sumber : ceramah politik
Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...
Pages
Showing posts with label Satira Politik. Show all posts
Showing posts with label Satira Politik. Show all posts
Saturday, June 9, 2012
Ana suka yang nih...hhehehehe
Hari2 kluar ceta umno ngan rasuah....apa MCA sama MIC banyak bersih ka??korrekk...korrekk...korrek k....kehhhh....kehhhh....
sumber : ceramah politik
sumber : ceramah politik
Monday, March 7, 2011
Alahai..... Hari Wanita 8 Mac Di Mesia. Jom Saksikan
Selamat Hari Wanita 8 Mac kepada semua penduduk dunia yang berstatus wanita khasnya kepada wanita-wanita Mesia yang menawan, penyayang dan cintakan keamanan. Tangan yang menghayun buaian akan mengoncang politik Mesia. Lihatlah betapa goncangnya Mesia....

Tahniah Fist Lady of Sarawak. Lepas ini akan ditabalkan pulak First Lady of ....

Berjabat tangan ? Tak de hal lah....Mesia Bole...

Nik Azis 2X5 dengan Ayahpin...kata minah gedix alias pengarah Kbgsaan Jaringan MELAYU Mesia....alahai Melayu....
Masih laku.......

Merasmikan Hari Wanita.............
Selamat Hari Wanita Mesia....
Saturday, March 5, 2011
Seram !! Tergempar !! Hantu Kak Limah Dah Round 1 Malaya .
Assalamualaikum pengunjung budiman. Ini khabar tergempar !!! Ce citer.....ce citer..... Khabar dari Merlimau dan Kerdau. Katanya, hantu kak Limah bukan aje dah balik rumah selepas menakut-nakutkan pakcik makcik felda dan orang2 kampung....tapi baru aje balik dari round 1 Malaya. Persiapan nak ngundi PRU 13 katanya. Kalau PRK Merlimau dan Kerdau dipenuhi pengundi2 hantu....janganlah panik pulak sebab hantu2 Kak Limah tu baru aje lepas mendaftar sebagai pengundi di dua tempat berpuaka tuh. Heh heh heh . Dan untuk persiapan PRU 13, hantu2 Kak Limah dah pakat dengan semua hantu2 jenglot yang ada di Pameran Alam Mistik di Terengganu !! Ini lah susahnya kalau negara dah penuh sesak dengan hantu2. Nak pandang belakangpun dah tak boleh !
Tuesday, March 1, 2011
Cerita Santai : I Don't Look Like a Liar, Do I ?
Seorang makcik felda, Kak Flomah yang berambut tinggi mengalahkan songkok tinggi suaminya, mengadakan mesyuarat kaum ibu felda di Dewan Wang Rakyat di sebuah penempatan felda . Sebelum mesyuarat bermula kerana menantikan ahli-ahli yang belum sampai , Kak Flomah and the geng membantai dulu jamuan yang dihidangkan untuk mesyuarat supaya tidak membazir masa menunggu ahli-ahli korum lain. Begitulah Kak Flomah, tangannya aje dah berat 10 kilo. Belum kira berat badan lagi. Sambil menjamu selera kak Flomah pun bersuara.
"Eh Yunno my husband, very very goodlah. My birthdei kan, he buy for me this cincin permata (sambil menayang semua gelang2, rantai2 dan cincin2 yang dipakainya). Yunno harganya berapa ?" tanya Kak Flomah dengan teruja.
" Ntah....tak tau..." jawab seorang teman busy bodynya.
"One thousand one hundred one ringgit and one one sen !" jawab Kak Flomah dengan bangga.
Kawannya terkedu mendengar jawapan Kak Flomah. Bagi standard orang-orang felda, angka itu terlalu mahal.
"Eh !! I don't look like a LIAR , do I ?" Speakingnya menjadi-jadi.
"Oh No !! You don look like a liar but you do look like a LION". Sampuk seorang makcik felda yang lain sambil matanya menjeling fesyen rambut Kak Flomah.
Saturday, January 22, 2011
Satu Kapal Persendakan Hukum Islam
Assalamualaikum pengunjung budiman. Pilihanraya kecil DUN N 05 Tenang nampaknya mula tidak tenang dan haru-biru dengan cercaan2 ahli2 politik terhadap hukum-hukum Allah yang datangnya dari satu kapal yang berbendera tengkorak. Tergadai agama demi kuasa.
Peristiwa 1 : Berkatalah seorang menteri besar dari kapal ini, yang turut berkempen walaupun beliau melangkau tarikh yang dibenarkan SPR untuk berkempen. Katanya kalau tertubuhnya negara Islam, banyak tangan-tangan ummat Tenang akan dipotong kerana mencuri. Disokong pula oleh seorang menteri kabinet dapur dengan mengatakan orang-orang Cina elok dimaklumkan hal ini kerana setelah 53 tahun mereka masih tidak pandai mengingatkan hal ini kepada orang-orang bukan Islam. Ingatan ini diserahkan kepada tokeh viagra yang berketurunan tionghua untuk disebarkan.
