Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Friday, November 26, 2010

Tutup Orat Gaya Kak Semah

Assalamualaikum pengunjung budiman. Terbaca lah saya beberapa entry dari sahabat2 blogger dengan isu yang sama dengan tajuk " Tutup Orat Gaya Erdogan". Saya pasti..Recep Tayyeb Erdogan sendiri tidak mahukan  identiti wanita Turki berhijab sedemikian rupa kerana beliau sendiri telah melakar sejarah Turki dengan mengizinkan penarikan larangan berhijab di pusat pengajian tinggi Turki serta pejabat-pejabat kerajaan bulan lepas setelah pejuangan panjang menentang dasar-dasar sekular yang menyekat amalan dan identiti Islam. Tahniah Erdogan ! 

Ketika beliau dilantik menjadi Perdana Menteri, ahli-ahli Parlimen Turki yang masih sekular , merungut dan bereaksi negatif apabila imej wanita pertama mereka berhijab ! Parti di bawah pimpinan beliau, AKP masih diragui oleh sebahagian ahli-ahli Parliman Turki dan pihak tentera Turki, bahawa parti ini membawa perjuangan Islam secara tersirat. 

Tapi yang pasti 'Wanita Pertama' kita telah mempromosikan fesyen islamik beliau (IFF di Monte Carlo) yang jauh lebih mengjengkelkan daripada fesyen-fesyen hijab wanita Turki yang ditonjolkan di blog-blog peribadi tersebut sedangkan kepala 'first lady' kita pun masih togel lagi !. Bak kata pepatah tok nenek kita, gajah depan mata tak nampak...kuman di seberang laut terbeliak mata kita melihatnya ! Tak yahlah meneropong wanita-wanita Turki tu, tengok aje wanita-wanita kat Malaya yang di depan mata kita ni. Wanita-wanita Malaysia  sendiri masih ramai yang menutup aurat tapi masih bertelanjang !! Malas nak komen banyak2. A picture paints  thousand words...tengok ajelah TUTUP ORAT GAYA KAK SEMAH ni......!!!!!


Fesyen hijab IFF  Semah

Fesyen hijab Siti Semah

Fesyen hijab Ustajjah Semah


Fesyen hijab Free-show Semah


Fesyen hijab Tayang Bodi Semah

Fesyen hijab Bonggol Unta Semah

Hijab : Berita Baik Dari Turki



ISTANBUL, Oktober 2010 --Freshman Busra Gungor tidak perlu lagi memakai rambut palsu (wig) untuk menutupi hijabnya, sebagaimana dilakukan saudara dan teman-teman kuliahnya, agar tidak dipecat dari kampus. 
Dalam sebuah keputusan bersejarah, Dewan Pendidikan Tinggi Turki awal bulan ini memerintahkan Universiti Istanbul, salah satu institut pengajian tinggi terbesar di negara itu, untuk mencabut larangan memakai hijab di dalam kelas.
Ini adalah sebuah perjuangan panjang terbaru dalam politik dan undang-undang di Turki antara mereka yang melihat pemakaian hijab sebagai lambang keimanan Islam dan kalangan yang menganggapnya bertentangan dengan perundangan negara yang sekuler. ''Saya  memakai rambut palsu, seperti sepupu saya lakukan,'' ujar Gungor, mahasiswa berusia 18 tahun yang mengenakan hijab berwarna pastel. ''Ini soal kebebasan saya. Saya tidak merasa bahawa hijab merupakan sebuah ancaman terhadap siapa pun.''

