Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Tuesday, December 14, 2010

Apakah Allah Betul-Betul Ada? Buktikan !!!

Assalamualaikum pengunjung budiman. Iklan di perut kenderaan awam di Toronto, Kanada di bawah adalah iklan yang ditaja oleh golongan ateis yang ditujukan kepada ilmuwan beragama kristian. Perhatikan perkataan "Allah" pada perut bas tersebut. Juga ditujukan kepada orang-orang kristian ? Ya, benar.  Perkataan "Allah" bukan milik orang-orang Islam sahaja. Ianya adalah pemilik kepada semua penganut agama sam'iyat (Islam, Yahudi, Nasrani).


Sebenarnya, golongan aties sengaja mengiklan sedemikian kerana meniru kempen  ilmuwan kristian yang merendah-rendahkan orang Islam tentang kepercayaan dan iman mereka kepada Allah. Dalam laman web mereka di www.extraordinary-claims.com. mereka telah mentakrifkan "Allah" itu sebagai "God' yang digunakan oleh orang-orang Kristien berbangsa Arab dan penggunaan lazim oleh orang-orang Islam. 

"Kristien, apakah Allah betul-betul ada? Buktikan kalau Dia ada!" Demikian bunyi iklan yang akan segera diluncurkan di kenderaan awam di Toronto, Kanada. 

Tujuan golongan ini  memasang iklan itu sebagai "iklan akhir tahun". Poster-poster baru itu menggunakan slogan: "Kenyataan Luar Biasa Perlu Pembuktian Luar Biasa" dengan tulisan "Allah, Big Foot, UFO, Homeopati, Zeus, paranormal, Christ" tercantum di bawah ini.

Mereka akan mula memasang di kenderaan awam pada akhir Desember 2010 untuk kontrak hingga tahun depan. Kini mereka sedang menunggu peretujuan akhir dari Comision Transit Toronto, autoriti yang bertanggungjawab  menguruskan kenderaan awam tersebut.

Menurut Justin Trottier, Pengarah eksekutif nasional dari Center for Inquiry, sebuah kelompok ateis, projek itu tidak hanya terhenti di Toronto. "Kami juga merancang untuk memasang iklan pada bas-bas di Calgary, Vancouver, Ottawa, Saskatoon, dan Montreal," katanya.

 "Mengapa keyakinan tentang Big Foot dicap sebagai hayalan dan ditamatkan perbincangan sedangkan kepercayaan kepada Allah dan Christ dihormati dan terus dihormati? Semua pernyataan ini sama-sama luar biasa dan perlu didebat," katanya, seperti terungkap dalam laman web mereka.

Trottier menegaskan bahwa iklan tersebut tidak dirancang untuk menyinggung kebebasan beragama di Kanada. "Saya gembira jika semua orang melihat iklan ini. Ini sesuatu yang mencurigakan dan kami tertarik dalam debat yang sehat, tentang isu yang kami sebut sebagai kenyataan  luar biasa  itu," ujarnya. (sumber muslimdaily/rol)

6 comments:

  1. salam,

    kebebasan bersuara yg hebat di sana, kalau di Malaysia Ameno dah sumbat masuk dalam ISA...

    Pengawas Peperiksaan Rasis

    ReplyDelete
  2. new hope: hebat? anda inginkan kebebasan bersuara? adakah muslim itu bebas bersuara? bukankah muslim itu terikat dgn hukum syarak. idea2 kebebasan adalah hasil drpd pemikiran liberalisme!

    bagus jugak diorang persoalkan adakah Allah benar2 wujud. sekiranya ada umat Islam yg berani, pasti ada yg tampil ke hadapan utk membuktikan Allah itu benar2 wujud.

    ReplyDelete
  3. Ya.'Bebas bersuara' atas batasan syarak. itu sudah amat cukup bgi ummat dMsia dan itu yang kita mahupun. X yah bebas sgt mcm kat Kanada atau US pun x pe. Tapi kita ni terlalu byk sekatan lebih2 lg klau nak komen krjaan. Demo aman pun dinafikan !!

    ReplyDelete
  4. Silap beb...'Sasaran Kita adalah Kuasa & Putrajaya"...dakwah? Hahahaha....setakat ni yang jelas, Nik Najis telah melacurkan Islam sewenang-wenangnya demi kuasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya benar...kuasa diperlukan untuk memudahkan laluan dakwah. ada kuasa tapi beri laluan pada pusat judi, kilang arak, kpop, hiburan dan pgaulan bebas yg mewrosakkan aqidah org2 melayu apalah gunanya. Ada kuasa tapi pekaya anak beranak apalah gunanya... ada kuasa tapi menolak praturan islam apalah gunanya ,ada kuasaa utk salah guna dan makan duit rakyat apalah gunanya...yang jelas najib telah lacurkan islam utk soilek..jenis x der tuloq mmg anonymous nmanya..

      Delete

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.