Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Thursday, November 12, 2015

Tidak Berzikir Secara Berjemaah dan Berqunut Dianggap Wahabi ???

Ketika itu, Disember 1988, pengalaman pertama kali menjejakkan kaki atas salji winter  di Bumi Uncle Sam. Macam-macam culture shock yang aku depani. Rare. Dibumi milik orang-orang Nasara ini, aku ditaqdirkan berada di suatu daerah yang dihuni oleh ramai muslim dari pelbagai celahan dunia. Sebuah Universiti di selatan Illinois yang menawarkan pendidikan tinggi kepada international students dari segala ceruk rantau. Siap ada Islamic Centre lagi. Wah...aku tidak merasakan seperti out of place..tercangak2 dikelilingi mat saleh, malah rasa aman selesa kerana sering terserempak dengan "brothers' and 'sisters' di sana-sini.





trobek...

Palestine, Pakistani, Bangladeshi, Chinese, arab dari pelbagai negara, asia tenggara,, India, afrika, iran tak terkecuali American muslims...dah terasa seperti di Makkah. Makanan halal tak der masalah langsung.



Berada di Islamic Centerlah yang sangat menyeronokkan. Berbual, berkenalan, memerhati, berjemaah, ber'lesson'(majlis ilmu/usrah) dengan saudara2 berlainan bangsa. Semua adalah sama kecuali taqwa sahaja yang membezakan.



Keadaan seusai solat tidaklah sama seperti di Tanahair. Jemaah segera berinteraksi dan menyambung aktiviti harian. Tiada doa dan zikir ramai2 atau secara berjemaah. Solat subuhpun tidak ada qunut. Keadaan yang sama di semua Islamic Center atau Masjid2 di seluruh Amerika. Mula2 rasa janggal dan terasa ada yang kurang. Namun lama kelamaan aku mula faham..amalan zikir berjemaah ini hanyalah amalan di Nusantara Melayu. Dan qunut subuh hanya diamalkan oleh orang-orang Islam yang bermazhabkan Imam Shafie majoritinya Asia Tenggara. Zaman itu bukanlah zaman fb atau tweeter atau handfon atau digital. Belum wujud lagi. Belum pandai membanding2 atau mencedok2 sesuka hati info2 yang diperolehi. Pengalaman kontektual sahajalah menjadi tool pengayaan ilmu.



Perbezaan2 yang wujud memaksa aku rajin berada di Pusat Sumber  Islamic Center menelaah kitab2 dan berdikusi semasa 'lessons' mencari dalil2 sohih bersama komuniti muslim Amerika sambil menadah kitab Fiqh Syed Sabiq yang memperincikan masalah fiqh melalui 4 mazhab ASWJ. Juga bersoal jawab dengan sheikh-syeikh di sana. Bertolak dari itu aku mula mengamalkan zikir secara individu tidak seperti amalan2 selepas solat ala malaysia. Dan aku bersetuju dengan dalil2 yang lebih sahih tentang tiada qunut dalam solat subuh. Dalil berqunut pada solat subuh juga ada dalam hadith-hadith sohih Bukhari/Muslim tetapi dalil tidak berqunut dalam Sohih Bukhari/Muslim adalah lebih rajih. Aku hormati semua saudara2 Islam di Malaysia yang berqunut sejak azali. Peace..no war.



Zaman itu (80s-90s) belum ada sesiapa pun menyebut tentang WAHABI atau terdengar tuduhan2 mengamalkan wahabi. None. Pelajar2 dari Saudi pon adalah sekerat dua. Bangsa Arab Palestine merupakan kelompok Arab yang teramai ketika itu dan standout berbanding kelompok muslim lain di Amerika. (mungkin semangat jihad mereka tinggi). Tamat pengajian aku pulang ke tanahair dengan amalan yang aku yakini. Puluhan tahun aku dengan stand 'zikir itu adalah ibadah individu' dan tiada qunut subuh sehinggalah sekarang di zaman riuhrendah WAHABI ini. 



Agak mengecewakan apabila ada orang memilih zikir secara sir dan individu dan solat subuh tanpa qunut itu dituduh sebagai pengamal wahabi. Ignorant !! Mohon bersikap adil. 



Orang yang berzikir secara sir itu kerana ; Dalil-dalil Al Quran;


1. Al Araf : 55 "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan suara yang perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas"
2.   Maryam : 3 ”Yaitu tatkala ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut.”
3.   Al Araf :205 ."Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai ".

Dalil-dalil hadith ;

1. Dari Abu Musa al-'Asya'ari:  Ketika kami bersama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam di dalam sebuah peperangan, tidaklah kami mendaki tanah tinggi, memanjat bukit, dan menuruni lembah, melainkan kami meninggikan suara ketika bertakbir. Kemudian beliau pun mendekati kami lalu bersabda:


Wahai sekalian manusia, tahanlah diri kamu, sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada Tuhan yang Maha mendengar dan Maha melihat. Sesungguhnya Tuhan yang kamu seru itu lebih dekat kepada seseorang di antara kamu daripada leher binatang tunggangannya. Wahai 'Abdullah B. Qais, mahukah engkau aku ajarkan sebuah kalimah yang termasuk perbendaharaan Syurga? Iaitu ucapan "La haula walaa quwwata illaa billah" (Tidak ada daya dan kekuatan melainkan hanya dengan pertolongan Allah). (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, no. 19599. Tahqiq Syaikh Syu'aib al-Arnauth: Isnadnya sahih berdasarkan syarat dua kitab sahih (Bukhari dan Muslim))

2.    Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada Tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dari Imam AsShafie sendiri;

