Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Sunday, February 27, 2011

Ya Allah Selamatkan Rakyat Libya Dari Diktator Gaddafi


Alhamdulillah. Sempat juga saya bersama  solidariti rakyat Libya dan rakyat Msia yang prihatin serta NGO2 di depan kedutaan Libya selepas solat Jumaat yang lalu. Kesedihan hati  dan rasa marah teramat sangat terhadap kezaliman diktator Muammar Gaddafi yang sanggup menghancurkan rakyatnya sendiri yang saya anggap lebih dasyat dari Cast Lead Isreel terhadap rakyat Palestine mendorong saya turut serta bersama di protest anti-Gaddafi tersebut. Ya Allah selamatkan Libya dan hancurkan kediktatoran Muammar sebagaimana dia hancurkan rakyatnya dengan senjata2 peperangan!!!



Wednesday, February 23, 2011

Islamfobia Di Dunia Islam Sendiri. Gaya Turki Untuk Kesinambungan


Ikhwan tubuh Parti Kebebasan dan Keadilan
Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 23 Feb: Pembangkang terbesar Mesir, Ikwan Muslimin menubuhkan parti politik mereka bernama “Parti Kebebasan dan Keadilan” atau dalam bahasa arabnya "Huriya wa Adala" bagi bertanding pada pilihan raya umum negara itu nanti.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Mursyid Am gerakan itu, Dr Muhammadd Badie pada satu sidang akhbar semalam dan kenyataan tersebut turut disiar pada laman web rasmi pertubuhan itu.

Muhammadd Badie berkata, keputusan menubuhkan parti tersebut bukanlah perkara baru, bahkan ia adalah keputusan Majlis Syura sejak dahulu yang memutuskan bahawa jemaah Ikhwan Muslimin akan menubuhkan sebuah parti politik untuk jemaah tersebut.

"Langkah ini merupakan respon kepada hasrat rakyat Mesir ke arah memiliki masa depan yang lebih baik dan gemilang serta mengembalikan peranan, kedudukan dan kepimpinan Mesir itu sendiri yang telah diukir oleh sejarahnya yang terbilang," katanya.

Beliau turut memaklumkan keanggotaan parti itu adalah terbuka untuk semua orang Mesir yang mahu menerima program serta perjuangan mereka untuk menjaga kebajikan rakyat Mesir.

ASSalamualaikum pengunjung budiman. Tertubuhnya 'Parti Kebebasan Dan Keadilan' di Mesir oleh jemaah Ikwanul Muslimin Mesir merupakan satu perkembangan yang menggembirakan di bumi Anbiya tersebut susulan dari tergulingnya Hosni Mubarak baru-baru ini. Jenama "Keadilan" digunapakai seolah-olah echo kepada AK Party Turki atau Parti Pembangunan Dan Keadilan Turki yang telah menggunakan brand yang sama.

Pergerakan Ikhwanul Muslimin telah diharamkan pada tahun 1954 selepas berlaku percubaan pembunuhan Presiden Gamal Abdul Naser. Pada tahun 2005, isu pengharaman ini dibangkitkan semula setelah pergerakan ini terlibat dalam pilihanraya umum Mesir sebagai parti pembangkang yang hanya memenangi 20% kerusi. Kesemua Anggota Ikhwan yang yang menjadi calon pilihanraya parti politik demokrasi Mesir terpaksa mendaftar sebagai parti calon bebas.

Begitulah fobianya masyarakat negara-negara Islam dengan jenama 'Islam' kerana pertubuhan yang meletakkan nama 'muslimin' atau "Islam" dianggap sebagai pengganas dan perlu diharamkan, maka terpaksalah pejuang-pejuang politik Islam menggunakan jenama selain Islam sebagai satu mekanisme untuk terus bergerak secara bebas. Akhirnya pada hari ini, Ikhwanul Muslimin terpaksa melakukan pendekatan yang mesra-politik-mesir dengan memilih   terma 'keadilan' untuk menggantikan tag 'islam' supaya memdapat laluan dan 'blessings' dalam politik demokrasi Mesir. Tidakkah ini semua skrip yang sama yang pernah digunakan oleh parti Recep Tayyeb Erdogan yang terpaksa menggunakan istilah "keadilan"? 

Lihatlah keadaan HAMAS (Islamic Resistance Movement) yang masih menggunakan jenama "Islam" dan begitu juga dengan FIS (Islamic Salvation Front) Algeria pada tahun 1992, terus diharamkan walaupun memenangi pihanraya umum atas pilihan majoriti rakyat Palestine dan Algeria sendiri. Mana-mana parti Islam yang menggunakan nama 'Islam" terus-terusan ditentang, ditekan dan dilabel sebagai ekstremist dan pengganas termasuklah parti politik berjenama Islam di tanah air kita.

