Kaherah, hari ke-8 Protes Rakyat Mesir . Presiden Mesir Hosni Mubarak muncul dikaca TV setelah hari ke-8 rakyatnya membuat protes sejuta ummat, dengan ucapan ringkas bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan malah akan menghabiskan beberapa bulan lagi bagi penggal ke-6 beliau memerintah Mesir selama 30 tahun. " Saya akan terus berkhidmat untuk memenuhi tuntutan rakyat sehingga tamat tempoh penggal ke-6. Saya akan mati di sini (Mesir)" ulas Hosni yang menegaskan beliau tidak akan langkah seribu ke Arab Saudi seperti President Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali.
Marwan Bishara, penganalisa politik kanan Al Jazeera berkata : " Adalah sangat jelas, legasi Hosni Mubarak ditolak. Jumaat ini kita akan menyaksikan ketegangan yang memuncak secara besar-besaran antara dua kumpulan anti Hosni Mubarak dan penyokong regim Mubarak" katanya.
Mohamed ElBaradei, tokoh pembangkang Mesir yang pulang ke Mesir untuk menyertai protes mengatakan bahawa kenyataan Mubarak yang tidak mahu bertanding jawatan presiden lagi sebagai satu pembohongan. Menurut ElBaradei " Malangnya dia akan memanjangkan penderitaan untuk 6-7 bulan lagi. Dia masih membuat polarasi negaranya. Rakyat akan terus bertambah marah yang boleh mencetuskan keganasan ".
Yang pasti, tidak ada satupun para pemprotes yang ditemuramah oleh wartawan aljazeera yang bersetuju Mubarak menghabiskan tempoh beberapa bulan khidmatnya sebagai Presiden Mesir
" Dia mesti keluar sekarang", kata Hassan Moussa di Tahrir Square selepas ucapan Mubarak. " Kami tak boleh terima dia keluar September ini atau menyerahkan kuasa kepada Omar Suleiman (Timb Presiden yang baru dilantik). Dia mesti pergi sekarang juga ".
(sumber - aljazeera)
Alahai Mubarak.......jaga cucu lagi baik.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.