1. Terjemahan Al Umm, Cetakan kedua Tahun 2000, m/s 296 : Bab-Berkata-katanya Imam Dan Duduknya Sesudah Memberi Salam. "Ini termasuk yang dibolehkan (mubah) membacanya (Laa ilahaillallah wahdahuu laasyarikalah.Lahulmulk walahulhamd...) bagi imam dan bukan makmum. Imam manapun yang berzikir kepada Allah menurut yang saya (As Shafie) terangkan dengan suara keras atau suara berbisik atau dengan cara lain maka adalah baik. Saya memandang baik bagi Imam dan makmum, bahawa berzikir kepada Allah sesudah keluar dari solat. Keduanya itu MENYEMBUNYIkan zikir, kecuali bahawa dia itu imam yang harus orang belajar daripadanya. Maka ia mengeraskan suaranya. Kemudian ia mengecilkan suaranya.
2.. Aku (As Shafie) berpendapat bahawa seseorang imam dan makmum hendaklah mereka berzikir kepada Allah, sebaik selesai menunaikan solatnya, dan hendaklah mereka merendahkan suara zikirnya, kecuali bagi seseorang imam yang mahu supaya para makmumnya belajar (berkenaan zikir) darinya, maka dia boleh mengeraskan zikirnya, sehingga apabila dia merasa (mengetahui) bahawa mereka telah memahami (belajar), maka hendaklah ia kembali merendahkan (memperlahankan) suaranya ketika berzikir. (Rujuk: Imam an-Nawawi, Syarah an-Nawawi 'ala Muslim, 5/84)


Imam an-Nawawi rahimahullah sendiri pula turut berkata:

يندب الذكر والدعاء عقب كل صلاة ويسر به. فإن كان إماما يريد تعليمهم جهر. فإذا تعلموا أسر

Terjemahan: Disunnahkan untuk berzikir dan berdoa di setiap kali selesai solat (fardhu) dan hendaklah ia merendahkan suaranya. Apabila seseorang imam dan hendak mengajarkan makmumnya (tentang bacaan zikir), maka ia boleh untuk mengeraskan suaranya, kemudian apabila mereka telah mengetahui, ia kembali merendahkan (suara zikirnya). (Imam an-Nawawi, at-Tahqiq fil Fiqh asy-Syafi'e, m/s. 219. Dinukil dari Muhammad Ariffin Badri, Zikir 'Ala Tasawuf, m/s. 152-154. Rujuk juga: Edisi e-Book (manuskrip))
Berdasarkan sedikit kupasan di atas ini, alhamdulillah dapat dibuat kesimpulan dengan beberapa point bahawa:


1 – Mazhab asy-Syafi'e menyatakan bahawa amalan berzikir di setiap kali setelah selesai solat fardhu adalah sunnah (dianjurkan) .

2 – Cara berzikir selepas solat adalah dilaksanakan dengan secara individu.

3 – Dilaksanakan dengan suara yang perlahan dan bukan dikuatkan, cukup sekadar diri sendiri yang mendengarnya.

4 – Boleh dikeraskan bacaan sekiranya bertujuan untuk mengajar dan memberi bimbingan kepada orang lain yang mahu memperlajarinya.

Manakala dalam bab qunut saya berpandukan pendapat 3 mazhab yang lain iaitu Imam Hanafi, Hambali dan Maliki. Semua orang2 Islam yang memegang pendapat ketiga-tiga imam ini tidak berqunut semasa subuh. Termasuk suamiku yang bermazhab Hanafi.

Aku tidaklah meriuhrendahkan atau meremehkan orang2 yang  berzikir secara keras dan berjemaah. Lantak koranglah tetapi tidaklah aku nak join sangat.Tidak juga memarahi orang yang berqunut subuh malah aku menghormati mereka yang berpegang kepada pendapat Imam AsShafie. Aku dulupun sejak kecil hingga remaja bersolat subuh dengan berqunut tanpa gagal. Malangnya wujud kelompok di Malaysia ini kerjanya mengwahabikan orang lain apabila orang itu tidak berqunut dan tidak mahu berzikir secara jemaah. Bermakna mereka ini juga mengwahabikan Imam hanafi, Hambali dan Maliki juga!! Tidak adil sungguh. Aku wahabi pon x taw apa ke benda nya..

Abis tu...yang di Makkah dan Madinah tu apa crita? Imam di kedua2 Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tidak berqunut Subuh dan berzikir secara jamaah tu dikira wahabi juga ya ? Allahu...mereka itu berpegang kepada Mazhab Hambali.

Tuesday, September 29, 2015

Hukum Menyentuh AlQuran bagi wanita haidh; Dibolehkan

Wanita haidh di haruskan masuk ke dalam masjid, menyentuh dan membaca AlQuran menurut pendapat yang rajih.


https://www.youtube.com/watch?v=XV0neQO4h7c#t=669

https://www.youtube.com/watch?v=x3RGvUiUavA

https://www.youtube.com/watch?v=tG1yqBFzrmw

https://www.youtube.com/watch?v=GMW5ERi6sJA

https://www.youtube.com/watch?v=nGjIDOHLw4o


https://www.youtube.com/watch?v=HSHhhG5ksTw

https://www.youtube.com/watch?v=OpPP6hVPT9A

https://www.youtube.com/watch?v=pgYtYjmvTcQ

Monday, September 14, 2015

Inspirasi dari Tanah Haram Makkah

Siti Nuroshlizan Zakaria 37 thn seorang guru. Berasal Tanah Merah Kelantan. Syahid Jumaat 9 Sept 2015/27 Zulkaedah 1436H dalam tragedi ribut-tren tumbang di Masjidil Haram.

Monday, June 29, 2015

Niqab Atau Tidak Berniqab

Niqab(Purdah) ialah sesuatu yang digunakan oleh wanita bagi menutup bahagian wajah mereka….
Cuma yang dipamerkan hanya bahagian mata sahaja.Terdapat lagi istilah-istilah yang ada kaitan dengan niqab.Antaranya ialah khimar, burqa’ , hijab, dan litham. Saya akan terangkan secara ringkas satu persatu kaitan antara istilah-istilah tersebut dengan niqab.
1. الخمار : ini ialah nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian kepala bagi wanita.Ini berdasarkan firman Allah taala di dalam al-Quran surah al-Nur ayat 31:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya: dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.
Kaitan di antara niqab dan khimar ialah niqab digunakan untuk menutup wajah,manakala khimar digunakan untuk menutup kepala.Kedua-duanya merupakan pakaian muslimah.

