Salam Idul Adha buat semua saudara-saudara seIslamku di setiap belahan bumi Allah ini. Berkorbanlah apa sahaja , harta ataupun nyawa semata-mata untuk bertaqarrub kepadaNya.
Semoga hidup sentiasa di bawah petunjuk dan hidayahNya.
“Daging dan darah haiwan korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa daripada kamu.” (Surah al-Hajj, ayat 37).