Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...
Showing posts with label Hikmah. Show all posts
Showing posts with label Hikmah. Show all posts

Thursday, September 8, 2011

Aidilfitri Yang Hiba.Memikirkan Hikmahnya

Assalamualaikum kepada pengunjung budiman. Jenuh ana memikirkan hikmah kejadian musibah yang menimpa keluarga sehari sebelum Aidilfitri menjelang, pada 29 Ogos, Isnin. Empat anak (dari lapan orang) yang menaiki Viva, berconvoy dari Kelantan untuk beraya di Perak, terlibat kemalangan di lebuh raya timur barat, Batu 13 Gerik. Lemah longsai menerima panggilan kecemasan dari seorang lelaki budiman yang membantu anak2 ketika kemalangan berlaku, di waktu kenderaan ana mendahului kenderaan anak-anak dan meninggalkan mereka di belakang. Aidilfitri  kali ini kami berendam airmata di Hospital Besar Ipoh, sesuatu yang tidak pernah terfikirkan dan dibayangkan. Hampir setiap hari ana bersujud syukur dan bersolat hajat kerana semua anak-anak ana selamat walaupun ada yang cedera. Ya Allah, Engkaulah Maha Bijaksana mengaturkan segala sesuatu. Pasti sarat hikmah atas musibah yang melanda kami sekeluarga. Ya Allah berilah kami kekuatan dan hidayah untuk menempuh ujian berat ini. Aamiin.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.