2. الحجاب: Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan wanita tersebut.
3. البُرقَع : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan wajah wanita.Menurut Ibn Manzhur ,pengarang kitab Lisan al-Arab: Terdapat sedikit ruang untuk memperlihatkan mata bagi burqa’. Jika kita mengambil dengan takrif yang diberikan oleh Ibn Manzhur maka ianya sama maksud dengan niqab.
4. اللِثام : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian mulut.Kaitan di antara niqab dan al-Litham ialah , niqab digunakan untuk menutup keseluruhan wajah kecuali kedua mata. Manakala al-Litham pula digunakan untuk menutup bahagian mulut dan ke bawah. Bilamana niqab digunakan untuk menutup bahagian wajah wanita maka ianya mempunyai kaitan rapat dengan aurat. Ini kerana, aurat adalah merupakan anggota yang wajib ditutup. Maka para ulama berbeza pendapat, adakah wajah termasuk di dalam aurat bagi wanita?

Niqab

Jumhur para ulama iaitu Hanafiyah, Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah berpendapat mengatakan bahawa wajah wanita bukanlah aurat. Ini bermakna, diharuskan bagi wanita untuk menutup wajahnya dan dibenarkan juga baginya untuk membuka wajahnya.
Menurut para ulama bermazhab Hanafi: Wanita muda dilarang mempamerkan wajahnya di hadapan lelaki yang ajnabi . Larangan di sini bukanlah disebabkan wajah mereka aurat. Tetapi adalah untuk mengelakkan fitnah.Ini juga merupakan pendapat al-Imam Ibn Abidin rahimahullah, salah seorang ulama Hanafi.
Manakala para ulama bermazhab Maliki pula berpendapat: Makruh bagi wanita untuk memakai niqab( yang dimaksudkan dengan niqab oleh para ulama Maliki ialah yang menutup keseluruhan wajah termasuk mata)sama ada semasa solat atau selainnya.Ini kerana ianya terlalu berlebih-lebihan. Maka berdasarkan pendapat ini, golongan lelaki adalah lebih utama tidak memakai niqab, kecuali jika ianya menjadi adat bagi tempat tersebut.
Para ulama Maliki juga menyebutkan bahawa: Jika wanita tersebut muda dan cantik serta dibimbangi ianya akan menimbulkan fitnah, maka wajib baginya memakai niqab(purdah), serta menutup kedua tapak tangannya(dengan memakai sarung tangan).
Para ulama bermazhab Syafie pula berbeza pendapat didalam masalah niqab ini.Sebahagian ulama bermazhab Syafie berpendapat wajib bagi wanita memakai niqab,sebahagian lagi mengatakan ianya sunnah manakala sebahagian lagi mengatakan ianya merupakan Khilaf al-Aula.
Didalam hadis baginda sallallahu alaihi wasallam disebutkan:
عن سيدنا ابن عمر رضى الله عنهما أن النبي صلى الله عليه و سلم قال: لا تنتقب المرأة المحرمة و لا تلبس القفازين
Maksudnya: Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Umar radhiyallahu anhuma, Sesungguhnya Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: Janganlah seorang wanita tersebut memakai niqab dan memakai sarung tangan ketika dalam keadaan ihram.
Disebutkan oleh Ibn Taimiyah rahimahullah : Hadis ini menjadi dalil bahawa wanita pada zaman Baginda sallallahu alaihi wasallam memakai niqab dan sarung tangan. Oleh sebab itulah baginda sallallahu alaihi wasallam melarang pemakaian tersebut pada ketika waktu menunaikan ibadah haji.
KESIMPULAN
Jika kita menilai dengan baik pendapat para ulama tersebut, maka jelas menunjukkan bahawa niqab adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam. Cuma perlu difahami, bukanlah saya bertujuan untuk menyuruh semua wanita memakai niqab secara total. Amalkan berdasarkan kemampuan kita. Jika wanita tersebut merasakan bahawa jika dia tidak memakai niqab maka ianya akan menjadi lebih bahaya dan fitnah(manusia akan memandang kepadanya dengan syahwat),maka wajib baginya memakai niqab. Tetapi jika dia merasakan bahawa tiada masalah jika dia tidak memakai niqab, maka tidaklah menjadi dosa jika dia tidak memakai niqab sekalipun. Mereka boleh mengunakan sebahagian pendapat yang dipegang oleh ulama bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa ianya merupakan Sunnah.
Wallahu a’lam
Rujukan:
Mausu’ah Kuwaitiyah jilid 41 mukasurat 134
Mausu’ah Yusufiyah oleh Syiekh Doktor Yussuf Khattar hafizahullah mukasurat 605-610
Sumber :
Ustaz Mohd Nazrul Abdul Nasir ,
BA, Hons, Usuluddin danTafsir,
Universiti Al-Azhar.

Thursday, May 14, 2015

Aku Dan Pendidkan



Duniaku adalah dunia pendidikan. Dunia yang sebati dengan fitrah diriku yang daripadanya aku mengharapkan pahala yang tidak putus-putus, juga untuk menyelamatkan aku ketika berada di alam barzakh nanti. (Ya Allah. Ku mengharapkan rahmat dan belas ihsanMu). Dunia inilah yang mengajar dan mendidik aku kepada pelbagai subjek kehidupan dan telah sekolahkan aku dalam banyak perkara termasuklah yang bersangkut paut dengan politik sekalipun. Jangan disebut lagi soal-soal pendidikan dan perkembangan psaikologi yang berkaitan anak-anak samada tentang anak-anak kecil, remaja maupun yang dah menginjak dewasa. Aku banyak belajar daripada semua perkara itu walaupun hakikatnya aku hanyalah seorang pendidik subjek matematik dan Bahasa Inggeris. Ya...sepanjang karier ku itu..pelbagai perkara yang telah memanusiakan hamba kerdil ini. Nikmatnya menjadi seorang guru.

