Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Sunday, February 20, 2011

Kasihnya Rasulullah Kepada Orang Muda

Pemuda ini, Wael Ghonim, yang berjaya menyeru rakyat Mesir keluar ke jalan-jalan raya

Assalamualaikum pengunjung budiman. 
Bersabdalah Rasulullah SAW : “Aku adalah kasih sayang yang dihadiahkan”. (HR al-Hakim) . Maka amat bertuahlah kita dengan anugerah dan nikmat besar dari Allah SWT dengan diutusNya Nabi Muhammad SAW seorang ikon kasih-sayang yang tiada tolok bandingnya dengan sesiapapun di langit dan di bumi untuk kita dan penghuni sekelian alam. Diperkukuhkan lagi dengan firman Allah SWT ;
"Tidak Kami utus kamu wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat sekelian alam." Al-Anbiya : 107. 

Rasulullah adalah seorang pencinta ummatnya dengan cinta yang sungguh mendalam, sehingga tiadalah apa yang menggusarkan Baginda di saat tercabutnya nyawa melainkan dengan kegusaran yang dizahirkan dengan kalimah "ummati...ummati.....ummati ". Rasulullah SAW sebenarnya kasihkan setiap golongan dari ummatnya, baik yang tua mahupun yang muda, malah pada haiwan sekalipun Baginda menunjukkan kasih-sayangnya. Tidak terkecuali juga kepada musuh-musuhnya yang sering menyakitinya. Baginda telah menziarahi jiran yang sakit walaupun jiran itu sering meletakkan najis dihadapan rumah Baginda. Betapa agong peribadimu Ya  Rasulullah !.

Pemuda-pemuda ini telah berjaya menumbangkan kerajaan taghut di beberapa negara Arab

"Bukanlah dari golonganku sesiapa yang tidak mengasihi golongan muda dan yang tidak menghormati orang tua dan tidak menyeru kepada maaruf dan melarang kemungkaran." (Riwayat Al-Tirmizi dan Abu Daud)

Rasulullah sering menunjukkan rasa sayangnya terhadap golongan muda ini kerana segala kekuatan, keindahan, tenaga dan semangat biasanya memuncak pada usia yang muda yang boleh memberi keuntungan dalam dakwah Islam. Ini terbukti apabila Rasulullah menyatakan kasihnya kepada Usamah bin Zaid ra . Berkatalah ibnu Umar;
 “Sekiranya Rasulullah SAW melihatnya, nescaya beliau akan mencintainya.” (Hadis riwayat Bukhari) .

Apabila Usamah bin Zaid dikritik kerana usianya yang terlalu muda (dikatakan 17 tahun) untuk memimpin angkatan peperangan, Rasulullah saw telah membelanya.
“Jika kalian mencela kepemimpinannya, maka kalian juga mencela kepemimpinan ayahnya sebelum ini. Demi Allah dia (ayahnya) sangat layak menduduki jawatan panglima dan dia salah seorang yang paling aku cintai. Dan Usamah adalah orang yang paling aku cintai sesudah ayahnya.” (Hadis riwayat Bukhari) .


Pemuda ini, Muhammad Buozizi, pencetus revolusi dunia Arab

Rasulullah juga sering menzahirkan kasih-sayangnya terhadap cucu-cucunya Husin dan Hasan ra.
 “Ya Allah, cintailah keduanya kerana aku mencintai keduanya.” (Hadis riwayat Bukhari) .


Pada suatu hari Nabi SAW menghadiri satu majlis yang dihadiri pembesar -pembesar dimana beliau telah menunjukkan penghargaan kepada orang muda di majlis tersebut. Diriwayatkan dari Sahl bin Sa’ad: Rasulullah SAW mendapat hidangan segelas minuman dan beliau meminumnya. Di sebelah kanan Baginda ada anak yang paling muda turut hadir. Di sebelah kiri Baginda ramai yang sudah tua. Baginda bertanya:


 “Hai anak, apakah kamu mengizinkanku memberi minuman ini kepada orang tua itu? Si anak muda itu menjawab: Wahai Rasulullah SAW, aku tidak akan mendahulukan seorang pun disebabkan keutamaanku di sebelah engkau. Maka Baginda memberikan minuman kepada anak muda itu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Diceritakan pula seorang sahabat Salamah tentang pengalamannya semasa beliau remaja: “Rasulullah SAW memboncengku menaiki kenderaan berkali-kali. Baginda mengusap wajahku berkali-kali. Baginda meminta ampun kepadaku sebanyak bilangan jari jemariku di kedua tanganku.” (Hadis riwayat at-Tabrani).

Pemuda-pemuda  ini.....sangat rindukan syahid, membebaskan Palestine menjadi  cita-cita 

Telah dikisahkan juga ketika angkatan peperangan yang diketuai Rasulullah saw menuju ke Khaibar, terdapat anggota yang terdiri daripada 6 wanita Bani Ghifar yang mendapat keizinan Rasulullah untuk ikut serta membantu merawat tentera Islam yang tercedera. Salah seorang dari kumpulan wanita tersebut ialah seorang gadis sunti termuda yang masih belum baligh. Rasulullah telah menunjukkan rasa sayang terhadap gadis kecil itu dengan mengangkat dan meletakkannya di atas kenderaan bersama barangan. Begitulah luhurnya kasih sayang yang ditunjukkan baginda terhadap golongan muda ini.

Tidak dinafikan lagi, golongan muda adalah agen kepada perubahan dan pelaksana-pelaksana yang penuh bertenaga dan bersemangat. Darah muda yang mengalir sentiasa membakar dan berkobar-kobar untuk merealisasikan sesuatu impian.Mereka inilah pemimpin masa depan maka selayaknya sumbangan golongan ini diiktiraf oleh golongan yang lebih tua. Terbukti hari ini apabila anak-anak muda berjaya merubah suatu kepimpinan yang tidak disukai di jalan-jalanraya seperti yang sedang berlaku di Tunisia, Mesir dan negara-negara Arab yang lain  termasuk juga dengan negara jiran terdekat kita Indonesia. Tanpa usaha golongan muda, tentulah hasrat menegakkan khilafah Islam mustahil untuk dilaksanakan buat kedua kalinya. 

Ayuh orang muda. Rasulullah amat kasihkan kamu. Balaslah kasih sayang itu dengan mengamalkan sunnah-sunnahnya dan menyematkan semangat jihad dalam diri untuk meneruskan syiar yang dibawa Baginda sehingga datangnya janji-janji Allah dipenghujung usia dunia ini. Usaha kamu sekelian berupaya mengubah dunia.

Orang muda geng kita....oklah tu....tahan panas !!

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.