Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Friday, November 5, 2010

Setakat Mana Jayanya Memilih Pimpinan Islam Melalui Kertas Undi


Assalamualaikum pengunjung  budiman. DALAM putaran sejarah global, perdebatan hubungan antara Islam dan demokrasi belum pernah tuntas. Maulana Abul A’la al-Maududi dan mujaddid, Hasan al-Banna adalah antara dua tokoh terkenal dunia Islam yang berpihak kepada anti demokrasi. Masih ramai tokoh-tokoh politik Islam merasakan amalan demokrasi itu tidak sekufu dengan amalan siasah Islam. Namun apabila senario politik dunia berubah dimana demokrasi telah menjadi amalan bagi negara-negara yang dianggap berdaulat termasuklah beberapa negara Islam yang mengamalkannya walaupun tidak semua, pandangan terhadap demokrasi menjadi semakin optimis.

Isitilah "demokrasi" berasal dari Yunani Kuno yang diutarakan di Athena kuno pada abad ke-5 SM. Negara tersebut biasanya dianggap sebagai contoh awal dari sebuah sistem yang dikaitkan dengan hukum demokrasi moden. Namun, erti dari istilah ini telah berubah sejalan dengan waktu, dan definisi moden melalui evolusi sejak abad ke-18, bersamaan dengan perkembangan sistem "demokrasi" di banyak negara. Kata "demokrasi" berasal dari dua  istilah, yaitu demos yang bererti rakyat, dan kratos/cratein yang bererti pemerintahan, sehingga dapat diertikan sebagai pemerintahan rakyat, atau yang lebih kita kenal sebagai pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.
 
  Sistem demokrasi telah dijelmakan dalam pilihanraya umum dan telah menjadi mekanisme untuk menentukan komposisi pemerintahan secara berkala.  Waktu inilah rakyat menunjukkan kuasanya sebagai pemilih pemerintah yang diidamkan untuk membela kepentingan mereka sebagai rakyat pada sehelai kertas yang dinamakan kertas undi.

Setakat mana sistem demokrasi ini dapat membantu umat Islam memilih kepimpinan Islam yang sebenarnya yang dapat membela Islam dan kesejahteraan umatnya? Pakar penganalisis politik mungkin dapat menghurainya dengan panjang lebar dari pelbagai sudut  tentang jaya gagalnya demokrasi tetapi bagi saya yang rabun politik ni, mempunyai pandangan yang tersendiri.

Bagi saya, demokrasi TIDAK PERNAH BERJAYA membentuk pemerintahan negara Islam yang ideal. Saya berpegang kepada hujah ini setelah memandang kepada beberapa fakta sejarah;

1. Algeria -
Konflik di Algeria berlaku pada 1992 di mana tentera telah membatalkan keputusan pilihan raya Algeria kerana ia dimenangi oleh parti fundamental Islam, Islamic Salvation Front (FIS) yang menentang parti sekular National Liberation Front (FLN). Ramai yang terbunuh selepas pilihan raya itu . Sebaliknya Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat  hanya berdiam diri sahaja meskipun parti Islam Algeria menang melalui kertas undi atau sistem demokrasi. Tragedi pembatalan keputusan undi telah meragut ribuan nyawa rakyat yang menyokong FIS dalam pembunuhan beramai-ramai oleh tentera kerajaan mengakibatkan gerila-gerila Islam muncul dengan banyaknya dengan mengadakan pemberontakan bersenjata terhadap kerajaan haram Algeria dan penyokong-penyokongnya.

2. Turki -  
Pilihan raya Umum Turki yang ke-16 diadakan pada  2007 dan akhirnya telah dimenangi oleh Parti Pembangunan Dan Keadilan (AKP) yang dipimpin oleh Recep Tayyib Erdogan yang kontroversi.
Parti Pembangunan dan Keadilan pernah diharamkan tetapi didaftar kembali dengan nama lain. Parti Islam itu diharamkan pendaftarannya oleh puak-puak tentera yang masih nasionalis dan sekular kerana memandang Islam hanya faktor memundurkan Turki. Andaikata Erdogan menggunakan jenama "Islam" sudah pasti  parti itu diharamkan dari didaftarkan dalam pilihanraya umum Turki. Sekarang pun Parti Pembangunan dan Keadilan dikhuatiri mempunyai agenda yang tersembunyi. Mereka masih ragu adakah parti ini akan melaksanakan syariat Islam seperti isu berbertudung , poligami , murtad dan lain-lain yang sebanding dengannya. Ini semua akan menghapuskan asas sekular di Turki yang telah diterapkan oleh pemimpin agung mereka, Mustafa Kamal Atartuk. 

3. Palestine
Hamas menang pilihanraya 2006, penyokong kuat Israel, pentadbiran George W Bush tetap enggan menghormati kejayaan besar Hamas mengaut 76 kerusi parlimen, apabila mengugut untuk membatalkan bantuan sebanyak AS$400 juta setahun kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA). Malah Hamas dicap sebagai parti pengganas. Walhal kemenangan Hamas adalah melalui pemilihan secara demokrasi melalui kertas-kertas undi pelajar-pelajar universiti dan rakyat yang menyokong usaha jihad Hamas menentang negara haram Israel.


Hamas pimpinan Ismail Haniyeh memenangi pilihanraya pada tahun 2006 tetapi tidak diiktiraf oleh Barat terutamanya sekutu-sekutu Israel malah dicap sebagai pengganas.

Manakala Kesatuan Eropah walaupun meneruskan bantuan tahunan sebanyak AS$606 juta, terus mendesak Hamas menghentikan perjuangan bersenjata dan mengiktiraf Israel.

4. Pakistan- 
Secara purata, hanya 42% rakyat Pakistan yang keluar mengundi pada setiap musim pilihanraya umum. Pernah mencapai hanya 35% rakyat yang keluar mengundi. Boleh dipercayai demokrasi ini ?

5. Malaysia
 Malaysia telah melalui 12 kali pilihanraya umum semenjak 1959.Terlalu banyak tembok yang perlu ditembusi terlebih dahulu sebelum demokrasi dapat berjalan dengan telus ; SPRM yang prejudis, ISA, media yang berat sebelah, politik wang, mentaliti rakyat yang sukar ditransformasikan,  katak-katak lompat, rampasan kuasa, dan pelbagai halangan yang lain. Sejarah demokrasi  tanahair kita hanya menyaksikan Islam hanya mampu menakluki negeri-negeri kecil sahaja, itupun belum pasti lagi setakat mana parti Islam itu boleh bertahan dinegeri-negeri tersebut.

Dari fakta-fakta sejarah yang telah saya paparkan congakan bodoh saya mengatakan Islam tidak akan berjaya memerintah dengan demokrasi. Saya yakin dengan firman Allah :

" Dan jika engkau menurut kebanyakan (majoriti) orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta." An'Am : 116.

Nak harap Islam memerintah melalui kertas undi ? Jawapannya saya buat melalui satu kesimpulan daripada fakta-fakta sejarah diatas. Majoriti manusia tidak memilih jenama Islam, kalau parti Islam menang pun, akan berlaku kudeta atau rampasan kuasa atau pembatalan keputusan atau tidak diiktiraf dunia lebih-lebih lagi dunia Barat. Demokrasi melalui kertas undi sebenarnya bukan untuk Islam. Itu sebab kekalahan parti Islam di Galas atau dimana-mana dibumi Malaysia ini, saya tak hairan sangat.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.