Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...
Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Mai Nak Habaq Pada Dr Maddey Apa Itu Malaikat ...Habaq Mai Tok Guru Mana Kata Malaikat Pun Buat Salah ???



Assalamualaikum Dr Madeyy dan semua pembaca yang sudi membaca. Semoga meneruskan ibadah yang diperkukuhkan melalui madrasah Ramadhan 1433H yang baru berlalu. Syukur dengan rahmatNya, kita masih diberi peluang untuk meneruskan amal ibadah di bulan Syawwal, bulan kemenangan.

Apa itu malaikat ?? Ya..ini  soalan budak darjah satu...tapi orang yang bertitle doktor belum tentu boleh menjawab soalan markah percuma ini . Sekiranya dijawab dengan akal fikiran  yang dangkal dan logik sendiri, lebih-lebih lagi tanpa bersandarkan kepada nas yang  bersumberkan wahyu Allah dan hadith yang sahih, boleh mendorong kepada pentafsiran yang sesat lagi salah...alamat hancusssslah  aqidahnya. Manakan tidak kerana beriman kepada Malaikat adalah rukun Islam yang wajib diimani dengan sebenar-benarnya.

Dr Madeyy,
Malaikat adalah makhluk ciptaan Allah yang berbeza sama sekali dengan kejadian manusia di segi zat, sifat dan tugas-tugasnya. Diciptakan terlebih dahulu daripada penciptaan manusia, tercipta daripada cahaya. Malaikat itu tidak lelaki dan tidak perempuan. Mereka termasuk makhluk halus yang tidak dapat dikesan melalui pancaindera biasa, maka urusan tentang Malaikat hanya Allahlah yang Maha Mengetahuinya kerana ia termasuk dalam perkara-perkara ghaib. Maka makrifah kepada malaikat terbatas kepada apa yang dijelaskan dalam Al Quran dan hadith dan tidak ada dalam mana-mana kitab-kitab kedoktoran.

Dr Madeyy,
Dalam kitab Al Jawahirul Kalamiyah, ayat 15 mentakrifkan malaikat itu sebagai;
“Mereka itu adalah jisim-jisim yang halus, dijadikan daripada cahaya, tidak makan dan tidak minum, mereka adalah hamba-hamba yang dimuliakan, tidak menderhakai Allah dalam melaksanakan apa-apa yang diperintahkan kepada mereka dan mereka mengerjakan apa-apa yang diperintahkan kepada mereka.”

Dalam sebuah hadith meriwayatkan;
“Malaikat itu diciptakan daripada cahaya, jin diciptakan daripada nyala api dan Adam diciptakan dari apa yang telah diterangkan kepada mu” Riwayat Muslim.
Firman Allah dalam Al Baraah : 26;
“Dan Ia (Allah) menurunkan tentera (malaikat) yang kamu tidak lihat dan Ia seksa mereka yang kafir, yang demikian itu sebagai ganjaran bagi orang-orang kafir”

Namun dalam keadaan tertentu, malaikat itu dapat menjelma seperti bentuk dan rupa manusia dengan izin Allah melalui pancaindera biasa. Banyak dalil-dalil Al Quran yang menceritakan tentang penyerupaan malaikat kepada rupa fizikal manusia yang boleh dilihat;
“Dan ceritakanlah kisah Maryam yang tersurat dalam kitab, ketika dia berangkat meninggalkan keluarganya ke suatu tempat yang terletak di sebelah timur. Dia membuat tabir dari mereka. Kemudian kami (Allah) mengutus Roh Kami (Jibril) kepadanya, maka ia menjelma di hadapannya sebagai seorang manusia yang sempurna” Maryam : 16-17.

Malaikat juga boleh diperlihatkan dalam keadaan diri mereka yang sebenar dengan izin Allah seperti yang di saksikan sendiri oleh Rasulullah ketika Isra Mikraj. Rasulullah telah menceritakan bahawa Jibril as mempunyai ratusan ribu sayap ketika baginda diizinkan melihat Jibrail semasa di mikraj. Sering juga malaikat bertemu Rasulullah dalam rupa manusia yang berjubah putih dan wajah yang putih bersih untuk mengajarkan sesuatu kepada Baginda.

Dr Maddeyy,
Malaikat adalah hamba Allah yang sangat dimuliakan walaupun kejadian manusia adalah sebaik-baik kejadian berbanding kejadian malaikat itu sendiri. Malaikat hanya diberi aqal, manakala manusia selain dibekalkan dengan aqal mereka dilengkapkan dengan nafsu .
“Bahkan mereka (malaikat) itu adalah hamba-hamba Allah yang dimuliakan” Al-Anbiya : 26.