Perdebatan mengenai pemakaian hijab bukan hanya terjadi di Turki. Di Perancis dan Kosovo misalnya, hijab dilarang dipakai disekolah-sekolah umum, dan sebahagian sekolah di Jerman juga melarang hal yang serupa. Namun masalah hijab ini menjadi jantung identiti nasional Turki dengan 75 juta penduduk Muslim, yang kini menjadi negara moden sejak didirikan sebagai negara republik sekuler  setelah tamat perang dunia pertama.
Pada hari Sabtu, 30 Oktober, Ankara diwarnai oleh aksi demonstrasi yang melibatkan ribuan masyarakat Turki. Mereka menyokong penarikan larangan hijab di negeri ini. Aksi demonstrasi yang diketuai oleh "Forum Kebebasan Beragama" di Turki ini mendukung tuntutan untuk menarik larangan hijab di universiti dan pejabat-pejabat kerajaan.
Baru-baru ini, universiti Turki telah membuka pintu bagi para mahasiswi baru yang memakai hijab, setelah 12 tahun lalu hijab dilarang di universiti-universiti, menyusul sekulerisme yang dibuat oleh Mustafa Kamal Ataturk, yang dituduh sebagai salah satu tangan Zionisme internasional untuk memusuhi Islam, di mana ia menghapus kekhilafahan Utsmaniah pada  dua puluhan abad yang lalu.
Ketua Dewan Pendidikan Tinggi, telah menyampaikan pada Universiti Istanbul awal Oktober, bahwa ia tidak akan mengeluarkan mana-mana siswa karena pakaiannya. Hal itu, setelah ia menerima keluhan dari seorang mahasiswi di universiti yang dikeluarkan dari kelas, karena ia memakai penutup kepala untuk menyembunyikan rambutnya.

Tuesday, November 23, 2010

Selamat Menduduki SPM Buat Anakanda Bonda Tercinta

Assalamualaikum buat dua orang anakanda tercinta, Abelong dan Abengah. Selamat menduduki peperiksaan SPM 2010 pada hari ini, 23 Nov 2010. Bonda sentiasa mengiringi langkah pertama anakanda berdua keluar dari rumah/asrama dengan iringan doa yang berpanjangan dengan penuh harap dan takut, ketika anakanda berdua menuju ke dewan peperiksaan di sekolah masing-masing. Tak cukup dengan itu...bonda bermunajad di sepertiga malam mohon rahmat dan kasih Allah buat kedua anakanda. Moga Allah melimpahkan nur pada setiap anggota tubuh dan minda anakanda agar mudah menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan tepat. Jawapan yang benar adalah dari izin Allah jua. Bonda tahu..kedua anakanda sudahpun berikhtiar sebaik mungkin, maka doa dan tawakkal adalah senjata terakhir yang paling mustajab. Mulakan dengan salawat dan doa sebelum mula menjawab. InsyaAllah, Allah akan melorongkan laluan mudah kepada kedua anakanda ketika bertarung di dewan peperiksaan sehingga hari terakhir peperiksaan. Selebihnya...serahkan kepada Yang Esa. Apa2 keputusan pun...bonda kan terima dengan redha dan penuh rela hati. Bonda bukanlah ibu yang 'exam oriented' !. Jadi tenangkan hati kalian berdua. Akhir kalam. All d best.




Abelongku...Sek Men Agama Al Amin Bangi.

Abengahku.... Sek Men Agama Muhammadi Lelaki KB.

Saturday, November 20, 2010

Roh Eid Ul Adha Yang Kian pudar

Berkorbanlah kerana Allah

Assalamualaikum pengunjung budiman. Tergesa-gesa saya dan suami berkemas-kemas untuk pulang berhariraya korban di Pantai Timur pada 9 Zulhijjah baru-baru ni. Kerana pada hari tersebut saya masih bekerja dan 2  orang dari anak-anak saya masih bersekolah jadi kami kesuntukan masa untuk berkemas. Keadaan rumah tidak nampak semeriah menyambut Eidul Fitri  namun saya bersyukur kerana sempat berkemas dan mencuci rumah pada hujung minggu yang baru berlalu memandangkan kekangan masa yang akan saya hadapi.

Merungutlah hati saya.." Apalah pemerintah dan masyarakat kita ni...kan ke  Eidul Adha sepatutnya lebih diraikan. Cuti hanya diberi sehari-dua sedangkan Eidul Fitri boleh dirancang sampai seminggu !".

