Rujukanku tentang Shiah. Sedikit aje......
Assalamualaikum pengunjung budiman. Hampir seminggu mengenepikan dunia maya ini. Menziarahi ayahbonda tua dikampung saya dan suami. Lebih afdal memberi tumpuan kepada mereka yang jarang-jarang dapat dijenguk.
Hari ini saya kembali mengadap laptop dan berkembara info dan ilmu blog2 sahabat dan gemar mengetahui buah2 fikiran mereka tentang isu-isu semasa tanah air. Kisah YB Teo berpakaian 'seksi' bersenamrobik di perkarangan masjid, isu Gopala, isu Mahfuz, Piala AFF, isu amah seksi menteri...semuanya menarik hati saya, cumanya malas nak ulas sebab pengulasnya dah melambak2 dengan ulasan yang penuh satira, panas dan pedas.
Dengan tahun baru yang akan menjengah sejam dua lagi, saya lebih suka nak sentuh hal Syiah ni setelah berjam-jam menerjah blog Faisal Tehrani (he is so into Syiah).
Ya ya. Shiah itu tetap sah keislaman mereka kerana mereka bertuhankan Allah Yang Esa, beriman kepada malaikat, nabi-nabi serta khatamul anbiya Muhammad saw dan berkitabkan AlQuran. Ulama dari kalangan ahli sunnah wal jama'ah yang keras terutama dari India dan Pakistan memang ada menkafirkan mereka tetapi tidak ramai. Majoriti masih mengatakan penganut Shiah adalah Islam termasuk ulama2 tanah air kita walaupun segelintir mengatakan mereka ini sesat
Syiah mengkafirkan para sahabat dan ummul mukminin
Saya tidak membenci Syiah tapi saya menolak beberapa pegangan mereka yang saya rasa bukan soal cabang tetapi soal yang mendasar. Tidak menolak mereka kerana mencederakan diri untuk memperingati terbunuhnya cucunda Rasullah saw, Hussein ra, tidak menolak mereka kerana nikah muta'ah, tidak menolak mereka kerana persoalan menjamakkan solat-solat 5 waktu, tidak menolak mereka kerana meletakkan tanah suci Karbala di atas sejadah sebagai tempat dahi ketika bersujud dan tidak menolak mereka kerana memuliakan ahli keluarga Rasulullah saw terutama Sayyidina Ali secara berlebihan, tidak menolak mereka kerana pendirian mereka tentang Imam ke 12 iaitu Imam Mahadi dan tidak menolak mereka kerana menuntut kekhalifahan Sayyidina Ali ra dan bukannya Sayyidina Abu Bakar As Siddiq ra selepas wafatnya Rasulullah. Itu semua saya boleh terima kerana hujah-hujah mereka yang saya anggap ada rasionalnya.
Tetapi saya menolak Syiah kerana beberapa perkara pokok ini. Kepercayaan mereka tentang Al Quran yang tidak lengkap kerana ada bahagian yang disorokkan Ummul mukminin Habsah binti Umar Al Khattab. Penghinaan dan fitnah2 mereka terhadap semua Ummul Mukminin terutamanya Aisyah ra. Mengkafirkan semua sahabat2 Rasulullah saw setelah wafatnya baginda kecuali 4 orang sahaja (salah seorang Salman Al Farisi), menolak banyak hadis2 sahih Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh sahabat2 Rasulullah dan meraikan Hari Pembunuhan Sayyidina Umar ra dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan.
" Sesungguhnya Allah telah memilihku dan memilih beberapa sahabat dan mertua serta menantu-menantu; dan ingatlah akan datang suatu puak yang mencaci dan membenci mereka, maka janganlah kamu bersekedudukan dengan mereka, dan janganlah kamu semakan seminum dengan mereka, dan jangan juga kamu bersemenda dengan mereka." (Anas ra).
Pengikut Syiah sangat berpegang kepada hadith ini. Dari Zaid bin Arqam, berkhutbahlah Rasulullah saw " Maka saya meninggalkan kepada kamu tsaqalain(dua pusaka); yang pertama kitab Allah didalamnya ada petunjuk dan cahaya, Maka ambillah kitab ini dan berpegang teguhlah dengannya. Lalu beliau mendorong kepada Kitab Allah dan menggembirakan dengannya. Kemudian beliau bersabda: ’dan ahlulbaitku (keluargaku), aku ingatkan kamu akan Allah terhadap ahlulbaitku , aku ingatkan kamu akan Allah terhadap ahlulbaitku , aku ingatkan kamu akan Allah terhadap ahlulbaitku”(Shahih Muslim). Tak ada salahnya kerana ahli sunnah juga berpegang kepadanya.

Tetapi mereka menolak yang ini. Dari Abu Said al-Khudri radhiallahu anhu, ia berkata: Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Jangan kalian mencela sahabat-ku, sungguh jika salah seorang diantara kalian menginfakkan emas sebesar gunung uhud, maka itu tidak menyamai satu mud (yang diinfakkan) salah seorang dari mereka dan tidak pula mencapai separuhnya”. (HR. Bukhari no. 3673, Muslim no 2541).
oklah nanti sambung lagi. Selamat Tahun Baru 2011. Semoga bersemangat baru.
An eye-opener video.