Salam Idul Adha buat semua saudara-saudara seIslamku di setiap belahan bumi Allah ini. Berkorbanlah apa sahaja , harta ataupun nyawa semata-mata untuk bertaqarrub kepadaNya.
Semoga hidup sentiasa di bawah petunjuk dan hidayahNya.
“Daging dan darah haiwan korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa daripada kamu.” (Surah al-Hajj, ayat 37).
Wahai Tuhan ku yang Esa Bila kenangkan QaharMu Rasa gerun di hatiku Kerana takutkan seksaMu
HambaMu rasa putus asa Siapakah dapat bersihkan diri Dari segala dosa yang memburu Setiap hari setiap ketika
Tika mengenang GhafarMu Putus asa tiada lagi Semangatku pulih kembali Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan di jiwa Tak sanggup meneruskan perjuanganku MehnahMu itu penghapus dosaku Mengganti hukumanMu di akhirat
Di waktu mengenang rahmatMu Terasa diri kurang bersyukur PadaMu harusku memohon Moga syukurku bertambah Alangkah susahnya Mendidik nafsuku Yang tidak dapat melihat kebenaranMu Bantulah hambaMu Dalam mendidik jiwaku ini