Ya... sepatutnya Eidul Adha diraikan lebih meriah daripada Eidul Fitri kerana beberapa sebab:

1. Pada Eidul Adha kita bertakbir selama 4 hari selepas solat sunat hari raya sehingga hari Tasyrik yang terakhir  setiap kali selepas solat fardhu. Sedangkan bertakbir pada hari raya Eidul Fitri hanya dituntut pada hari raya Pertama sahaja.
2. Diharamkan berpuasa pada 4 hari pertama Eidul Adha sedangkan diharamkan puasa pada hari pertama Eidul Fitri sahaja. Hikmahnya supaya kita dapat menikmati hidangan daging-daging kurban yang diagihkan.
3. Hari menzahirkan pengorbanan kerana Allah ta'ala. 

Dalam satu hadith, dinyatakan bahawa;

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi).

Sekurang-kurangnya pemerintah kita patut menimbangkan bilangan cuti yang membolehkan umat Islam melakukan korban sehingga 13 Zulhijjah dan bagi saya itu sudah memadai. Cuti tak sampai seminggu pun tak apa. Alangkah sedihnya....semangat itu nampaknya tidak wujud di kepala otak pemerintah kita. Ada di antara pejabat-pejabat kerajaan dan sekolah yang hanya cuti sehari sahaja! Begitulah nilai Eidul Adha di tanahair kita.

Mungkin....mungkin juga kehendak masyarakat kita sendiri. Masyarakat kita sendiri tidak menuntut untuk meraikan Eidul Adha lebih meriah daripada Eidul Fitri mengakibatkan susun atur jadual cuti umum untuk Eidul Adha hanya diberi sehari dua. Kalau diberi cuti sehingga empat hari pun, mungkin ramai yang hanya membazirkan cuti dengan membuat taik mata !

Inilah kisah benar yang saya lalui, apabila saya, suami dan anak-anak beraya di Kotaraya beberapa tahun yang lalu. Nak pulang ke kampung kami rasa serba salah kerana cuti yang pendek. Ternampaklah kami jiran-jiran kami yang juga tidak pulang beraya, keluar rumah dengan seluar pendek dan bersinglet, kelihatan seolah-olah baru bangun tidur, mencuci kereta di depan rumah. Anak-anaknya pun masih lagi memakai pijama sedangkan pada ketika itu umat Islam yang lain baru pulang dari menunaikan solat sunat hari raya Eidul Adha. Tiada bermakna langsung Eidul Adha bagi mereka. Kalau di hari raya Eidul Fitri sudah pasti tidak wujud senario sebegitu. 

Saya juga pernah berdepan dengan rakan setugas yang ketawa lucu melihatkan rakan lain menganyam ketupat di waktu 'free hour' untuk persiapan Eidul Adha. " Eh ! Kau sambut raya Haji ? Rajinnya...aku malaslah sambut raya haji ni...". Macam tak percaya pula mendengar kenyataan rakan setugas saya tersebut. Tapi itulah hakikatnya roh Eidul Adha yang kian pudar di hati masyarakat kita.

Sunday, November 14, 2010

Jom Puasa 9 Zulhijjah


Assalamualaikum pengunjung budiman. Saya telah mendapat pesanan dari sahabat yang begitu luhur bunyinya mealui sms di pagi yang indah ini;
" Assalamualaikum. Skdar ingat mngingat. Jom kita rebut pahala puasa sunat 9 Zulhijjah (puasa arafah)..mghapuskn dosa seth yg lalu n th2 kmudian. insllh.Salam aidiladha wa barokah." Dari Dr Mashudi.

Ya ya Jom kita berpuasa pada 9 Zulhijjah bersamaan 16 NOVEMBER 2010 puasa yang selalu saya terrrrlajak lupa. Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan;

“Adapun bagi orang yang mengerjakan ibadat haji maka tidak disunatkan baginya berpuasa pada hari Arafah bahkan disunatkan bagi dirinya berbuka puasa sekalipun dia berkemampuan untuk berpuasa. Ini kerana mengikut amalan baginda Muhammad s.a.w. berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim. Dan hendaklah orang yang mengerjakan ibadat haji banyak berdoa. Maka berpuasa pada hari Arafah bagi orang yang mengerjakan ibadat haji itu adalah menyalahi yang terlebih utama”.