Di penghujung kursus diploma perguruan lepasan ijazah 1992,di UIA, masih berlegar-legar lagi dalam kotak pemikiranku ini tentang peranan-peranan guru yang perlu aku mainkan setelah melaporkan diri sebagai guru. Ulas pensyarahku ketika itu katanya...guru adalah rakan, guru adalah penasihat, guru adalah ibubapa, guru adalah pembimbing...guru is so multifunctional. Benar bagai dikata, setelah terjun ke dunia keguruan selama 23 tahun, aku menyedari peranan guru bukan setakat multifunctional malah peranan guru itu  tanpa ada batasnya. Guru adalah pak/mak guard, guru adalah jururawat, guru adalah teknisyen, guru adalah wireman, guru adalah jurujual, guru adalah artist, guru adalah pelakon, guru adalah photographer, guru adalah tukang cuci, guru adalah tukang kebun, guru adalah tukang cat, guru adalah polis trafik, guru adalah tukang gunting rambut, guru adalah jurulatih, guru adalah juruletih dan macam-macam tugas diluar jangkaan. Begitu superhuman sekali manusia yang bergelar guru.

Sebagai pendidik, pelbagai prinsip mendidik yang ku pegang. Jadilah murabbi. Jadikanlah tugas mendidik ini sebagai ibadah. Mendidiklah kerana Allah. Mendidiklah untuk kebahagiaan akhirat anak-anak didik mu. Jadikanlah Rasulullah saw sebagai ikon guru yang paling ideal. Aku tidak menolak segala dasar2 keguruan yang digariskan Kementerian Pelajaran, majikanku . Tetap juga aku berprinsip dengan Standard Guru Malaysia (SGM) dan segala warna-warni dasar2 pendidikan negara. PSSMIlah, KSSR lah, KBSMlah, PBSlah....FPNlah, MBMMBIlah...semua ini aku hadam hingga ke usus dan hanya cikgu2 sahaja yang tahu betapa rencamnya kehidupan seorang guru. Semoga kebaikan dan tuntutan  dunia akhirat dapat kupenuhi daripada tugasku ini. InsyaAllah.

Dalam berdepan dengan pelajar-pelajar (lebih kepada pelajar-pelajar remaja dan dewasa), aku selesa meletakkan batas-batas antara guru-pelajar atas neraca syariat. Walaupun peranan yang dimainkan mungkin seakan-akan nampak seperti rakan atau seorang ibu ketika berada di sekolah dan Institut Pendidikan, namun aku amat sensetif dengan masalah ikhtilat lebih2 lagi terhadap pelajar-pelajar berlainan jantina. Sedekad mengajar di sekolah primier lelaki tetapi tetap selesa dengan pelajar-pelajar perempuan . Bebas fitnah. Mungkin juga kerana aku mempunyai anak-anak perempuan dan lelaki, remaja dan dewasa yang sering aku khutbahkan tentang menjaga ikhtilat dimana-mana sahaja mereka berada. Jadi..aku perlu kotakan apa yang aku katakan kepada mereka. Kepimpinan melalui tauladan. Berada di zaman fitnah ini, sangat-sangat menggetarkan jiwa dan perasaan dalam mendidik anak-anak maka pendidikan dalam pergaulan sangat-sangat aku tekankan. 

Aku tidak suka menzahirkan sikap favouritsmku terhadap pelajar-pelajar. No pet student if possible. Jauh sekali pilih bulu atau pilih kasih. Apatah lagi memilih darjat atau warna kulit. Untuk bersikap adil seadil-adilnya kepada semua pelajar, mungkin agak mustahil kerana terkadang itu, aku terlajak juga memberi keutamaan kepada sebahagian pelajar kerana adanya konflik kepentingan. Ya..hati ibu terhadap anak-anak. Ada seseorang anak yang terlalu dekat di hati si ibu tanpa diminta-minta seperti seorang ibu yang mungkin terlalu mengasihi si bongsu atau si along. Begitulah analoginya guru terhadap pelajar-pelajar. Ianya tercetus seperti tindakan refleks, tindakan di luar kawalan apabila ada pelajar yang begitu dekat di hati guru. Mungkin kerana kepandaiannya atau sikap hormat pelajar itu, atau kerana kerajinan yang ditunjukkan dalam semua aktiviti-aktiviti dan tugasan-tugasan yang diberikan. Biasanya pelajar pintarlah yang sering menjadi perhatian guru-guru. Memang lumrah lah begitu.

Selama 23 tahun menjadi guru, aku juga pernah memberi perhatian yang lebih kepada beberapa pelajar berbanding pelajar-pelajar yang lain , lebih-lebih lagi pelajar yang menunjukkan rasa hormatnya kepada ku. Aku juga pernah merasa takjub terhadap akhlak-aklak terpuji yang dimiliki oleh sebahagian pelajar , merasa kagum atas kejayaan ibubapa mendidik anak-anak ini. Adakalanya membanding tingkah laku anak-anak ku sendiri yang berbeza dengan akhlak terpuji yang aku perhatikan. Banyak yang perlu aku perbaiki dalam mendidik anak-anak apabila berhadapan anak-anak orang lain di sekolah. Aku juga pernah berdepan dengan pelajar-pelajar  nakal dan samseng, sehingga aku pernah melepaskan marah dengan mencampakkan dari tingkat 3 bangunan sekolah buku latihan matematik yang banyak kosong kerana latihan2 yang tidak dibuat, setelah berulang-ulang kali memberi nasihat dan teguran kepada pelajar tersebut. Apabila alasan diberi dengan nada sombong, terpaksalah aku bertindak demikian. Sebenarnya aku menyesal akan tindakan bodoh aku itu. 

Aku juga pernah berdepan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah sosial dengan pelbagai masalah keluarga yang dibawa dari rumah ke sekolah. Sedih, kecewa, marah, bimbang dengan penyakit masyarakat yang kronik. Orang-orang politik begitu sebok meningkatkan keupayaan fiskal negara, pembangunan fizikal sana-sini. Yang berkaitan dengan pendidikan pula, kita terlalu mengejar ranking akademik semata dengan tugas-tugas guru beralih kepada mengumpul maklumat, menyusun fail2 dan laporan-laporan untuk dipantau orang atasan. Sedangkan pembangunan kerohanian dan insaniah semuanya ke laut. (dah melalut dah nii..) Allahurabbi.Sekolahlah cerminan kepada keadaan sosial sebenar di luar sana. Dadah, ganja, perzinaan, malangnya masyarakat melayu lah juara dalam hal ini....ya Allah menakutkan. Walau macamanapun aku berdepan dengan pelbagai karenah anak-anak didik, aku tetap mendidik atas dasar fardhu kifayah . Jangan ada pilih-pilih bulu, jangan ada sikap berat sebelah. No pet student. No racism. No discriminatiaon. Pendidikan adalah untuk semua. Inilah dunia pendidikan pada hari ini yang begitu kompleks dan mencabar  saban hari.

