com. mereka telah mentakrifkan "Allah" itu sebagai "God' yang digunakan oleh orang-orang Kristien berbangsa Arab dan penggunaan lazim oleh orang-orang Islam. 

"Kristien, apakah Allah betul-betul ada? Buktikan kalau Dia ada!" Demikian bunyi iklan yang akan segera diluncurkan di kenderaan awam di Toronto, Kanada. 

Tujuan golongan ini  memasang iklan itu sebagai "iklan akhir tahun". Poster-poster baru itu menggunakan slogan: "Kenyataan Luar Biasa Perlu Pembuktian Luar Biasa" dengan tulisan "Allah, Big Foot, UFO, Homeopati, Zeus, paranormal, Christ" tercantum di bawah ini.

Mereka akan mula memasang di kenderaan awam pada akhir Desember 2010 untuk kontrak hingga tahun depan. Kini mereka sedang menunggu peretujuan akhir dari Comision Transit Toronto, autoriti yang bertanggungjawab  menguruskan kenderaan awam tersebut.

Menurut Justin Trottier, Pengarah eksekutif nasional dari Center for Inquiry, sebuah kelompok ateis, projek itu tidak hanya terhenti di Toronto. "Kami juga merancang untuk memasang iklan pada bas-bas di Calgary, Vancouver, Ottawa, Saskatoon, dan Montreal," katanya.

 "Mengapa keyakinan tentang Big Foot dicap sebagai hayalan dan ditamatkan perbincangan sedangkan kepercayaan kepada Allah dan Christ dihormati dan terus dihormati? Semua pernyataan ini sama-sama luar biasa dan perlu didebat," katanya, seperti terungkap dalam laman web mereka.

Trottier menegaskan bahwa iklan tersebut tidak dirancang untuk menyinggung kebebasan beragama di Kanada. "Saya gembira jika semua orang melihat iklan ini. Ini sesuatu yang mencurigakan dan kami tertarik dalam debat yang sehat, tentang isu yang kami sebut sebagai kenyataan  luar biasa  itu," ujarnya. (sumber muslimdaily/rol)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.