Kemuliaan mereka adalah kerana kepatuhan mereka yang  sangat luar biasa, tidak engkar, menjalankan tugas dengan tepat menurut perintah, tanpa lengah sesaatpun, tanpa ada salah dan silap dalam semua tugas yang amanahkan !!!!!  Ada malaikat yang terus sujud sampai kiamat, ada yang terus rukuk sampai kiamat, bersolat sebaik sahaja azan dilaungkan tanpa lengah sesaat pun. Ce coba crita, tang mana malaikat itu ada buat salah ??? Tok Guru mana yang habaq macam tu ???.  Tok Guru mana Maddeyyy Dey Dey Oiiiii??

Dr Maddeyy,
Allah SWT Maha Bijaksana kerana menciptakan pegawai-pegawaiNya yang sifar kesalahan  dan tersangat cekap lagi tersangat bersih, tersangat amanah dan tersangat patuh !! Kerana Dia telah mengagihkan tugas-tugas yang amat berat yang berkaitan dengan hal-hal ghaib yang manusia tidak mampu melaksanakannya.
Inilah antara tugas-tugas malaikat yang sangat mulia;

1.       Pembawa wahyu Tuhan. Tak kan mereka tersilap nabi, takkan mereka tersilap membacakan kalamullah . Takkan mereka tersalah haribulan!!
“ Katakanlah. Barangsiapa yang menjadi musuh Jibril, maka sesungguhnya Jibril itu menurunkan wahyu ke dalam hatimu denga izin Allah, membenarkan wahyu yang terdahulu daripadanya untuk menjadi petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang beriman” Al Baqarah : 97.

2.       Pemberi salam kepada ahli syurga. Takkan tersilap mereka membawa salam kepada ahli narrrr !!
“Dan para malaikat menemui mereka (ahli syurga) itu dari segala pintu. Mereka mengucapkan Selamat ke atas kamu sekelian (memasuki syurga) kerana keteguhan hatimu” Ar Rad : 23-24.

3.       Menyeksa ahli neraka. Takkan mereka tersilap memberi siksaan. Takkan mereka tersilap memilih pesalah !!!.
“Tidaklah kami jadikan untuk menjaga neraka itu melainkan malaikat” Al Muddatsir : 31.

4.       Mendoakan orang beriman. Takkan salah doa yang dibacakan dan takkan dia tersalah orangnya.
“ Pada setiap pagi hamba Tuhan disertai dua malaikat yang berdoa. Yang satu berkata . Ya Allah berikanlah kerosakan terhadap orang yang enggan membelanjakan hartanya (untuk sedekah). Sedang yang lainnya berkata. Ya Allah berikanlah gantian terhadap orang yang gemar membelanjakan hartanya (untuk kebaikan).” Hadith Rasulullah.

5.       Pencatat amal perbuatan. Takkan salah apa yang dicatatnya walau sezarahpun !! kerana dosa dan pahala perlu dicatat dengan haq walau perbuatan yang sebesar zarrah jua .
“Sesungguhnya untukmu semua ada beberapa penjaga, malaikat yang mulia sebagai pencatat. Mereka mengetahui apa sahaja yang kamu lakukan” Al Infithar : 10-12.
“Ingatlah ketika disambut oleh dua malaikat penyambut. Yang seorang duduk di sebelah kanan dan yang lainnya sebelah kiri. Tidak sepatah katapun yang diucapkan oleh manusia itu, melainkan di dekatnya ada pengawas, siap sedia (mencatatnya)” Qaf : 17-18.

6.       Pencabut nyawa. Takkan tersalah orang nyawa melayang !! Takkan terlewat takkan tercepat waktu  ajalnya . Takkan tersilap malaikat buat kerja yang bukan main-main ini !!.
“Katakanlah. Malaikat maut yang disertai tugas untuk mematikan kamu” AsSajadah : 11.

7.       Penghibur hati orang-orang beriman. Takkan tersilap malaikat memilih orang. Takkan salah cara menghibur !!
“ Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan bahawa Allah itu Tuhan kami, kemudian mereka itu berpendirian teguh, malaikat akan turun kepada mereka, seraya berkata. Jangan kamu takut dan jangan berdukacita dan terimalah berita gembira memperoleh Syurga yang telah dijanjikan kepadamu”. Fushilat:30-31

8.       Pengukuh jiwa Mukmin, Memperkuat barisan Mukminin  . Semua ini adalah tugas-tugas melibatkan perkara ghaib dan kekuasaan Allah. Mana mungkin malaikat-malaikat ini membuat kesilapan.
“KetikaTuhanmu mewahyukan kepada para malaikat, sesungguhnya Aku (Allah) bersama kamu semua maka perkukuhkanlah orang-orang yang beriman.” Al Anfal : 12.