Pendidikan akhlak sebenarnya bermula dari rumah, bukannya di sekolah. Ibubapalah madrasah sebenar anak-anak. Kami guru-guru hanyalah mendidik akhlak secara tidak formal sebagai menyambung tugas-tugas ibubapa di rumah. Itupun dengan menerap secara tersirat ketika pengajaran akademik berjalan. 

Itulah sebahagian cerita aku dalam dunia pendidikan ini. Segala pahit maung juga manis leting sebagai guru akan ku simpan sebagai memoir berharga. Semua itu memperkayakan hidupku menjadikan  aku cinta akan kerjaya ini. Kepada semua guru-guru di luar sana,  hadapilah dunia pendidikan dengan tenang dan ikhlas. InsyaAllah, pahala besar menanti kita. Kita berbakti kepada anak-anak orang, InsyaAllah orang lain pula akan menabur budi kepada anak-anak kita pula. Akhir sekali aku ucapkan SELAMAT HARI GURU 2015. GURU MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK.






Thursday, April 30, 2015

isu tak boleh bertanya

Assalamualaikum kepada saudara2ku di maya ini. Dari semalam terbaca post ini. Mmg ada sesuatu yang ingin disuarakan. Ini juga adalah suara 'layman'/mad'u yang perlukan tunjuk ajar para ilmuwan agama seperti org yang bertanya "sohih ke tidak hadith ' tersebut. Kami sekapal.

Pada hemat sy, jawapan sheikh itu tidak berhikmah sama sekali. ianya membunuh budaya berilmu yang dituntut " Bertanyalah kepada ahli zikir (org berilmu) andai kamu tidak tahu.(AnNahl:43).

Inilah bencana yang menimpa ummat melayu sejak berdekad dan mungkin berabad lamanya apabila setiap sesuatu yang dibawa para sheikh/ustaz tak perlu ditakwil sama sekali. Sahih atau tidak....itu kerja para ilmuan, kita sebagai mad'u atau 'layman' telan sahaja bulat2. Akibatnya..beratus-ratus hadith palsu yang menjadi amalan tok nenek kita hatta diperturunkan kepada kita berlegar2 menjadi budaya yang tiada sandaran sama sekali.

Para da'ie perlu maklum, biah hari ini telah jauh bebrbeza dgn biah berdekad lalu. Ini zaman TMK la sheikh ! Ilmu tanpa sempadan. Audience hari ini adalah audience yang memperolehi maklumat sepantas kilat dengan bantuan shiekh gugel. Yaaaa.. sheikh gugel..apabila para da'ie memperlekehkan cara audience hari ini mendapatkan ilmu. Haha..berguru dengan sheikh gugel ya ?

Itulah hakikatnya, rahmat daripada sekelumit kebijaksanaan yg Allah anugerahkan kepada manusia. Dengan pak lebai ini lah, audience/mad'u hari ini dapat
1. Merujuk fatwa2 terkini, dari mana2 negara sekali pun melalui laman2 rasmi majlis fatwa. Maka berkuranglah masyarakat mencari mufti2 utk bertanya fatwa secara peribadi.
2. Membandingkan pendapat2 mazhab melalui tulisan2 para ulama yang diyakini atau kajian2 para ilmuan yang dikongsikan untuk manfaat ummah.
3. Akibatnya, masyarakat hari ini 'celik perbezaan mazhab" bukan lagi jumud dan taksuf dgn satu mazhab saja.
4. Ya sheikh...para daie/asatizah/ mufti2 juga menyalurkan dakwah dan ilmu mereka melalui maya...fb, blog,web dll. Kami masyarakat digital dapat byk manfaat mencari ilmu dengan cara begini. Salahkah ?
5. Dengan ilmu2 yang tersebar secara pantas dan meluas, maka kami mad'u mula memahami ilmu hadith secara peripheral (tidak mendalam...tp secara asas) bahawa setiap dalil hadith yang disandar/ dipegang perlu hasan dan sohih/mutawatir. Kalu dulu, kalau tak belajar ilmu hadith secara formal, mmg masyarakat buta kayu ttg hadith. Asal hadith...ok jalan.
6. kalau dulu, masyarakat mungkin hanya mendengar ttg Kitab sohih bukhari/muslim, Kitab AlUmm, hadit 40 AnNawawi, kitab2 mengenali hadith2 palsu dan sebagainya. Manakala yang melihat dan mengkajinya pada ketika hanya para ustaz sahaja. Tetapi hari ini, keadaan jauh berbeza. Dunia maklumat hari ini memungkinkan segala2nya bagi masyarakat biasa macam kami ini.

So sheikh. JANGAN RASA TERCABAR !! Bagi seorang guru sebenarnya "no question is a stupid question". Berilah penerangan yang sebenarnya kepada kami dalam suasana adab majlis ilmu. Apabila seorang lelaki mengajukan cadangan kepada Rasulullah saw " Izinkan aku berzina ya Rasulullah ". Maka para sahabat yang ramai ketika itu menjadi marah dan ingin memukulnya. Namun Rasulullah saw mengajarkan pemuda itu dengan penuh hikmah melalui perumpamaan yang berzina itu adalah ibu atau saudara perempuan lelaki itu. Sudah pasti lelaki itu tidak mahu. Sabar sheikh. Jangan hemtam kami balik. Ajarkan kami ilmu yang sohih, penuh toleransi dan kasih sayang.

Memang mad'u hari ini inginkan KESOHIHAN.Sekarang masa untuk berubah. Biarlah masyarakat hari ini dititiskan dengan ilmu2 yang bersumberkan Rasulullah saw kerana semua yang dicipta2kan dlm amal ibadah adalah dholalah. Dholalalh itu...nerakalah jawabnya. Auzubillahiminzallik. Jangan herdik/sindir kami yang ingin meminta kesohihan. Cukup2lah amalan tahlil, yaasiin jumaat, puasa rejab, ibadah rejab yg spesifik dll yang sukar dikikis dalam masyarakat kita kerana para da'ie sendiri tidak mahu menegaskan tentang sohih/tidak sesuatu amalan.

