Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Friday, February 4, 2011

Mubarak : Kalau Saya Turun, Negara Huru Hara

File 4996
Pendemonstrasi beragama kristian membuat rantai tangan untuk membentengi para demonstrasi beragama Islam yang solat Jumaat di Tahrir Square

Assalamualaikum pengunjung budiman. Puluhribuan penunjuk perasaan anti-Mubarak berkumpul semula untuk menunaikan solat Jumaat 4 Feb di Tahrir Square dan membuat demonstrasi besar-besaran " Day Of Departure" untuk Mubarak. Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama, usia, jantina dan latarbelakang bersatu tenaga dan suara menyatakan bantahan mereka tetapi anggota Ikwanul Muslimin masih bersikap low profile dalam protes rakyat semenjak hari pertama lagi. Pihak tentera masih lagi menyekat orang ramai dan memeriksa kad pengenalan mereka yang ingin masuk ke Tahrir Square." kami akan terus protes sehingga Mubarak meletakkan jawatan" ujar para pemprotes.
" Irhal....irhal....irhal !" jerit mereka.

Dalam perkembangan terbaru Hosni teah mengeluarkan kenyataan " Sekiranya saya meletakkan jawatan, negara akan jadi huru-hara". Katanya lagi " Saya dah fed up jadi Presiden !".

Kenyataan-kenyataan lucu yang dah terbiasa dengar sebelum ini di negara kita satu ketika dulu. Ha ha ha ha...

Protesters in Cairo's Tahrir Square, Egypt, on 4 February 2011.
Protes besar-besaran "Day of Departure" di Tahrir Square

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.