9.       Penyoal kubur, Penjaga rezeki, penjaga syurga-neraka , penjaga alam, penjaga gunung-ganang  dan pelbagai tugas-tugas alam ghaib yang diperintahkan kepada para malaikat alaihissalam. MANA MUNGKIN MEREKA MEMBUAT KESILAPAN Maddeyyyy !! Mereka adalah hamba Allah yang berterusan beribadah sehingga hari kiamat. They are error-free!!

Dr Madeyy,
Ce cuba sebutkan 10 nama malaikat yang kamu tahu ?? Ada berani ? Jangan masukkan  malaikat ISRAEL udahle !! Kalau itupun tak boleh nak jawab......jangan dok memandai cerita pasal  malaikat. Entah cerita israeliyyat APCO mana yang kau kutip.  Alahai....setan yang ku kenal...........

Saturday, May 12, 2012

Jom Analisis Kuning-Merah. Sapa menang ????

Assalamualikum semua. Lu pikir la sendiri...



Kuning BERSIH 3.0
28 April 12
Gelombang  Merah Najib   11 Mei 12
Objektif
Keadilan  Pilihanraya bersih dgn 8 tuntutan  penambahbaikan  SPR
Tunjuk power dan pengaruh Najib Rosmah
Cara
Duduk-bantah  aman di Dataran Merdeka. Tapi di halang.
Berkumpul bersorak sorai aman d Stdium Bukit Jalil
Kerjasama Polis
Tiada. Kerjasama dgn gas pemedih mata dan water canon.
Ada. Jadi khadam umno.
Kehadiran
250 K –sumber Msiakini
100 K – sumber Berita Hairan
Fakta peserta
Kenderaan- sendiri
Duit minyak – sendiri
Makan minum – sendiri
t-shirt – beli sendiri
Ke tempat perhimpunan – jalan kaki 1-5 Km.    
Suasana- panas dan         hujan asid.
Kenderaan – tajaan umno dari duit poket bapak umno (agaknya). Bas KL dan selangor kosong. Terpaksa impot peserta dari luar KL.
Duit minyak – sumbangan Najib Rosmah (agaknya)
Makan minum – diberi duit poket dan disediakan makan minum dari sumber halal umno (agaknya)
t-shirt – Yessss !! semua dapat percuma. Tajaan ikhlas umno !!
Ke tempat perhimpunan – bas berhenti depan stadium.
Suasana – duduk nyaman, teduh.
Kesan perhimpunan
Dibelasah polis.
Cedera parah/ patah riok/ mata pedih/sesak nafas/ kena operation/ masuk spital.Dirempuh kereta polis.
Merengkuk dlm lokap.
Muncul dalam poster “WANTED” polis/
Diseret ke mahkamah


Fatwa : Haram
Seronok dpt jalan free, makan free dan t-shirt free.
Seronok dapat tengok wajah syahdu najib-rosmah.


Fatwa : Belum dibuat. Jangkaan halal.


                          Bersih 3.0 and Anti-Lynas …  

Sunday, July 10, 2011

BERSIH 9 Julai. Ikhtiar Rakyat Mengubah SistemYang Korup Lagi Kurap

BERSIH  go global....di Mesir

Anak muda sebagai agen perubahan

Alfatihah kpd pejuang keadilan BERSIH 2.0 Allayarham Baharudin Ahmad dari Keramat. Semoga perjuangan almarhum dicatat sebagai satu jihad dan dianugerahi pahala  yang tidak putus-putus. Amat terharu melihat video saat akhir almarhum yang tidak putus-putus mengucap takbir dan kalimah Allah  ketika rebah dihambat polis.

Saturday, May 14, 2011

Yang Bersongkok Tinggi Tu....Mungkin Kristian

Harakahdaily.net, Ahmad Tajdid  15 Mei 2011
Amno dan kristian..