Hari Arafah ialah pada 9 Zulhijjah di mana Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim). Jom ajak semua ahli keluarga kita berpuasa esok.InsyaAllah.

Saturday, November 13, 2010

Isu Ketua Parti Keadilan Sejahtera Indonesia Bersalaman Dengan Mitchelle Obama



Petikan dari Magazine Online : Kontroversi mengenai jabat tangan antara menteri komunikasi dan Informatika (Menkominfo)Tifatul Sembiring dengan ibu negara Ibu Negara AS Michelle Obama menghiasi sejumlah media Internasional.
Tentu saja aksi salaman tersebut menjadi tanda tanya besar bagi sejumlah kalangan. Sebab selama ini mantan Presiden PKS itu tidak pernah mau bersalaman dengan wanita yang bukan muhrim. Tifatul sendiri sebenarnya telah membantah melalui akun Twitternya bahwa dirinya sengaja bersentuhan tangan dengan Michelle.
“Sudah ditahan dengan dua tangan, eh ibu Michelle-nya nyodorin tangannya maju banget,.. kena deh” tulis Tifatul dalam akun Twitternya sesaat setelah aksinya tersebut ramai dibicarakan di mikroblogging 140 karakter tersebut.
Sejumlah media ternama Amerika Serikat (AS) dan dunia menulis kontroversi salaman Tifatul tersebut. Associated Press menurunkan berita bertajuk Did Indonesia minister shake US first lady’s hand? sementara The Washington Post menulis Minister admits reluctant Michelle Obama handshake. MSNBC bahkan menurunkan video saat tangan Tifatul bersentuhan.
Newser juga menurunkan berita mengenai ‘insiden tersebut’ dengan judul Oh No! Michelle Touched Muslim Indonesian Minister. Dalam tulisan tersebut Newser menyatakan bahwa Tifatul terlihat senang berjabat tangan dengan ibu negara AS itu sesuai gambar yang tampak di video tapi Tifatul menampiknya di Twitter.


Manakala CBSNews menurunkan berita bertajuk Official : I Shook First Lady’s Hand By Accident.


Assalamualaikum pengunjung budiman. Isu ini telah menjadi isu terhangat di Indonesia dan media-media antarabangsa apabila mantan ketua Parti Keadilan Sejahtera, Tifatul Sembiring , yang selama ini berpegang kuat dengan prinsip " tidak bersalaman dengan wanita bukan muhrim" terjerat apabila bersalaman dengan Mitchelle Obama semasa kunjungan Presiden Amerika  di Indonesia baru-baru ini. Beliau mengaku di Twitternya bahawa beliau berada dalam keadaan terpaksa apabila Wanita Pertama Amerika itu menghulurkan tangan untuk berjabat dengan barisan kenamaan Indonesia.


Hmm...andaikata kita yang berada di situasi begitu apabila sesseorang yang bukan muhrim menghulurkan tangan untuk bersalaman di khalayak, bagaimana ye agaknya respon kita ? Pilih jawapan yang sesuai :

A.  Dengan hormat berkata " Excuse me Mam, i don't shake hands with opposite gender. I am a  practiced  muslim"
B.  Senyum tunduk tidak berkata apa-apa. Tidak menyambut tangannya.
C.  Sambut tangannya dengan rasa bersalah.
D.  Sambut tangannya dengan selamba.

Sudah pasti yang terbaik bagi seorang muslim yang beriman adalah pilihan  A. Bagi penulis, secara jujur telah berada di semua keadaan A, B, C dan  D . Pilihan D adalah yang paling teruk yang paling biasa berlaku apabila yang menghulur tangan itu adalah saudara-mara kita yang tidak faham-faham sedangkan dalam hati berkata "Ah! Lantaklah !". Dosa tetap dosa. Beristighfarlah banyak-banyak.



