Ikhwan tubuh Parti Kebebasan dan Keadilan
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 23 Feb: Pembangkang terbesar Mesir, Ikwan Muslimin menubuhkan parti politik mereka bernama “Parti Kebebasan dan Keadilan” atau dalam bahasa arabnya "Huriya wa Adala" bagi bertanding pada pilihan raya umum negara itu nanti.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Mursyid Am gerakan itu, Dr Muhammadd Badie pada satu sidang akhbar semalam dan kenyataan tersebut turut disiar pada laman web rasmi pertubuhan itu.
Muhammadd Badie berkata, keputusan menubuhkan parti tersebut bukanlah perkara baru, bahkan ia adalah keputusan Majlis Syura sejak dahulu yang memutuskan bahawa jemaah Ikhwan Muslimin akan menubuhkan sebuah parti politik untuk jemaah tersebut.
"Langkah ini merupakan respon kepada hasrat rakyat Mesir ke arah memiliki masa depan yang lebih baik dan gemilang serta mengembalikan peranan, kedudukan dan kepimpinan Mesir itu sendiri yang telah diukir oleh sejarahnya yang terbilang," katanya.
Beliau turut memaklumkan keanggotaan parti itu adalah terbuka untuk semua orang Mesir yang mahu menerima program serta perjuangan mereka untuk menjaga kebajikan rakyat Mesir.
ASSalamualaikum pengunjung budiman. Tertubuhnya 'Parti Kebebasan Dan Keadilan' di Mesir oleh jemaah Ikwanul Muslimin Mesir merupakan satu perkembangan yang menggembirakan di bumi Anbiya tersebut susulan dari tergulingnya Hosni Mubarak baru-baru ini. Jenama "Keadilan" digunapakai seolah-olah echo kepada AK Party Turki atau Parti Pembangunan Dan Keadilan Turki yang telah menggunakan brand yang sama.
Pergerakan Ikhwanul Muslimin telah diharamkan pada tahun 1954 selepas berlaku percubaan pembunuhan Presiden Gamal Abdul Naser. Pada tahun 2005, isu pengharaman ini dibangkitkan semula setelah pergerakan ini terlibat dalam pilihanraya umum Mesir sebagai parti pembangkang yang hanya memenangi 20% kerusi. Kesemua Anggota Ikhwan yang yang menjadi calon pilihanraya parti politik demokrasi Mesir terpaksa mendaftar sebagai parti calon bebas.
Begitulah fobianya masyarakat negara-negara Islam dengan jenama 'Islam' kerana pertubuhan yang meletakkan nama 'muslimin' atau "Islam" dianggap sebagai pengganas dan perlu diharamkan, maka terpaksalah pejuang-pejuang politik Islam menggunakan jenama selain Islam sebagai satu mekanisme untuk terus bergerak secara bebas. Akhirnya pada hari ini, Ikhwanul Muslimin terpaksa melakukan pendekatan yang mesra-politik-mesir dengan memilih terma 'keadilan' untuk menggantikan tag 'islam' supaya memdapat laluan dan 'blessings' dalam politik demokrasi Mesir. Tidakkah ini semua skrip yang sama yang pernah digunakan oleh parti Recep Tayyeb Erdogan yang terpaksa menggunakan istilah "keadilan"?
Lihatlah keadaan HAMAS (Islamic Resistance Movement) yang masih menggunakan jenama "Islam" dan begitu juga dengan FIS (Islamic Salvation Front) Algeria pada tahun 1992, terus diharamkan walaupun memenangi pihanraya umum atas pilihan majoriti rakyat Palestine dan Algeria sendiri. Mana-mana parti Islam yang menggunakan nama 'Islam" terus-terusan ditentang, ditekan dan dilabel sebagai ekstremist dan pengganas termasuklah parti politik berjenama Islam di tanah air kita.
Begitulah nasib islam yang menjadi fobia di negara-negara Islam sendiri. Walaubagaimanapun, kita berdoa agar parti baru ini menjali talian hayat kepada kesinambungan dakwah dan perjuangan Ikhwanul Muslimin yang berpegang kepada satu jamaah dari umat Islam, mengajak dan menuntut ditegakkannya syariat Allah, hidup di bawah satu khalifah Islam, seperti yang diturunkan Allah kepada Rasulullah saw, dan diserukan oleh para salafush-shalih, bekerja dengannya dan untuknya, keyakinan yang bersih menghujam dalam sanubari, pemahaman yang benar yang merasuk dalam akal dan fikrah, syariah yang mengatur al-jawarih (anggota tubuh), perilaku dan politik . Allah pasti memenangkan agamaNya.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.