Begitulah nasib islam yang menjadi fobia di negara-negara Islam sendiri. Walaubagaimanapun, kita berdoa agar parti baru ini menjali talian hayat kepada kesinambungan dakwah dan perjuangan Ikhwanul Muslimin yang berpegang kepada satu jamaah dari umat Islam, mengajak dan menuntut ditegakkannya syariat Allah, hidup di bawah satu khalifah Islam, seperti yang diturunkan Allah kepada Rasulullah saw, dan diserukan oleh para salafush-shalih, bekerja dengannya dan untuknya, keyakinan yang bersih menghujam dalam sanubari, pemahaman yang benar yang merasuk dalam akal dan fikrah, syariah yang mengatur al-jawarih (anggota tubuh), perilaku dan politik . Allah pasti memenangkan agamaNya.




Sunday, February 20, 2011

Kasihnya Rasulullah Kepada Orang Muda

Pemuda ini, Wael Ghonim, yang berjaya menyeru rakyat Mesir keluar ke jalan-jalan raya

Assalamualaikum pengunjung budiman. 
Bersabdalah Rasulullah SAW : “Aku adalah kasih sayang yang dihadiahkan”. (HR al-Hakim) . Maka amat bertuahlah kita dengan anugerah dan nikmat besar dari Allah SWT dengan diutusNya Nabi Muhammad SAW seorang ikon kasih-sayang yang tiada tolok bandingnya dengan sesiapapun di langit dan di bumi untuk kita dan penghuni sekelian alam. Diperkukuhkan lagi dengan firman Allah SWT ;
"Tidak Kami utus kamu wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat sekelian alam." Al-Anbiya : 107. 

Rasulullah adalah seorang pencinta ummatnya dengan cinta yang sungguh mendalam, sehingga tiadalah apa yang menggusarkan Baginda di saat tercabutnya nyawa melainkan dengan kegusaran yang dizahirkan dengan kalimah "ummati...ummati.....ummati ". Rasulullah SAW sebenarnya kasihkan setiap golongan dari ummatnya, baik yang tua mahupun yang muda, malah pada haiwan sekalipun Baginda menunjukkan kasih-sayangnya. Tidak terkecuali juga kepada musuh-musuhnya yang sering menyakitinya. Baginda telah menziarahi jiran yang sakit walaupun jiran itu sering meletakkan najis dihadapan rumah Baginda. Betapa agong peribadimu Ya  Rasulullah !.

Pemuda-pemuda ini telah berjaya menumbangkan kerajaan taghut di beberapa negara Arab

"Bukanlah dari golonganku sesiapa yang tidak mengasihi golongan muda dan yang tidak menghormati orang tua dan tidak menyeru kepada maaruf dan melarang kemungkaran." (Riwayat Al-Tirmizi dan Abu Daud)

Rasulullah sering menunjukkan rasa sayangnya terhadap golongan muda ini kerana segala kekuatan, keindahan, tenaga dan semangat biasanya memuncak pada usia yang muda yang boleh memberi keuntungan dalam dakwah Islam. Ini terbukti apabila Rasulullah menyatakan kasihnya kepada Usamah bin Zaid ra . Berkatalah ibnu Umar;
 “Sekiranya Rasulullah SAW melihatnya, nescaya beliau akan mencintainya.” (Hadis riwayat Bukhari) .

Apabila Usamah bin Zaid dikritik kerana usianya yang terlalu muda (dikatakan 17 tahun) untuk memimpin angkatan peperangan, Rasulullah saw telah membelanya.
“Jika kalian mencela kepemimpinannya, maka kalian juga mencela kepemimpinan ayahnya sebelum ini. Demi Allah dia (ayahnya) sangat layak menduduki jawatan panglima dan dia salah seorang yang paling aku cintai. Dan Usamah adalah orang yang paling aku cintai sesudah ayahnya.” (Hadis riwayat Bukhari) .


Pemuda ini, Muhammad Buozizi, pencetus revolusi dunia Arab

Rasulullah juga sering menzahirkan kasih-sayangnya terhadap cucu-cucunya Husin dan Hasan ra.
 “Ya Allah, cintailah keduanya kerana aku mencintai keduanya.” (Hadis riwayat Bukhari) .