Dari Ma'qil bin Yasar Radhiyallahu 'anhu, dia menceritakan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda:

 "Andaikan ditusukkan ke kepala salah seorang diantara kalian dengan jarum besi, yang demikian itu lebih baik daripada dia harus menyentuh wanita yang tidak diperbolehkan baginya". [Tabarani dengan isnad hasan] 

Dari ‘Aisyah ia berkata: Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam membai’at para perempuan dengan perkataan. Tidak pernah tangan Rasulullah SAW memegang tangan para perempuan, kecuali tangan perempuan yang telah menjadi miliknya (artinya perempuan yang telah dinikahinya = istri Nabi). [Bukhari]

Jihad Wanita Di Waktu Aman

Jihad kaum wanita

Assalamualaikum pengunjung budiman.  Dari sahabat Rasulullah saw, Anas r.a menerangkan bahawasanya ada sebahagian kaum wanita menghadap Rasulullah saw lalu bertanya kepada Baginda.

"Ya Rasulullah. Telah berangkat jihad fisabilillah beberapa kaum lelaki dengan kemegahannya. Bagaimana kami (kaum wanita) dapat mempunyai amal jihad fisabilillah sebagaimana kaum lelaki ?".
Jawab Nabi " Barang siapa dari kamu yang tinggal di rumahnya (mengatur urusan rumah tangga) dan mengasuh anak-anak tentang agamanya, maka mereka itu mendapat pahala seperti pahalanya kaum lelaki yang menjalankan jihad fisabilillah."

Dan dari Siti Aisyah ra bahawasanya Siti Aisyah bertanya kepada Nabi. 
"Ya Rasulullah, saya melihat jihad fisabilillah itu seutama-utamanya amal. Apakah saya diperkenankan menjalankan jihad ? ". Jawab Nabi " Tidak ! Akan tetapi, seutama-utama jihad (bagi kaum wanita) ialah haji yang mabrur ". (Hadis riwayat Bukhari). 

Ya Allah perkenankanlah hajatku. ameen.

Tuesday, November 9, 2010

Tahniah Kerajaan. Nak Tunggu Bala Yang Macam Mana ?


Assalamualaikum pengunjung budiman. Berbangga nya menjadi rakyat Malaysia! Negara kita adalah negara Islam yang hebat dan maju menjelang 2020 yang tidak boleh ditandingi oleh negara-negara Islam yang lain. Kita adalah pusat segala-galanya termasuklah pusat pameran 'pusat-pusat'. 
Kita ada Pusat Judi antara yang terbesar di rantau Asia iaitu Pusat Judi Genting Highland. Tujuan dibina pusat judi yang hebat ialah untuk melatih kita supaya pandai melabur dan cepat kaya oleh pemerintah kita yang bijak memacu ekonomi. Terima kasih mantan PM kerana bersahabat dengan Lim Goh Tong.

Pusat Judi yang tersergam indah di Genting Highland

Kita adalah negara Islam yang membangun bersama kilang-kilang arak atau kilang-kilang 'ibu maksiat' yang cantik dan tersergam indah. 


Kilang-kilang arak yang menyumbang ekonomi dan wang bantuan untuk rakyat. Duit gaji kita pun dari sumber yang ni....

Kelab-kelab malam kita melambak-lambak di sana sini. Mudah untuk kita  berhibur dan melepaskan penat lelah setelah seharian bekerja. Terima kasih kerajaan ! Tidak dapat kami membalas budimu melainkan melalui kertas undi.


Pusat-pusat hiburan yang bertebaran di muka bumi Malaysia tercinta.

Kita ada banyak pusat-pusat cabutan bertuah untuk orang-orang Malaysia yang bertuah. Saya rasa sungguh bertuah  sekali menjadi rakyat negara ini. Tuah ayam nampak di kaki, tuah rakyat Malaysia nampak di kedai TOTO dan Magnum 4D !

kedai nombor-nombor ekor untuk rakyat yang bertuah.