Peristiwa 2 : Berkatalah seorang bekas menteri kabinet dapur dari kapal yang sama, kepada puak-puaknya, yang sekarang ini menjadi tokeh viagra bahawa calon parti Islam enggan berjabat tangan dengan lelaki. Kalau berjabat tangan pun, beliau akan memakai sarung tangan seperti Wan Azizah. Sudah pasti calon Islam ini tidak mahu datang ke tokong Cina, katanya lagi. Akibat dari itu.....maka pihak lawan yang marah dari Kapal Myvi Marmara telah menyebarkan video tokeh viagra itu 'berjabat' tangan, kaki, badan, mulut , ehem-ehem ......... dengan seorang wanita pada 2008 untuk menggambarkan kehebatan kebebasan berjabat tangan ini. Yang terharunya kapten Myvi Marmara memberi amaran agar video bermoral itu tidak disebarkan dan diserahkan kerana video itu akan mengganggu ketenangan pilihanraya di Tenang atau mungkin video itu memberi kemenangan kepada krew kapal pihak lawan.
Thursday, December 9, 2010
Alkisah Doktor Gigi Terkaya Di Dunia
Assalamualaikum pengunjung budiman. Tersebutlah kisah seorang doktor gigi yang tinggal di tanah air yang tak terhingga jayanya beliau sehingga menjadi doktor gigi yang terkaya di dunia. Pendapatannya dari klinik gigi yang diusahakan beliau sungguh luar biasa mendapat sambutan dari beribu-ribu pesakit-pesakit gigi dari saentero Malaya sehingga mencecah pendapatan berjuta-juta ringgit . Setiap hari ada aje beratus-ratus orang yang sakit gigi ingin mendapat rawatan dari klinik gigi beliau tersebut. Kalau tuah ayam nampak di kaki, tuah doktor itu nampak di gigi. Maksud saya gigi-gigi pesakitnya.
Arakian, setelah puas menjana pendapatan dalam profesion pergigian, beliau terasa kepingin pula menceburkan diri dalam dunia politik kerana beliau telah mendengar banyak khabar yang boleh dipercayai bahawa jawatan ahli politik memberi pulangan yang terlebih lumayan daripada menjadi doktor gigi. Entah apa aura doktor tersebut , beliau telah memenangi pilihanraya 1999 atas tiket Parti Songkok Tinggi menewaskan calon Parti Kopiah Putih. Dengar khabar daripada bekas pesakit-pesakit gigi beliau, aura beliau itu adalah kerana amalan memakan tempe yang diperturunkan oleh nenek moyang beliau sehingga aura wajah yang semakin anggun dengan pencerahan semulajadi seperti warna tempe juga adanya. Maka, jadilah beliau Menteri Besar di sebuah negeri terkaya di Malaya selepas itu sehingga 2008.
Nampaknya menjadi ahli politik tidaklah semudah yang disangka. Susah juga nak jadi jutawan rupanya. Mujurlah beliau seorang yang berhemah dan kedekut. Semasa lapan tahun menjadi MB, beliau telah berjaya mengikat perut dengan memakan kulit roti dan kadang-kadang makan pasir sahaja supaya tidak menggunakan hatta satu sen pun dari gajinya sebagai Menteri Besar . Dapatlah beliau kumpulkan sebanyak 4.7 juta RM sahaja selama 8 tahun tersebut. Dengan wang itu beliau ingin membina mahligai impian beliau sesuai dengan statusnya sebagai jutawan gigi.
Entah macamana, kerana tuahnya itu, tanah dua lot yang dibeli untuk istananya itu telah dijual oleh penjual yang sangat bermurah hati dan sangat sayangkan bekas doktor gigi tersebut. Mengenangkan jasanya yang telah menampal 8 gigi gerahamnya beberapa tahun yang lalu, harga tanah itu hanya dijual sebanyak 3.5 juta sahaja walaupun harga sebenarnya ialah 6 juta. Memang tersengih melebar si doktor gigi mengenangkan tuahnya itu. Arakian, dibinalah istana RM24 juta !! Berita bekas doktor gigi membina istana berjuta-juta ringgit tersebar ke seluruh Malaya sehingga sampai ke telinga apek surat kaba lama Sekinchan bernama Ah Ng.
“Gua suda kila itu gaji Menteli Busat , 48 libu tanpa blanja setiap bulan, tatak payah belanja semua makan cuma makan kulit loti atau makan itu pasir, dia dapat RM48 libu, kali 12 bulan, dia punya gaji 576 libu, 8 taun dia dapat, lebih kolang 4.6 juta camput interest RM4.7juta. Haiyya ! RM4.7 juta ini, bole buat banglo itu macam ka ?
Istana Doktor gigi.
Tidak lah hairan si doktor gigi rungutan-rungutan rakyat itu sebab baginya rakyat-rakyat itu bodoh-bodoh belaka. Mereka tidak mengenali siapa beliau sebenar kerana tidak pernah mencabut atau menampal gigi rongak dari kliniknya. Mujurlah dengan sikap berhemah dan bakhil, beliau masih menyimpan berjuta-juta wang hasil dari mencabut dan menampal gigi pesakit-pesakitnya dulu. Maka dapatlah dibinanya istana RM 24 juta yang dikisahkan.
Namun, ada pula yang berhasad dengki akan si doktor gigi mantan Menteri Besar itu maka diheretnya doktor gigi ke mahkamah kerana katanya tak aci betul dia dapat beli harga tanah lot dengan harga 3.5 juta iaitu separuh harga dari yang sepatutnya bernilai 6.5 juta !! Ntah apa jadahnya petua doktor gigi tersebut. Takkan penangan tempe lagi kot.....rungut si pendengki tadi. Si Doktor gigi menyengeh melebar seperti biasa. Apa susah..... hakim-hakim, mahkamah, konco-konco SPRM semuanya bekas-bekas pesakit gigi aku dulu.....alah nak bersih nama aku semudah bersihkan taik gigi dia orang jer....katanya dalam hati.
Subscribe to:
Comments (Atom)