MASIH ingat lagi John Ghani? Beliau ialah perwakilan Umno Sabah dan pertama kali muncul dalam perhimpunan agung parti itu setelah Umno membuka keahlian kepada Bumiputera selain bangsa Melayu.
John Ghani menjadi popular kerana loghat Sabahnya apabila menyebut "zink" sebagai "jink" ketika berucap dalam perhimpunan agung Umno. Antara yang menyiarkan ucapan wakil Sabah dari etnik Kadazandusun beragama Kristian itu adalah Utusan Malaysia, akhbar milik Umno.
Keputusan Umno untuk bertapak di Sabah sebenarnya membawa banyak perubahan kepada dasar, perlembagaan dan landskap parti nasionalis itu. Jika sebelum masuk ke Sabah, Umno dikenali sebagai parti Melayu dan hanya menerima Melayu (yang ditakrif mesti beragama Islam) sebagai ahli; namun setelah masuk ke Sabah, Umno mula menerima ahli bukan Islam asalkan ia seorang Bumiputera.
Seorang Kadazan atau Murut beragama Kristian layak menjadi ahli Umno kerana mereka ialah Bumiputera. Malah Umno telah mencatat sejarah apabila seorang ahlinya yang beragama Kristian, Dato' John Ambrose dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian Penampang.
Fasal 4 perlembagaan Umno menyebut bahawa ahli-ahli Umno adalah dua jenis iaitu ahli biasa dan ahli bergabung.
Ahli Biasa ialah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas (Fasal 4.2).
Ahli Bergabung adalah sebuah pertubuhan politik yang bersetuju berkerjasama dengan Umno dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi (Fasal 4.3). Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kini menjadi Ahli Bergabung Umno.
Pada Fasal 5 berhubung pendaftaran keahlian, disebut bahawa tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai ahli Umno mengikut Perlembagaan dan peraturannya.
Sehubungan itu, bukanlah satu perkara yang pelik bagi Umno mempunyai seorang ahli beragama Kristian asalkan ia seorang Bumiputera. Malah bukan menjadi satu keganjilan jika Umno khususnya di Sabah satu ketika nanti akan dikuasai orang bukan Islam jika majoriti Bumiputera bukan Islam di Sabah mengambil keputusan menyertai Umno.
Sebaliknya seorang Cina dan India beragama Islam tidak diterima menyertai Umno. Ini kerana parti itu menetapkan anggotanya mestilah seorang Melayu atau Bumiputera. Meskipun beragama Islam, seorang Cina atau India tidak boleh menyertai Umno kerana ia parti yang hanya dikhaskan untuk Melayu dan Bumiputera.
Sebagai contoh, walau bagaimana hebat pun seorang Cina itu membela Umno mahupun dasar-dasar Umno dan BN, seperti dilakukan pensyarah kanan Universiti Pertahanan Malaysia, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah; beliau tetap tidak diterima menyertai Umno kerana dia seorang Cina yang hanya layak menyertai MCA atau Gerakan. Malah Ridhuan Tee juga tidak boleh menjadi Ahli Bergabung Umno kerana beliau seorang individu dan bukannya sebuah pertubuhan politik.
Jadi apalah peliknya Umno untuk hidup harmoni dengan lain-lain masyarakat Malaysia berlainan agama kerana parti itu sendiri mempunyai ahli bukan Islam khususnya Kristian? Jika benar pun wujud konspirasi atau pakatan sulit untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, apakah logiknya pakatan itu jika penduduk Kristian di negara ini hanya mewakili 10 peratus jumlah penduduk.
Malah ahli Parlimen DAP Jelutong yang dikaitkan dengan dakwaan konspirasi itu sendiri beragama Buddha dan bukannya Kristian seperti anggapan kebanyakan orang. Majlis itu juga turut dihadiri ahli jawatankuasa DAP cawangan Bukit Tumba, Mohamed Razali Abdul Rahman. Mustahil bagi para paderi dan pastor berkonspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara dengan kehadiran penganut Islam.
Jika Utusan Malaysia dan pemimpin Umno begitu risau dengan pengaruh Kristian di Semenanjung sehingga boleh menjejaskan taraf Islam sebagai agama Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan, mengapa ia tidak melihat usaha Umno Sabah bagi menarik lebih ramai Bumiputera bukan Islam menyertai parti itu sebagai satu ancaman?
Malah Umno Sabah telah membentuk satu pasukan petugas khas bagi menarik lebih ramai Bumiputera bukan Islam dari kalangan etnik Kadazandusun dan Murut untuk menyertai Umno. Usaha ini, kata John Ambrose adalah untuk menguatkan lagi kedudukan Umno di Sabah.
Langkah Umno Sabah ini, kata Ketua Umno Bahagian Penampang itu mendapat lampu hijau daripada Presiden Umno (ketika itu), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Dato' Seri Najib Razak.
Mungkin ada di kalangan penyokong fanatik Umno berpendapat bahawa keadaan ini khusus untuk Sabah sahaja dan tiada kaitan dengan politik Semenanjung. Bagaimanapun gerakan yang dipelopori Umno Selangor bagi memindahkan para pengundi Sabah ke Selangor khususnya di Shah Alam boleh menangkis hujah ini.
Kesimpulannya, isu yang digembar-gemburkan Utusan Malaysia bersumberkan dua laman blog pro-Umno itu sengaja ditimbulkan untuk memburuk-burukkan DAP dan mengaitkannya dengan gerakan Kristianisasi. Ia tiada kaitan langsung dengan survival umat Islam mahupun kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Semua episod ini dirancang bertujuan mengocak sentimen umat Islam khususnya bangsa Melayu untuk memastikan sokongan mereka terus kepada Umno. Apatah lagi parti itu ingin dilihat sebagai pembela dan benteng politik Melayu Islam.
Sudah-sudahlah tu... dalam Umno pun dah ada Kristian.
--------------

