Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Saturday, November 20, 2010

Roh Eid Ul Adha Yang Kian pudar

Berkorbanlah kerana Allah

Assalamualaikum pengunjung budiman. Tergesa-gesa saya dan suami berkemas-kemas untuk pulang berhariraya korban di Pantai Timur pada 9 Zulhijjah baru-baru ni. Kerana pada hari tersebut saya masih bekerja dan 2  orang dari anak-anak saya masih bersekolah jadi kami kesuntukan masa untuk berkemas. Keadaan rumah tidak nampak semeriah menyambut Eidul Fitri  namun saya bersyukur kerana sempat berkemas dan mencuci rumah pada hujung minggu yang baru berlalu memandangkan kekangan masa yang akan saya hadapi.

Merungutlah hati saya.." Apalah pemerintah dan masyarakat kita ni...kan ke  Eidul Adha sepatutnya lebih diraikan. Cuti hanya diberi sehari-dua sedangkan Eidul Fitri boleh dirancang sampai seminggu !".

Ya... sepatutnya Eidul Adha diraikan lebih meriah daripada Eidul Fitri kerana beberapa sebab:

1. Pada Eidul Adha kita bertakbir selama 4 hari selepas solat sunat hari raya sehingga hari Tasyrik yang terakhir  setiap kali selepas solat fardhu. Sedangkan bertakbir pada hari raya Eidul Fitri hanya dituntut pada hari raya Pertama sahaja.
2. Diharamkan berpuasa pada 4 hari pertama Eidul Adha sedangkan diharamkan puasa pada hari pertama Eidul Fitri sahaja. Hikmahnya supaya kita dapat menikmati hidangan daging-daging kurban yang diagihkan.
3. Hari menzahirkan pengorbanan kerana Allah ta'ala. 

Dalam satu hadith, dinyatakan bahawa;

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi).

Sekurang-kurangnya pemerintah kita patut menimbangkan bilangan cuti yang membolehkan umat Islam melakukan korban sehingga 13 Zulhijjah dan bagi saya itu sudah memadai. Cuti tak sampai seminggu pun tak apa. Alangkah sedihnya....semangat itu nampaknya tidak wujud di kepala otak pemerintah kita. Ada di antara pejabat-pejabat kerajaan dan sekolah yang hanya cuti sehari sahaja! Begitulah nilai Eidul Adha di tanahair kita.

Mungkin....mungkin juga kehendak masyarakat kita sendiri. Masyarakat kita sendiri tidak menuntut untuk meraikan Eidul Adha lebih meriah daripada Eidul Fitri mengakibatkan susun atur jadual cuti umum untuk Eidul Adha hanya diberi sehari dua. Kalau diberi cuti sehingga empat hari pun, mungkin ramai yang hanya membazirkan cuti dengan membuat taik mata !

Inilah kisah benar yang saya lalui, apabila saya, suami dan anak-anak beraya di Kotaraya beberapa tahun yang lalu. Nak pulang ke kampung kami rasa serba salah kerana cuti yang pendek. Ternampaklah kami jiran-jiran kami yang juga tidak pulang beraya, keluar rumah dengan seluar pendek dan bersinglet, kelihatan seolah-olah baru bangun tidur, mencuci kereta di depan rumah. Anak-anaknya pun masih lagi memakai pijama sedangkan pada ketika itu umat Islam yang lain baru pulang dari menunaikan solat sunat hari raya Eidul Adha. Tiada bermakna langsung Eidul Adha bagi mereka. Kalau di hari raya Eidul Fitri sudah pasti tidak wujud senario sebegitu. 

Saya juga pernah berdepan dengan rakan setugas yang ketawa lucu melihatkan rakan lain menganyam ketupat di waktu 'free hour' untuk persiapan Eidul Adha. " Eh ! Kau sambut raya Haji ? Rajinnya...aku malaslah sambut raya haji ni...". Macam tak percaya pula mendengar kenyataan rakan setugas saya tersebut. Tapi itulah hakikatnya roh Eidul Adha yang kian pudar di hati masyarakat kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.