Tapi..itu semua tak cukup. Jadi kita kena tambah kemudahan-kemudahan yang ada dengan menyokong hasrat pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Satu daripada 12 projek permulaan (EPP) itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, maka makin mudah lah artis seperti Adam Lambak untuk mengadakan konsert di negara Islam ini.
 EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Bagus ! Bagus ! Malaysia Boleh. Sapu semua !! Saya percaya selepas ini Sekolah-sekolah hamil pun akan bertambah juga seperti Melaka Maju 2010.


Jangan bimbang kerana pada masa yang sama kita turut membina masjid-masjid yang indah-indah dan hebat-hebat yang diperbuat dari kristal, besi, emas dan tak lama lagi masjid yang akan dibina daripada batu-batu nesan yang kelak akan diberi nama Masjid Al Batu Nesan Negara yang sehebat projek Pusara Negara. Kita ada penasihat-penasihat Syariah yang ramai dan teramai di seluruh dunia Islam dengan 13 orang mufti dalam sebuah negara !!
Oleh itu bersama-samalah kita menyokong hasrat murni kerajaan kita. Don't worry be happy dengan ayat-ayat Allah ini;
" orang-orang yang kafir menikmati kesenangan (berhibur) di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka."Surah Muhammad : 12.
..kerana ayat ini tak terkena kepada orang-orang Islam yang berhibur, yang terhukum hanya orang-orang kafir sahaja. Betulkan Sheikh Harussani ? Betulkan Usatazah Masitah Ibrahim ?
Selepas ini marilah sama-sama kita tunggu BALA DARI ALLAH !! Nak bala yang macamana ya ? Lu fikirr lah sendiri.......!
Ingatlah...
Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” Al Isra' : 16
“(keadaan mereka) serupa dengan keadaaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya.  Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaanNya.' Al Anfal : 25
"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). Katakanlah: “Adakan perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang dahulu. Kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah).” Ar Rum : 41-42

Friday, November 5, 2010

Setakat Mana Jayanya Memilih Pimpinan Islam Melalui Kertas Undi


Assalamualaikum pengunjung  budiman. DALAM putaran sejarah global, perdebatan hubungan antara Islam dan demokrasi belum pernah tuntas. Maulana Abul A’la al-Maududi dan mujaddid, Hasan al-Banna adalah antara dua tokoh terkenal dunia Islam yang berpihak kepada anti demokrasi. Masih ramai tokoh-tokoh politik Islam merasakan amalan demokrasi itu tidak sekufu dengan amalan siasah Islam. Namun apabila senario politik dunia berubah dimana demokrasi telah menjadi amalan bagi negara-negara yang dianggap berdaulat termasuklah beberapa negara Islam yang mengamalkannya walaupun tidak semua, pandangan terhadap demokrasi menjadi semakin optimis.

Isitilah "demokrasi" berasal dari Yunani Kuno yang diutarakan di Athena kuno pada abad ke-5 SM. Negara tersebut biasanya dianggap sebagai contoh awal dari sebuah sistem yang dikaitkan dengan hukum demokrasi moden. Namun, erti dari istilah ini telah berubah sejalan dengan waktu, dan definisi moden melalui evolusi sejak abad ke-18, bersamaan dengan perkembangan sistem "demokrasi" di banyak negara. Kata "demokrasi" berasal dari dua  istilah, yaitu demos yang bererti rakyat, dan kratos/cratein yang bererti pemerintahan, sehingga dapat diertikan sebagai pemerintahan rakyat, atau yang lebih kita kenal sebagai pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.
 
  Sistem demokrasi telah dijelmakan dalam pilihanraya umum dan telah menjadi mekanisme untuk menentukan komposisi pemerintahan secara berkala.  Waktu inilah rakyat menunjukkan kuasanya sebagai pemilih pemerintah yang diidamkan untuk membela kepentingan mereka sebagai rakyat pada sehelai kertas yang dinamakan kertas undi.