Kami tahu,sebenarnya tidak ramai da'ie seperti itu, hari ini para ilmuan lebih bijak, lebih berhikmah punya pelbagai kemahiran berdepan dengan audience yang makin kritis dan kritikal juga lebih berlapang dada dengan perbezaan2 pendapat.

Tak dinafikan hadir dalam majlis ilmu, lebih barakah, mendapat naungan dan doa2 para malaikat. Berada di taman-taman syurga mendapat pahala yang besar apatah lagi berguru secara talaqqi...mmg jauh bezanya bertalaqqi dgn lebai gugel, duduk bawah econ atau kipas angin.. hihi.

Kepada yang terus mencari maklumat2 secara maya, pastikan siapa penulisnya, sumber rasmi atau tidak, latarbelakang pendidikan, peribadi dan sumber rujukan yang digunakan. jangan hentam saja labuuuu.

Monday, March 9, 2015

Tidak Ada Perbezaan Antara Solat Lelaki Dan Wanita

Image result for muslim women pray



"Sister. You stand in a wrong way. Open your feet please." Tegur seorang sister arab ketika aku qiam untuk memulakan takbir solat bersama imam. Ku renung kedua-dua kakiku. Rapat seperti biasa. Ku renung kaki sister-sister arab dan american muslimahs yang berada satu saf denganku. Mereka semua merenggangkan kaki. Ketika itu hanya aku sahaja Malaysian student yang bersolat di ruangan muslimah di Islamic Center, Carbondale itu. Ah. Masalah kecil. Tanpa banyak cakap aku pun mereggangkan kakiku seperti mereka. "Pray like our Prophet prays." Katanya lagi. Aku cuba juga berhujah kepadanya dalam masa sesingkat itu sebelum imam mengangkat takbir. "We are AsShafi'yyah. Women must close all their bodies while praying". Jelas ku. "It's wrong sister !! Pray like our Prophet prays!". Tegasnya lagi. Aku akur. Sejak itulah aku bersolat seperti solatnya seorang lelaki apabila aku yakin dengan hujah mak arab tu. Kerana selama ini aku sentiasa mendengar seruan Rasulullah s.a.w "BERSOLATLAH SEBAGAIMANA AKU BERSOLAT".

Itu citer 25 tahun lalu. Semasa belajar di luar negara. Maknanya selama 25 tahunlah aku bersolat berbeza dengan cara wanita Malaysia bersolat. Ah. Masalah kecil. Rapat atau renggang, ianya tidak merosakkan solat. Aku memang dah menduga, akan pasti ada yang menegur cara solatku. Kalau ditegur, aku akan merapatkan anggotaku. Terutamanya yang menegur itu ialah golongan tua. Tak der hal. Lebih baik berlapang dada. Bukan masalah wajib/rukun pun. Ketika melakukan umrah dan haji aku melihat ramai juga jemaah wanita yang bersolat seperti lelaki terutamanya jemaah wanita dari negara bukan nusantara Melayu.

Hari ini aku ditegur lagi."Kak..boleh tegur tak? Cara akak bersujud salah. Rapatkan tangan ke perut. Tak boleh direnggangkan.". Huhuhuhu... Alasannya memang biasa bagi kita. Kurang sopan kalau direnggangkan. Solat wanita tidak sama dengan solat lelaki. Arahan bersolat seperti Rasulullah s.a.w hanya ditujukan kepada lelaki, kata sahabat ku itu.

So aku pun buat study lah sedikit...x buat carian dengan sheikh google yer. Study kat library berjam-jam, berhari2 dengan cara bodoh aku la....

Menurut Imam As Syafie r.a dalam Bab: Merenggangkan Dua Tangan Pada Sujud, mukasurat 274, terjemahan kitab Al-Umm (Kitab Induk), Jilid 1, telah menyatakan;

Dikabarkan kepada kami oleh Ar Rabi', yang mengatakan: dikabarkan kepada kami oleh Sufyan bin 'Uyainah, dari Dawud bin Qis Al Farra', dari 'Ubaidillah bin Abdullah Aqram Al-khuza'i dari ayahnya yang mengatakan ;
"Saya melihat Rasulullah s.a.w di Al-Qa' dari daerah  Namirah atau An Namirah (ragu Ar Rabi'), sedang sujud. Lalu saya melihat putih kedua ketiaknya". 


Begitulah saya ( saya disini bermaksud Al Imam AsShafie ) menyukai orang yang bersujud, bahawa ia itu bertakhwiyah. Takhwiyah itu, bahawa dia mengangkat dadanya dari dua pahanya. Dan bahawa dia merenggangkan dua sikunya dan dua lengannya dari dua lembungnya. Sehingga apabila tidak ada padanya yang menutupkan bahagian bawah dua bahunya, niscaya terlihatlah warna kedua ketiaknya. Tidak ia mempertemukan salah satu dua lututnya dengan yang lain. Ia merenggangkan ke dua kakinya. Ia meninggikan punggungnya dan tidak membungkuk. Akan tetapi ditinggikannya, sebagaimana saya terangkan, dengan tidak sengaja meninggilah tengahnya dari yang bagian bawah dan atasnya.


Allah Ta'ala telah memberikan pengajaran budi pekerti kepada kaum wanita dengan menutupkan dirinya. Dan Rasulullah saw memberi pengajaran pula kepada kaum wanita, dengan yang demikian.

Saya memandang sunat bagi wanita pada sujud, bahawa ia merapatkan sebahagian badannya dengan sebahagian yang lain. Ia mempertemukan perutnya dengan dua pahanya. Ia sujud dengan yang lebih tertutup bagi yang ada padanya.

Begitu juga saya lebih menyukai bagi wanita pada rukuk, duduk dan semua perbuatan solat, bahawa dia berada keadaan yang lebih tertutup. Saya menyukai bahawa tidak tetap baju kurungnya dan dijarangkan waktu ia rukuk dan sujud, supaya pakaiannya itu tidak membayangkan bentuknya. Semua yang telah saya terangkan itu, adalah merupakan pilihan bagi kaum pria dan wanita. Bagaimanapun keduanya itu mengerjakan pada sujud dan rukuk, niscaya memadai, apabila tidak terbuka sesuatu dari pada keduanya.