Monday, February 7, 2011

Jom Kita Demo Desak Nik Aziz Letak Jawatan !!




Harta Tok Guru setelah 23 tahun jadi Menteri Besar


Rumah Wak yang hanya bertakhta 8  tahun

Assalamualaikum pengunjung budiman. Ramailah puak-puak Melayu berkata...Tok Guru mesti letak jawatan sebab dah lama memerintah macam Hosni Mubarak. Saya sutuju.....saya setuju ........kalau ada siapa-siapa yang berjaya menggali berapa billion harta dia seperti berjayanya orang tertentu menggali harta berbillion Taib Mahmod, Hosni Mubarak dan Zain El Abidin. Saya juga amat-amat setuju, Tok Guru melepaskan jawatan kalau kediamannya bernilai berjuta-juta ringgit macam MB Songkok2 Tinggi. Maklumlah dah terlalu lama jadi MB. Khir Toyo hanya sempat 8 tahun jadi MB, rumah berjuta-juta giler nilainya dah pasti  rumah Tok Guru tergiler-giler mewah dari khir toyo. Kalau sapa-sapa boleh tunjuk bukti-bukti ni.....set kita ajak geng2 kopiah putih dan tudung2 labuh buat demo rakyat macam kat Mesir desak Tok Guru letak jawatan segera. Kalau tidak ada bukti......pemimpin macam inilah kita mahu dia memerintah sehingga ke akhir hayatnya kerana duit rakyat pasti selamat. TAKBIR !!

Tuesday, January 25, 2011

Tabik Spring Buat Cikgu Mala. Anda Telah Menang Sebelum Masanya

Assalamualaikum pengunjung budiman. Sajak yang tidak berapa seni ini saya tujukan teristimewa buat insan istimewa N05 Tenang, Cikgu Normala Sudirman. Harap-harap, cikgu Mala terbaca entri ni....

Srikandi Tenang yang tenang menangkis setiap serangan

Cikgu Mala
Kau guru.....aku juga guru
kau wanita......aku juga wanita
kau ibu kau isteri....aku juga ibu juga isteri
(kau sungguh manis.....aku terlebih manis  he...he....)

Tapi apa bezanya kita ?
Bezanya....kau guru yang telah meletak pena untuk mengangkat martabat bangsa
sedangkan aku guru yang masih duduk dikerusi yang menunggu tamatnya masa
Kau wanita besi kau srikandi.........memikirkan masalah rakyat dalam negeri
sedangkan aku wanita biasa yang memikirkan bila nak gi shopping minggu ini

Peribadimu diserang......fitnah terhadapmu berapi-rapi
peribadiku tidak cemerlang......keselesaanku menjadi-jadi
kau pemimpin muda......aku dah mula tua tapi perlu dipimpin sampai ke mati

Itulah bezanya kita,  ibarat langit dengan bumi
ibarat Menara PAS dengan KLCC
ibarat lasagna dengan gulai lemak cili api
tersangatlah bezanya.......
Tabik spring buat mu Cikgu Mala
Kau telah menang pilihanraya sebelum masanya !!



Tuesday, January 18, 2011

EH ! Eh ! Macam Kembar Jer...


Assalamualaikum pengunjung budiman. Dua wajah kembar tak seiras ni dari lain mak ayah, dari dua tempat berbeza tapi seiras dalam mengabiskan bogheh negaro.......

Wednesday, January 5, 2011

Tak Kesian Betoi Anak Yatim Ni.

Oh anak yatim....

