Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Saturday, February 4, 2012

Allahumma Solli 'Ala Muhammad : Salam Maulidur Rasul


Assalamualaikum. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala aali wasohbihi wa sallim.
"Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W); wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya" (Surah Al Ahzab:56)

Salawat Allah ke atas Nabi Muhammad bukan dengan kata-kata seperti yang kita menyebut dalam ungkapan selawat yang terkenal. Salawat Allah ke atasnya bermaksud Allah Taala sentiasa memberikan kepadanya kebaikan dan kerahmatan daripada hidupnya hingga wafatnya dan sehingga pada hari-hari Baginda hidup dalam alam barzakh hinggalah ke hari kiamat. Inilah yang disebutkan dalam kitab Tafsir Al Qurtubi, juzuk 14, halaman 222 yang bermaksud, "Salawat daripada Allah adalah turunnya rahmat Allah dan keredaanNya kepada Nabi Muhammad sepanjang masa".

Salawat daripada Para Malaikat bermaksud, "Para Malaikat sentiasa berdoa kepada Allah untuk kebaikan dan keampunan Nabi Muhammad S.A.W sepanjang zaman serta meredhainya. Ada pun salawat umat (kita) Muhammad kepada Baginda Nabi S.A.W adalah dengan menyebut salawat yang terkenal itu, yang di dalamnya mengandungi doa kepada Allah, agar Allah menurunkan rahmat dan kesejahteraannya kepada Baginda. Kita juga memohon agar Allah membesarkan dan memuliakan Nabi Muhammad sepanjang masa". 

Dari tiga perbezaan jelas bahawa istilah salawat itu begitu unik. Ia boleh dipakai untuk tiga situasi yang berbeza. Pertama Allah. Kedua, malaikat dan ketiga, umat manusia. Yang penting kita menghayati dan memahami bahawa Rasulullah S.A.W itu makhluk istimewa pilihan Allah, yang Allah sendiri menjanjikan bahawa Allah sentiasa mencurahkan rahmat kepada Baginda, hari hidupnya, ke alam kuburnya sehinggalah ke hari akhirat. Malah Para Malaikat seluruhnya sentiasa memohon kepada Allah agar dilimpahkan rahmat dan keampunanNya kepada Rasulullah S.A.W. Di hujung ayat tersebut, selepas Allah dan malaikat berselawat ke atas Nabi Muhammad, maka Allah menyeru kita, orang-orang beriman supaya mengucapkan selawat dan salam yang makruf. 

Rasulullah S.A.W bersabda (mafhumnya), "Sesiapa yang bersalawat ke atasku satu selawat, maka Allah merahmatinya dengan 10 rahmat".
Oleh kerana itu, ulama dalam memperhalusi persoalan selawat ke atas Nabi Muhammad itu wajib atau sunat, tidak berlaku khilaf (perselisihan) daripada kalangan ulama, bahawa salawat ke atas Nabi Muhammad adalah wajib, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dalam hidup seharian, bersalawat adalah sunat muakkad.

Sa'id Ibnu Musayyid meriwayatkan daripada Umar Al Khattab, beliau berkata, "Doa hamba kepada Allah tidak diangkat apabila tidak disebut selawat ke atas Nabi dalam doa itu. Apabila disebut salawat, barulah diangkat doa tersebut. Dan sesiapa yang menulis salawat ke atas Nabi dalam mana-mana penulisan (kitabnya), maka malaikat-malaikat terus bersalawat ke atas Nabi dan selama penulisannya itu kekal, maka selama itulah malaikat-malaikat mendoakan rahmat ke atasnya". Demikian hebatnya salawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Wallahua'lam.- ust Harun Din Al Hafiz

Friday, February 3, 2012

Biar Aku Ke Medan Perang


“Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah orang-orang yang lemah. Karena itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya.” [QS. Ali-Imran (3) : 123]
17 Ramadhan tahun ke-2 Hijriah. Kaum muslimin sedang melaksanakan ibadah puasa. Hari-hari itu, Madinah sedang diliputi ketegangan juga. Bagaimana tidak? Rasulullah saw baru saja mengumumkan kaum Muslimin untuk berperang. Perang Badar. Badar adalah nama sumur yang terletak sekitar 120 Km di barat daya Madinah. Dalam perang ini, jumlah pasukan musyrikin adalah 920 orang, sementara pasukan muslim hanya sebanyak 313 dengan senjata dan peralatan yang sangat terbatas.
Ketika Rasulullah saw memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan Ayahnya yakni Khaitsamah.
Dalam masa-masa itu, panggilan perang seperti itu memang tidak terlalu menghairankan. Kaum Muslimin sudah tidak merasa aneh atau gentar lagi bila dipanggil untuk membela agama Allah dan Jihad fi Sabilillah. Sebab itu Saad berkata kepada Anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak."
Memang di rumah itu hanya ada dua orang lelaki saja. Saad dan Khaitsamah. Seperti diketahui, semua lelaki dewasa tanpa uzur diwajibkan berperang. Lagipula, di dada setiap Muslim ketika itu bergelora untuk selalu membela panji-panji Allah. Maka tidak hairan, ketika mendengar perintah ayahnya sedemikian rupa, Saad langsung menjawab,"Wahai ayahku, demi Allah, janganlah berbuat seperti itu. Karena keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah tua dan tidak lagi diwajibkan berperang. Malah harus tinggal di rumah. Maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai Ayahku."
Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan tidak menaati perintahku."
Saad tertunduk. Dalam hatinya tidak sama sekali ia ingin membantah Ayahnya dalam urusan apapun. Maka ia pun menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."
Khaitsamah sekarang yang merenung. Ia berpikir keras. Jika keduanya berangkat berperang, maka siapa yang akan menjaga keluarga mereka? "Wahai anakku,” ujarnya, “Apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu orang baik kau ataupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat."
"Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah Syurga, maka aku akan mendahulukanmu." Jawab Saad.
Tampaknya kedua lelaki itu tidak bisa menemukan pemecahan permasalahan itu. Mereka tampaknya tidak rela jika harus tinggal di rumah. Akhirnya setelah disetujui diputuskanlah melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil.
Ternyata, hasil undian menunjukkan bahwa sang anak, Saad-lah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar. Tetapi belum lama, ia ternyata syahid. Setelah Saad syahid, ternyata Khaitsamah memutuskan untuk berangkat menuju medan pertempuran.
Ketika hal itu diketahui oleh Rasulullah saw, Rasulullah saw tidak mengizinkannya. Hanya saja Rasulullah saw akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis, "Wahai Rasulullah, aku ingin sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia mendapat syahid. Kelmarin aku bermimpi dan di dalamnya anakku itu berkata kepadaku, ‘Engkau harus menemani kami di Surga, dan aku telah menerima janji Allah.’ Wahai Rasulullah, demi Allah, aku rindu untuk menemaninya di Surga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku."
Setelah mendengar hal itu, akhirnya Rasulullah saw pun mengizinkannya. Khaitsamah bertempur hingga syahid dan insya Allah akan berjumpa dengan anaknya di Syurga.
Kedua anak beranak itu telah menunjukkan kepada dunia bahwa ketika menjalani ibadah puasa pun mereka tetap menjalani aktiviti lainnya, sekalipun berjihad di medan perang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.