As Shafie ra menjadikan pokok dalam memahami hukum, ialah Al Quran dan As Sunnah. Kalau terjadi suatu peristiwa, yang tidak ada dalil dari yang dua ini, maka beliau menggunakan qias (analogi) .Dalam masalah solat antara lelaki dan wanita , As Shafie telah menggariskan perbezaan cara keduanya pada semua perbuatan solat. Beliau tidak menyandarkan hujah beliau dengan sebarang ayat Al Quran atau hadith2 sohih, tetapi lebih kepada qias "pengajaran budi pekerti kepada kaum wanita dengan menutupkan dirinya" dari Allah Ta'ala dan Rasulullah s.a.w.

Manakala dalam kitab Manhaj Fiqh As Syafie, Jilid 1 oleh Dr Mustafa Al Khin, Dr Mustafa Al Bugha dan "Ali Al Syarbaji pada muka surat 319, telah mengemukakan dalil perbezaan ini dari sebuah hadith riwayat al-Baihaqi (2/223). Kitab tersebut menerangkan;

Walau bagaimanapun cara sujud perempuan berbeza daripada cara sujud lelaki. Perempuan ketika sujud hendaklah merapatkan anggota-anggotanya antara satu dengan yang lain. Hal ini berdasarkan hadith yang bermaksud, Rasulullah saw berjalan berhampiran dua orang perempuan yang bersolat lalu Baginda bersabda, "Apabila kamu sujud rapatkanlah sebahagian badan ke lantai kerana orang perempuan tidak sama cara sujudnya sebagaimana orang lelaki." Riwayat al-Baihaqi (2/223).

Namun dalam kitab terjemahan Sifat Solat Nabi yang ditulis oleh ulama fiqh kotemporari abad 20, Sheikh Muhammad Nashiruddin Al Bani yang disemak oleh Dr Mohd Puzhi Usop dan Muhammad Sabri Sahrir, pada muka surat 219;

Segala yang telah diterangkan tentang gambaran solat Nabi s.a.w, berlaku bagi kaum lelaki dan wanita. Tidak ada sunnah yang mengecualikan kaum wanita dari kaum lelaki di dalam melakukan sebahagian dari itu. Bahkan keumuman sabda Rasulullah yang berbunyi :
"Bersolatlah kamu sekelian sebagaimana kamu sekelian melihat aku bersolat."
 Adalah mencakupi kaum wanita . Ini sebagaimana yang dikatakan oleh Ibrahim An Nakha'i:
" Di dalam solat, wanita melakukan seperti yang dilakukan oleh lelaki".
Perkataan ini dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah (1/75/2) dengan sanad yang sahih darinya.

Sedangkan hadith yang menerangkan bahawa wanita menghimpitkan tangannya pada waktu sujud (hadith riwayat al-Baihaqi 2/223 di atas), yakni tidak seperti apa yang dilakukan lelaki, adalah hadith mursal dan tidak benar. Sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud di dalam Al Marasil dari Yazid bin Abi Habib.

Adapun hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad didalam Masa'ili Abdillah (p.713 yakni puteranya, yang diterima darinya dan dari Ibnu Umar, yang mengatakan bahawaRasulullah s.a.w pernah memerintahkan kepada isteri-isterinya untuk duduk bersila di dalam solat, isnadnya tidak benar. Di dalamnya terdapat Abdullah bin Umar Al Umari. Sedangkan dia adalah orang yang dhaif (lemah).

Di dalam At Tarikh 'as-Saghir (p.95), Al Bukhari telah meriwayatkan dengan sanad yang sahih dari Ummi ad Darda'i;
"Bahawasanya dia (Ummu ArDada'i) duduk didalam solatnya seperti duduknya lelaki. Sedangkan dia adalah seorang wanita yang faqihah."



Persamaan solat lelaki dan wanita juga telah ditegaskan dalam Fatwa Panduan Solat : Dari Takbiratulihram Sehingga Salam oleh Abu Ruwais Al-Syubrawi , muka surat 126-131 dalam bentuk soal-jawab kemusyikilan tentang solat;

SOALAN : Apakah cara duduk yang betul ketika solat? Apakah pula perbezaan antara duduk lelaki dan wanita ?

JAWAPAN : Cara solat bagi wanita adalah sama dengan lelaki. Tidak ada perbezaan antara mereka sama ada ketika sujud, duduk dan sebagainya. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang memerintahkan agar solat seperti baginda. Hadith ini berbentuk umum dan merangkumi lelaki dan wanita.

(kemudian memetik kenyataan Syeikh Albani seperti di atas).

Dalam hadith yang berbentuk umum juga, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"kaum wanita adalah saudara kembar bagi lelaki". hadith riwayat Abu Daud 204, al-Tirmizi:105 daripada hadith Aisyah. Manakala al-Darimi :764 daripada hadith Anas. 

Al-'Ajluni r.h berkata:
"Ibn al-Qattan r.h berkata bahawa hadith riwayat Aisyah di atas adalah dhaif, sedangkan riwayat Anas pula sahih ".(Rujuk Kasyf al-Khafa", jil.1, muka surat 248).

Al-Khattabi r.h berkata:
"Dalam memahami hadith, kebiasaanya apabila terdapat satu perintah yang ditujukan kepada kaum lelaki, ia juga merangkumi wanita kecuali jika ada dalil yang khusus kepada kaum wanita."
Sebahagian ulama berkata bahawa wanita tidak boleh duduk seperti lelaki. Hal ini berdasarkan dua hadith dhaif dan kedua-duanya tidak boleh dijadikan hujah.