Assalamualaikum pengunjung budiman. Saya memang tak kesian langsung akan anak yatim ni. Walaupun dah ada dua laporan polis dibuat tentang jenayah yang entah betul entah tidak dilakukan oleh anak yatim ini sebab bersumberkan laporan  Wikileaks namun tidaklah ada rasa belas ehsan saya terhadap anak yatim ini. Sebabnya...ada banyak sebab.

Sebabnya anak yatim ini adalah anak yatim piatu yang kematu. Dah ganyut !! Sebab anak yatim ini adalah individu tersohor tanahair yang telah lama perjuangkan bahasa, budaya dan ketuanan Melayu dan bukannya yatim merempat yang tak da siapa nak peduli. Rupa-rupanya nak yatim ini adalah seorang pejuang yang asyek didendang-dongdang sayangkan oleh bangsanya. Sebab hidupnya mewah berpangkat besar, bergaji besar, berkereta berumah besar serta berbini besar. Kalau didapati benar laporan jenayah aib yang dilakukan oleh anak yatim ini...maka sahlah bahawa dia juga bernafsu besar !!

Tak lah saya kesian langsung kepada anak yatim ini walaupun mungkin tuduhan itu sekadar  nak mengaibkan dirinya seperti teraibnya DSAI kerana tukang-tukang cover dan back-ups dah 'stand-by' di mahkamah2, di bilik2 cetak surat-surat khabar meloya, di RTMenipu dan konco-konco kebal UMNAPCO telah bersedia atas dasar 1Malaysia : NgabisWangRakyat Didahulukan, Pencacai Diutamakan. Rakyat-rakyat lekeh tak akan termimpi untuk mendapat pembelaan sedemikian rupa seperti anak yatim istimewa ini. Jadi...buat apa saya nak kesian kepada anak yatim ni.....!!

Kalaulah pertuduhan ke atas anak yatim ini kerana rasuah ke, salah guna kuasa ke, kerana tidak memberi keadilan kepada rakyat ke tak lah dihairankan sangat kerana itulah pertuduhan2 yang biasa ditujukan kepada individu yang mempunyai status dan kuasa seperti anak yatim ini. Tapi kalau dituduh merogol amah...waduh malunya teman! Sungguh aib 1Malaya! Kok nggakk punya high-taste gitukk? Main tangkap muat aja! Adakah mungkin kerana dia hidup dengan rezeki hasil air tangan yahudi APCO kerana seorang anak yatim kematu yahudi berusia 63 tahun, Moshe Katsav bekas Menteri Pelancongan Israel, telah didapati bersalah merogol setiausahanya pada tahun 1990. Hah ! Sekufu le tu. Walaupun saya tidak ada belas ehsan kepada anak yatim ini, saya tetap mengharapkan bahawa pertuduhan aib ini adalah tidak benar kerana sebagai seorang Islam kita tidak boleh menerima mentah-mentah berita dari sumber yang fasiq.

Seseorang tidak boleh dianggap bersalah sehingga ia dibuktikan  bersalah. So nasihat saya kepada anak yatim ini, cubalah try membela diri agar sekurang-kurangnya ada yang bersimpati dan rasa kasihan. Senyap itu tanda setuju . Dahlah ramai yang tak kesian kat anak yatim ini , senyap itu akan membuat makin ramai yang menyampah dan menyumpah anak yatim ini.

Thursday, December 16, 2010

Apa Ke Mendenya 'Kangaroo Court' Tuhh ?


Assalamualaikum pengunjung budiman. Bagi mereka yang prihatin dengan perkembangan politik tanah air , mungkin istilah 'kangaroo court' atau 'mahkamah kangaroo' tengah panas diperkatakan oleh mereka yang meluat dengan sistem keadilan di tanah air kita. Saya tak lah nak menyebutnya sangat tapi istilah itu asyek diulang-ulangkan masuk ke corong telinga saya ni. Tapi apa ke mendenya menatang 'kangaroo court' tu ? Kangaroo semua orang faham jenis menatang apa....cuma bila dah campur dengan terma "court" mesti ada konotasi yang berbeza. Rasa-rasa macam tahu, namun yang pastinya memang saya ngak tahu. Jom sama-sama kita belajar bahasa....

Dipercayai frasa ini bukan berasal dari Australia tetapi dari Amerika yang dipopularkan semasa California Gold Rush pada tahun 1849.

Makna 1 :n.
  1. A mock court set up in violation of established legal procedure.
  2. A court characterized by dishonesty or incompetence. (west's Encyclopedia of American Law)                
     Maksudnya :1.  Mahkamah palsu atas pelanggaran prosedur yang sah. 2. Mahkamah yang bercirikan ketidakadilan dan ketidakcekapan.