Setakat mana sistem demokrasi ini dapat membantu umat Islam memilih kepimpinan Islam yang sebenarnya yang dapat membela Islam dan kesejahteraan umatnya? Pakar penganalisis politik mungkin dapat menghurainya dengan panjang lebar dari pelbagai sudut  tentang jaya gagalnya demokrasi tetapi bagi saya yang rabun politik ni, mempunyai pandangan yang tersendiri.

Bagi saya, demokrasi TIDAK PERNAH BERJAYA membentuk pemerintahan negara Islam yang ideal. Saya berpegang kepada hujah ini setelah memandang kepada beberapa fakta sejarah;

1. Algeria -
Konflik di Algeria berlaku pada 1992 di mana tentera telah membatalkan keputusan pilihan raya Algeria kerana ia dimenangi oleh parti fundamental Islam, Islamic Salvation Front (FIS) yang menentang parti sekular National Liberation Front (FLN). Ramai yang terbunuh selepas pilihan raya itu . Sebaliknya Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat  hanya berdiam diri sahaja meskipun parti Islam Algeria menang melalui kertas undi atau sistem demokrasi. Tragedi pembatalan keputusan undi telah meragut ribuan nyawa rakyat yang menyokong FIS dalam pembunuhan beramai-ramai oleh tentera kerajaan mengakibatkan gerila-gerila Islam muncul dengan banyaknya dengan mengadakan pemberontakan bersenjata terhadap kerajaan haram Algeria dan penyokong-penyokongnya.

2. Turki -  
Pilihan raya Umum Turki yang ke-16 diadakan pada  2007 dan akhirnya telah dimenangi oleh Parti Pembangunan Dan Keadilan (AKP) yang dipimpin oleh Recep Tayyib Erdogan yang kontroversi.
Parti Pembangunan dan Keadilan pernah diharamkan tetapi didaftar kembali dengan nama lain. Parti Islam itu diharamkan pendaftarannya oleh puak-puak tentera yang masih nasionalis dan sekular kerana memandang Islam hanya faktor memundurkan Turki. Andaikata Erdogan menggunakan jenama "Islam" sudah pasti  parti itu diharamkan dari didaftarkan dalam pilihanraya umum Turki. Sekarang pun Parti Pembangunan dan Keadilan dikhuatiri mempunyai agenda yang tersembunyi. Mereka masih ragu adakah parti ini akan melaksanakan syariat Islam seperti isu berbertudung , poligami , murtad dan lain-lain yang sebanding dengannya. Ini semua akan menghapuskan asas sekular di Turki yang telah diterapkan oleh pemimpin agung mereka, Mustafa Kamal Atartuk. 

3. Palestine
Hamas menang pilihanraya 2006, penyokong kuat Israel, pentadbiran George W Bush tetap enggan menghormati kejayaan besar Hamas mengaut 76 kerusi parlimen, apabila mengugut untuk membatalkan bantuan sebanyak AS$400 juta setahun kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA). Malah Hamas dicap sebagai parti pengganas. Walhal kemenangan Hamas adalah melalui pemilihan secara demokrasi melalui kertas-kertas undi pelajar-pelajar universiti dan rakyat yang menyokong usaha jihad Hamas menentang negara haram Israel.


Hamas pimpinan Ismail Haniyeh memenangi pilihanraya pada tahun 2006 tetapi tidak diiktiraf oleh Barat terutamanya sekutu-sekutu Israel malah dicap sebagai pengganas.

Manakala Kesatuan Eropah walaupun meneruskan bantuan tahunan sebanyak AS$606 juta, terus mendesak Hamas menghentikan perjuangan bersenjata dan mengiktiraf Israel.

4. Pakistan- 
Secara purata, hanya 42% rakyat Pakistan yang keluar mengundi pada setiap musim pilihanraya umum. Pernah mencapai hanya 35% rakyat yang keluar mengundi. Boleh dipercayai demokrasi ini ?

