Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Tuesday, November 9, 2010

Tahniah Kerajaan. Nak Tunggu Bala Yang Macam Mana ?


Assalamualaikum pengunjung budiman. Berbangga nya menjadi rakyat Malaysia! Negara kita adalah negara Islam yang hebat dan maju menjelang 2020 yang tidak boleh ditandingi oleh negara-negara Islam yang lain. Kita adalah pusat segala-galanya termasuklah pusat pameran 'pusat-pusat'. 
Kita ada Pusat Judi antara yang terbesar di rantau Asia iaitu Pusat Judi Genting Highland. Tujuan dibina pusat judi yang hebat ialah untuk melatih kita supaya pandai melabur dan cepat kaya oleh pemerintah kita yang bijak memacu ekonomi. Terima kasih mantan PM kerana bersahabat dengan Lim Goh Tong.

Pusat Judi yang tersergam indah di Genting Highland

Kita adalah negara Islam yang membangun bersama kilang-kilang arak atau kilang-kilang 'ibu maksiat' yang cantik dan tersergam indah. 


Kilang-kilang arak yang menyumbang ekonomi dan wang bantuan untuk rakyat. Duit gaji kita pun dari sumber yang ni....

Kelab-kelab malam kita melambak-lambak di sana sini. Mudah untuk kita  berhibur dan melepaskan penat lelah setelah seharian bekerja. Terima kasih kerajaan ! Tidak dapat kami membalas budimu melainkan melalui kertas undi.


Pusat-pusat hiburan yang bertebaran di muka bumi Malaysia tercinta.

Kita ada banyak pusat-pusat cabutan bertuah untuk orang-orang Malaysia yang bertuah. Saya rasa sungguh bertuah  sekali menjadi rakyat negara ini. Tuah ayam nampak di kaki, tuah rakyat Malaysia nampak di kedai TOTO dan Magnum 4D !

kedai nombor-nombor ekor untuk rakyat yang bertuah.

Tapi..itu semua tak cukup. Jadi kita kena tambah kemudahan-kemudahan yang ada dengan menyokong hasrat pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Satu daripada 12 projek permulaan (EPP) itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, maka makin mudah lah artis seperti Adam Lambak untuk mengadakan konsert di negara Islam ini.
 EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Bagus ! Bagus ! Malaysia Boleh. Sapu semua !! Saya percaya selepas ini Sekolah-sekolah hamil pun akan bertambah juga seperti Melaka Maju 2010.


Jangan bimbang kerana pada masa yang sama kita turut membina masjid-masjid yang indah-indah dan hebat-hebat yang diperbuat dari kristal, besi, emas dan tak lama lagi masjid yang akan dibina daripada batu-batu nesan yang kelak akan diberi nama Masjid Al Batu Nesan Negara yang sehebat projek Pusara Negara. Kita ada penasihat-penasihat Syariah yang ramai dan teramai di seluruh dunia Islam dengan 13 orang mufti dalam sebuah negara !!
Oleh itu bersama-samalah kita menyokong hasrat murni kerajaan kita. Don't worry be happy dengan ayat-ayat Allah ini;
" orang-orang yang kafir menikmati kesenangan (berhibur) di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka."Surah Muhammad : 12.
..kerana ayat ini tak terkena kepada orang-orang Islam yang berhibur, yang terhukum hanya orang-orang kafir sahaja. Betulkan Sheikh Harussani ? Betulkan Usatazah Masitah Ibrahim ?
Selepas ini marilah sama-sama kita tunggu BALA DARI ALLAH !! Nak bala yang macamana ya ? Lu fikirr lah sendiri.......!
Ingatlah...
Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” Al Isra' : 16
“(keadaan mereka) serupa dengan keadaaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya.  Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaanNya.' Al Anfal : 25
"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). Katakanlah: “Adakan perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang dahulu. Kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah).” Ar Rum : 41-42

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.