Makna 2 : slang for a court of law in which the violations of procedure, precedents, and due process are so gross that fundamental justice is denied. It usually means that the judge is incompetent or obviously biased.(The Free Dictionary)
     Maksudnya : Bahasa pasar untuk mahkamah yang melanggar prosedur, peraturan2 dan proses2 wajib yang mana mahkamah ini menolak asas2 penghakiman yang adil. Hakim berat sebelah.

Makna 3kangaroo court or kangaroo trial is a colloquial term for a sham legal proceeding or court. The outcome of a trial by kangaroo court is essentially determined in advance, usually for the purpose of ensuring conviction, either by going through the motions of manipulated procedure or by allowing no defense at all.(Wikipedia)
     Maksudnya : Istilah dalam bahasa percakapan yang membawa maksud penghakiman dimanipulasikan atau penghakiman yang palsu. Keputusan dibuat sebelum perbicaraan. Keputusan bersalah kepada tertuduh biasanya tidak ada pembelaan diri.

Makna 4 : Ada 'Conflict of interests' atau kerja bangang dalam menjatuhkan hukuman kepada kumpulan yang tidak ada kepentingan bagi speaker dewan tanpa ada pembelaan diri sewajarnya seperti menggantung ahli dewan sewenang-wenangnya untuk membolehkan kumpulan yang ada kepentingan dengan speaker untuk menguasai 2/3 dewan . (Parlimen Mesia)

OOOOOO....baru le saya faham maksud 'kangaroo court' tuh !!

Friday, November 5, 2010

Setakat Mana Jayanya Memilih Pimpinan Islam Melalui Kertas Undi


Assalamualaikum pengunjung  budiman. DALAM putaran sejarah global, perdebatan hubungan antara Islam dan demokrasi belum pernah tuntas. Maulana Abul A’la al-Maududi dan mujaddid, Hasan al-Banna adalah antara dua tokoh terkenal dunia Islam yang berpihak kepada anti demokrasi. Masih ramai tokoh-tokoh politik Islam merasakan amalan demokrasi itu tidak sekufu dengan amalan siasah Islam. Namun apabila senario politik dunia berubah dimana demokrasi telah menjadi amalan bagi negara-negara yang dianggap berdaulat termasuklah beberapa negara Islam yang mengamalkannya walaupun tidak semua, pandangan terhadap demokrasi menjadi semakin optimis.

Isitilah "demokrasi" berasal dari Yunani Kuno yang diutarakan di Athena kuno pada abad ke-5 SM. Negara tersebut biasanya dianggap sebagai contoh awal dari sebuah sistem yang dikaitkan dengan hukum demokrasi moden. Namun, erti dari istilah ini telah berubah sejalan dengan waktu, dan definisi moden melalui evolusi sejak abad ke-18, bersamaan dengan perkembangan sistem "demokrasi" di banyak negara. Kata "demokrasi" berasal dari dua  istilah, yaitu demos yang bererti rakyat, dan kratos/cratein yang bererti pemerintahan, sehingga dapat diertikan sebagai pemerintahan rakyat, atau yang lebih kita kenal sebagai pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.
 
  Sistem demokrasi telah dijelmakan dalam pilihanraya umum dan telah menjadi mekanisme untuk menentukan komposisi pemerintahan secara berkala.  Waktu inilah rakyat menunjukkan kuasanya sebagai pemilih pemerintah yang diidamkan untuk membela kepentingan mereka sebagai rakyat pada sehelai kertas yang dinamakan kertas undi.

Setakat mana sistem demokrasi ini dapat membantu umat Islam memilih kepimpinan Islam yang sebenarnya yang dapat membela Islam dan kesejahteraan umatnya? Pakar penganalisis politik mungkin dapat menghurainya dengan panjang lebar dari pelbagai sudut  tentang jaya gagalnya demokrasi tetapi bagi saya yang rabun politik ni, mempunyai pandangan yang tersendiri.

Bagi saya, demokrasi TIDAK PERNAH BERJAYA membentuk pemerintahan negara Islam yang ideal. Saya berpegang kepada hujah ini setelah memandang kepada beberapa fakta sejarah;

1. Algeria -
Konflik di Algeria berlaku pada 1992 di mana tentera telah membatalkan keputusan pilihan raya Algeria kerana ia dimenangi oleh parti fundamental Islam, Islamic Salvation Front (FIS) yang menentang parti sekular National Liberation Front (FLN). Ramai yang terbunuh selepas pilihan raya itu . Sebaliknya Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat  hanya berdiam diri sahaja meskipun parti Islam Algeria menang melalui kertas undi atau sistem demokrasi. Tragedi pembatalan keputusan undi telah meragut ribuan nyawa rakyat yang menyokong FIS dalam pembunuhan beramai-ramai oleh tentera kerajaan mengakibatkan gerila-gerila Islam muncul dengan banyaknya dengan mengadakan pemberontakan bersenjata terhadap kerajaan haram Algeria dan penyokong-penyokongnya.

