Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...
Showing posts with label Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Lelaki. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

Nak Tahu Hensem Lelaki Tu kat Mana ?

Ensem tak ?

Assalamualaikum kepada yang sudi membaca. Bab kecantikan wajah selalu dikaitkan dengan wanita kerana wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan jauh-jauh. Dua perkara yang sinonim.Bagaimana kecantikan wanita itu dinilai ? Hmm....bergantung kepada mata si Penilai. Bak kata pepatah oghangputeh
 " Beauty lies in the eyes of the beholder ". 

Kita pusing 360 darjah soalan yang sama dan bertanya.....Kehenseman lelaki terletak dimana pula? Sama jugak cara menilainya......bergantung kepada mata yang memandangnya.  Bagi mata rabun saya, kehenseman suami saya terletak pada 'jebeng'nya dan hidung '5 inci' nya ....he he he.

Sebenarnya panduan atau tip menilai kehenseman seorang lelaki telahpun  diberikan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadith riwayat Al Hakim . Sabda Rasulullah saw
 "Kecantikan seorang lelaki itu ialah pada lisannya".

Sebenarnya wahai  pokcik-pokcik, yop-yop dan abang-abang semua, ramai wanita terpikat kepada lelaki kerana ketokohan mereka berhujah, berpidato atau berkhutbah.(Tapi....yang ada ketokohan berleter,buat ketupat, bergosip, memfitnah tu...sorry lah, kami wanita tak terpikat) dan bukan kerana kehenseman mereka yang mirip Justin Bebe ke, Najib ke, Obama ke, SRKhan ke....atau mana-mana artis pujaan . Yang memilih rupa, mungkin ramai juga....tetapi kepetahan bercakap atau berhujah dan berpidato itu sebenarnya lebih mencairkan hati wanita...! Kepada yang masih tercari-cari calon isteri atau calon tambahan, mulailah berlatih 'public speaking' selepas membaca entry ini ok. (Jangan berlatih dalam tandas nanti org sangka ada SIRI BERCAKAP DENGAN JIN-rujukan Ustaz Ismail Kamus).

Kepetahan berhujah ada kaitan rapat dengan kekuatan dan kepintaran aqal. Tanda lelaki pintar akalnya ialah yang petah bercakap dan mengandungi banyak ilmu serta hikmah dalam setiap percakapannya dan disitulah terletaknya kehenseman lelaki. Makin petah dia bercakap, makin tinggilah  martabat kehensemannya. Jadi.....anda hensem ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.