Assalamualaikum pengunjung budiman. Saya telah mendapat pesanan dari sahabat yang begitu luhur bunyinya mealui sms di pagi yang indah ini;
" Assalamualaikum. Skdar ingat mngingat. Jom kita rebut pahala puasa sunat 9 Zulhijjah (puasa arafah)..mghapuskn dosa seth yg lalu n th2 kmudian. insllh.Salam aidiladha wa barokah." Dari Dr Mashudi.
Ya ya Jom kita berpuasa pada 9 Zulhijjah bersamaan 16 NOVEMBER 2010 puasa yang selalu saya terrrrlajak lupa. Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan;
“Adapun bagi orang yang mengerjakan ibadat haji maka tidak disunatkan baginya berpuasa pada hari Arafah bahkan disunatkan bagi dirinya berbuka puasa sekalipun dia berkemampuan untuk berpuasa. Ini kerana mengikut amalan baginda Muhammad s.a.w. berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim. Dan hendaklah orang yang mengerjakan ibadat haji banyak berdoa. Maka berpuasa pada hari Arafah bagi orang yang mengerjakan ibadat haji itu adalah menyalahi yang terlebih utama”.
Hari Arafah ialah pada 9 Zulhijjah di mana Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim). Jom ajak semua ahli keluarga kita berpuasa esok.InsyaAllah.