2. Turki -  
Pilihan raya Umum Turki yang ke-16 diadakan pada  2007 dan akhirnya telah dimenangi oleh Parti Pembangunan Dan Keadilan (AKP) yang dipimpin oleh Recep Tayyib Erdogan yang kontroversi.
Parti Pembangunan dan Keadilan pernah diharamkan tetapi didaftar kembali dengan nama lain. Parti Islam itu diharamkan pendaftarannya oleh puak-puak tentera yang masih nasionalis dan sekular kerana memandang Islam hanya faktor memundurkan Turki. Andaikata Erdogan menggunakan jenama "Islam" sudah pasti  parti itu diharamkan dari didaftarkan dalam pilihanraya umum Turki. Sekarang pun Parti Pembangunan dan Keadilan dikhuatiri mempunyai agenda yang tersembunyi. Mereka masih ragu adakah parti ini akan melaksanakan syariat Islam seperti isu berbertudung , poligami , murtad dan lain-lain yang sebanding dengannya. Ini semua akan menghapuskan asas sekular di Turki yang telah diterapkan oleh pemimpin agung mereka, Mustafa Kamal Atartuk. 

3. Palestine
Hamas menang pilihanraya 2006, penyokong kuat Israel, pentadbiran George W Bush tetap enggan menghormati kejayaan besar Hamas mengaut 76 kerusi parlimen, apabila mengugut untuk membatalkan bantuan sebanyak AS$400 juta setahun kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA). Malah Hamas dicap sebagai parti pengganas. Walhal kemenangan Hamas adalah melalui pemilihan secara demokrasi melalui kertas-kertas undi pelajar-pelajar universiti dan rakyat yang menyokong usaha jihad Hamas menentang negara haram Israel.


Hamas pimpinan Ismail Haniyeh memenangi pilihanraya pada tahun 2006 tetapi tidak diiktiraf oleh Barat terutamanya sekutu-sekutu Israel malah dicap sebagai pengganas.

Manakala Kesatuan Eropah walaupun meneruskan bantuan tahunan sebanyak AS$606 juta, terus mendesak Hamas menghentikan perjuangan bersenjata dan mengiktiraf Israel.

4. Pakistan- 
Secara purata, hanya 42% rakyat Pakistan yang keluar mengundi pada setiap musim pilihanraya umum. Pernah mencapai hanya 35% rakyat yang keluar mengundi. Boleh dipercayai demokrasi ini ?

5. Malaysia
 Malaysia telah melalui 12 kali pilihanraya umum semenjak 1959.Terlalu banyak tembok yang perlu ditembusi terlebih dahulu sebelum demokrasi dapat berjalan dengan telus ; SPRM yang prejudis, ISA, media yang berat sebelah, politik wang, mentaliti rakyat yang sukar ditransformasikan,  katak-katak lompat, rampasan kuasa, dan pelbagai halangan yang lain. Sejarah demokrasi  tanahair kita hanya menyaksikan Islam hanya mampu menakluki negeri-negeri kecil sahaja, itupun belum pasti lagi setakat mana parti Islam itu boleh bertahan dinegeri-negeri tersebut.

Dari fakta-fakta sejarah yang telah saya paparkan congakan bodoh saya mengatakan Islam tidak akan berjaya memerintah dengan demokrasi. Saya yakin dengan firman Allah :

" Dan jika engkau menurut kebanyakan (majoriti) orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta." An'Am : 116.

Nak harap Islam memerintah melalui kertas undi ? Jawapannya saya buat melalui satu kesimpulan daripada fakta-fakta sejarah diatas. Majoriti manusia tidak memilih jenama Islam, kalau parti Islam menang pun, akan berlaku kudeta atau rampasan kuasa atau pembatalan keputusan atau tidak diiktiraf dunia lebih-lebih lagi dunia Barat. Demokrasi melalui kertas undi sebenarnya bukan untuk Islam. Itu sebab kekalahan parti Islam di Galas atau dimana-mana dibumi Malaysia ini, saya tak hairan sangat.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.