(Hadith pertama telah dinyatakan di atas). Hadith kedua, menurut Abu Muti' al Hakam bin Abdullah al-Balkhi, Umar bin Dzar pernah mendengar Mujahid meriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;
"Apabila seorang wanita duduk dalam solat, kemudian meletakkan pahanya di atas paha yang sebelahnya. Apabila sujud, dia merapatkan perutnya kepada kedua-dua pahanya seperti lazimnya dia menutup dirinya. Allah berkata :Wahai malaikatKu, saksikanlah sesungguhnya AKU telah mengampuni dosa-dosa wanita itu". Hadith riwayat Al Baihaqi.

Hadith ini dhaif kerana di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Abu Muti' al-Balkhi.

Ibn Hajar r.h berkata: 
"Ibn Ma'in berkata bahawa hadith ini tidak boleh dikira sebagai hujah. Dalam masa yang lain pula, beliau berkata bahawa hadith ini dhaif. Al Bukhari juga sependapat dengan beliau dan menambah bahawa perawinya merupakan seorang ahli Ra'yi. Demikian juga komen al-Nasai'"(Rujuk Lisan Al Mizan, jil.2, muka surat 334)

Ibn "Adi r.h berkata:
"Abu Muti' adalah seorang yang amat dhaif dalam kesemua hadithnya dan kebanyakkannya tidak boleh dijadikan hujah". (Rujuk al-kamil fi Dhu'afa' alRijal, jil.2, muka surat 214)

Yazid bin Abu Habib berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah melewati dua orang wanita yang sedang mengerjakan solat. Kemudian baginda bersabda:
"Ketika kamu sujud, rapatkanlah sebahagian anggota ke tanah. Dalam keadaan itu, wanita tidak sama kaum lelaki". Hadith riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi.
Hadith di atas adalah mursal dan termasuk dalam hadith dhaif.

Ibn Abi Syaibah telah menyebutkan beberapa athar daripada sebahagian ulama salaf mengenai perbezaan duduk antara lelaki dan wanita. Hujahnya berdasarkan firman Allah dan sabda Rasulullah s.a.w. Kemudian, beliau menyebut daripada sebahagian ulama salaf yang lain bahawa cara mengerjakan solat bagi lelaki dan wanita adalah sama. (Rujuk al-Mushannaf, Jil.1, muka surat 242).

Al-Bukhari r.h berkata:
"Ummu al-Dardai' pernah duduk dalam solatnya sama seperti cara duduknya kaum lelaki. Beliau adalah seorang wanita yang faham tentang agama".

Di dalam kitab Fath al-Bari, Al-Hafiz Ibn Hajar, menyebut bahawa Abu Al-Darda' memiliki dua orang isteri. Kedua-duanya dipanggil Ummu al-Dardai'. Isteri pertamanya merupakan seorang sahabat, manakala isteri keduanya pula seorang tabi'in. Al Hafiz menyebut bahawa Ummu al-Dardai' yang dimaksudkan oleh al Bukhari ialah isteri mudanya, iaitu tabi'in.

SOALAN : Adakah perbezaan antara sujud lelaki dan wanita?
JAWAPAN : Ada sebahgian ulama berpendapat bahawa cara melaksanakan solat antara lelaki dan wanita berbeza. Mereka mengemukakan banyak hadith untuk menyokong pendapat itu. Tetapi semua hadith itu dhaif dan tidak boleh dijadikan hujah.

Syeikh Muhammad bin Soleh al-'Uthaimin mengemukakan hujahnya menolak hal ini. Menurutnya, kenyataan bahawa wanita tidak boleh merenggangkan tubuhnya di dalam solat sebaliknya ia hendaklah dirapatkan, boleh disanggah dalam beberapa aspek iaitu;

1. Alasan yang dikemukan tidak dapat menolak kekuatan nas yang menyatakan bahawa wanita dan lelaki adalah sama dari segi mengamalkan hukum. Lebih-lebih lagi Rasulullah s.a.w pernah menyuruh semua umat islam mendirikan solat seperti baginda mendirikannya. Perintah ini berbentuk umum, merangkumi lelaki dan wanita.

2.  Kenyataan di atas boleh dibatalkan ketika seorang wanita mengerjakan solat bersendirian. Wanita dituntut mengerjakan solat bersendirian di rumahnya tanpa kehadiran kaum lelaki. Ketika itu, dia tidak perlu merapatkan tubuhnya kerana tidak dilihat oleh lelaki.

3.  Mereka mengatakan bahawa wanita mesti mengangkat kedua-dua belah tangan ketika bertakbir. Sedangkan perbuatan itu lebih memalukan berbanding merenggangkan tubuh.

Pendapat yang tepat, wanita boleh melakukan setiap perkara yang dilakukan oleh lelaki di dalam solat. Dia mesti menggangkat tangan dan merenggangkan anggota tubuhnya. Dia mesti meluruskan tulang belakang ketika rukuk dan menjauhkan sedikit perut daripada kedua-dua belah pehanya. Begitu juga meninggikan kedua-dua belah peha daripada kedua lutut ketika sujud. Dia juga perlu bersimpuh di atas kaki kiri (iftirasy) ketika tahiyat awal dan bersimpuh di atas lantai (tawarruk) ketika tahiyat akhir. (Rujuk al-Syarh al-Mumti', jil.3, muka surat 303-304).

(Memetik kata-kata Albani seperti dinyatakan sebelum ini).

Jika seorang wanita mengerjakan solat di tempat yang boleh disaksikan oleh kaum lelaki seperti di masjidilharam atau di tempat awam kerana terdesak, dia hanya perlu menjaga auratnya agar tidak terbuka, bukan merapatkan anggotanya.

Sekian makluman. Ana bukan wahhabi. Tak tau apa itu wahabi. Ana AsSyafi'yyah dengan hujah yang sohih.


Rujukan;
1. Sahih Bukhari
2. Sahih Muslim
3. Kitab Induk Al Umm Immam Syafie, Jilid 1
4. Fikh solat, zikir. Kitab  Hadith dr hasbi Siddiqui
5. Manhaj Fiqh Al Syafi'i
6. Fatwa Panduan Solat, Abu Ruwaib Al-Syubrawi
7. Sifat Solat Nabi s.a.w, Syeikh M. Albani
8. Fiqh Perundangan Islam Wahbah al Zuhaili
9. Kesalahan-kesalahan Orang Yang Bersolat, Abu Ubaidillah Masyhur.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.