5. Malaysia
 Malaysia telah melalui 12 kali pilihanraya umum semenjak 1959.Terlalu banyak tembok yang perlu ditembusi terlebih dahulu sebelum demokrasi dapat berjalan dengan telus ; SPRM yang prejudis, ISA, media yang berat sebelah, politik wang, mentaliti rakyat yang sukar ditransformasikan,  katak-katak lompat, rampasan kuasa, dan pelbagai halangan yang lain. Sejarah demokrasi  tanahair kita hanya menyaksikan Islam hanya mampu menakluki negeri-negeri kecil sahaja, itupun belum pasti lagi setakat mana parti Islam itu boleh bertahan dinegeri-negeri tersebut.

Dari fakta-fakta sejarah yang telah saya paparkan congakan bodoh saya mengatakan Islam tidak akan berjaya memerintah dengan demokrasi. Saya yakin dengan firman Allah :

" Dan jika engkau menurut kebanyakan (majoriti) orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta." An'Am : 116.

Nak harap Islam memerintah melalui kertas undi ? Jawapannya saya buat melalui satu kesimpulan daripada fakta-fakta sejarah diatas. Majoriti manusia tidak memilih jenama Islam, kalau parti Islam menang pun, akan berlaku kudeta atau rampasan kuasa atau pembatalan keputusan atau tidak diiktiraf dunia lebih-lebih lagi dunia Barat. Demokrasi melalui kertas undi sebenarnya bukan untuk Islam. Itu sebab kekalahan parti Islam di Galas atau dimana-mana dibumi Malaysia ini, saya tak hairan sangat.


Wednesday, November 3, 2010

Nasihat Indah Buat Wanita Solehah

Aurat dijaga, maruah terpelihara

YA....
Ya...
Untuk senyumanmu yang indah,yang dapat membangkitkan rasa cinta dan menghantarkan kasih sayang kepada orang lain

Ya...
Untuk budi bahasamu yang baik yang membinakan persahabatan dan menjauhkan rasa dengki

Ya...
Untuk derma yang membahagiakan orang miskin menggembirakan orang fakir, dan mengenyangkan orang yang lapar

Ya...
Untuk mengulangkaji Al Quran, sama ada merenung dan mengamalkan kandungannya, bertaubat dan memohon keampunan

Ya...
Untuk zikir dan istighfar, dan mengalunkan doa, dan memperbetulkan taubat

Ya...
Untuk mendidik anak-anakmu dengan agama, mengajarkan kepada mereka akan sunnah nabi dan memberi tunjuk ajar petunjuk tentang apa-apa yang bermanfaat untuk mereka

Ya...
Untuk rasa malu dan hijab sepertimana yang diperintahkan oleh Allah. Yang demikian itu adalah cara agar terselamat dan terjaga

Ya...
Untuk berkawan dengan wanita-wanita baik yang sentiasa takutkan Allah, mencintai agama, dan menghormati nlai-nilai agamanya

Ya..
Untuk berbuat baik kepada kedua orangt tua, siraturrahim, menghormati jiran tetangga, dan santun terhadap anak yatim

Ya...
Untuk bacaan yang bermanfaat dan penelahan yang berfaedah, bersama buku yang baik, yang memberi petunjuk.

- Dr Aidh Al Qarni

Monday, November 1, 2010

Orang Yang Haram Masuk Neraka

Assalamualaikum pengunjung budiman. Dalam bergaul dengan sesiapapun hendaklah kita menunjukkan wajah yang sentiasa berseri-seri..

ramah tamah....




 dan menunjukkan wajah yang manis...


Rasulullah sangat menekankan sikap berakhlak mulia di kalangan ummatnya. Bila ditanya apa itu agama, maka jawab Baginda.."Akhlak  yang mulia ." Bila ditanya lagi, Baginda menjawab "Akhlak yang mulia". Rasulullah saw  juga telah bersabda;

" Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang haram dimasukkan dalam neraka ?" Para sahabat menjawab " Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui". Beliau saw lalu bersabda " Iaitu orang yang lemah lembut, mudah dalam segala hal, ringan tenaga dan suka mendekati sesiapapun" (Riwayat Tirmidzi).

Hmmm...layakkah kita ?



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.