Pada suatu hari Nabi SAW menghadiri satu majlis yang dihadiri pembesar -pembesar dimana beliau telah menunjukkan penghargaan kepada orang muda di majlis tersebut. Diriwayatkan dari Sahl bin Sa’ad: Rasulullah SAW mendapat hidangan segelas minuman dan beliau meminumnya. Di sebelah kanan Baginda ada anak yang paling muda turut hadir. Di sebelah kiri Baginda ramai yang sudah tua. Baginda bertanya:


 “Hai anak, apakah kamu mengizinkanku memberi minuman ini kepada orang tua itu? Si anak muda itu menjawab: Wahai Rasulullah SAW, aku tidak akan mendahulukan seorang pun disebabkan keutamaanku di sebelah engkau. Maka Baginda memberikan minuman kepada anak muda itu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Diceritakan pula seorang sahabat Salamah tentang pengalamannya semasa beliau remaja: “Rasulullah SAW memboncengku menaiki kenderaan berkali-kali. Baginda mengusap wajahku berkali-kali. Baginda meminta ampun kepadaku sebanyak bilangan jari jemariku di kedua tanganku.” (Hadis riwayat at-Tabrani).

Pemuda-pemuda  ini.....sangat rindukan syahid, membebaskan Palestine menjadi  cita-cita 

Telah dikisahkan juga ketika angkatan peperangan yang diketuai Rasulullah saw menuju ke Khaibar, terdapat anggota yang terdiri daripada 6 wanita Bani Ghifar yang mendapat keizinan Rasulullah untuk ikut serta membantu merawat tentera Islam yang tercedera. Salah seorang dari kumpulan wanita tersebut ialah seorang gadis sunti termuda yang masih belum baligh. Rasulullah telah menunjukkan rasa sayang terhadap gadis kecil itu dengan mengangkat dan meletakkannya di atas kenderaan bersama barangan. Begitulah luhurnya kasih sayang yang ditunjukkan baginda terhadap golongan muda ini.

Tidak dinafikan lagi, golongan muda adalah agen kepada perubahan dan pelaksana-pelaksana yang penuh bertenaga dan bersemangat. Darah muda yang mengalir sentiasa membakar dan berkobar-kobar untuk merealisasikan sesuatu impian.Mereka inilah pemimpin masa depan maka selayaknya sumbangan golongan ini diiktiraf oleh golongan yang lebih tua. Terbukti hari ini apabila anak-anak muda berjaya merubah suatu kepimpinan yang tidak disukai di jalan-jalanraya seperti yang sedang berlaku di Tunisia, Mesir dan negara-negara Arab yang lain  termasuk juga dengan negara jiran terdekat kita Indonesia. Tanpa usaha golongan muda, tentulah hasrat menegakkan khilafah Islam mustahil untuk dilaksanakan buat kedua kalinya. 

Ayuh orang muda. Rasulullah amat kasihkan kamu. Balaslah kasih sayang itu dengan mengamalkan sunnah-sunnahnya dan menyematkan semangat jihad dalam diri untuk meneruskan syiar yang dibawa Baginda sehingga datangnya janji-janji Allah dipenghujung usia dunia ini. Usaha kamu sekelian berupaya mengubah dunia.

Orang muda geng kita....oklah tu....tahan panas !!

Wednesday, February 16, 2011

Mohon Sebar : Resepi Rahsia 7X Coca Cola Termasuk Alkohol !!!


Assalamualaikum pengunjung budiman. Berita dari Aljazeera hari ini (Baca di SINI ) telah melaporkan tentang resepi rahsia coca cola yang dicuri oleh seorang setiausaha syarikatnya dan menjualkannya kepada pesaing terdekat coca cola iaitu Syarikat Pepsi. Baca di  sini . Antara kandungan resepi rahsia coca cola ialah ramuan 7X nya yang salah satunya ialah ALKOHOL !!  Bagaimana lambang halal JAKIM boleh ada pada botol minuman itu ? Diharap pihak JAKIM dapat membuat siasatan terperinci dan menarik balik lambang halal tersebut dengan segera supaya pengguna-pengguna Islam tidak teraniaya.  Ayuh sebarkan .

Tuesday, February 15, 2011

Bolehkah Menggelar Seseorang "Syahid" ?


Assalamualaikum pengunjung budiman. Segala puji bagi Allah. Salawat dan salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad saw, keluarga serta sahabat2 baginda, para tabi'in, muslimin muslimat dari segala penjuru alam.

Penganugerahan gelaran syahid kepada orang tertentu dianggap sebagai bentuk pengiktirafan bahwa dia sebagai ahli syurga. Karena tidak ada tempat bagi orang yang benar-benar syahid kecuali syurga. Sedangkan prinsip akidah Ahlussunnah, tidak mempersaksikan bahwa seseorang termasuk penghuni al-Jannah (syurga) kecuali bagi orang yang memang telah dipersaksikan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bahwa dia adalah penghuni jannah, samada persaksian dengan menyebutkan sifat secara umum maupun persaksian terhadap individu tertentu.


Namun, sering gelaran tersebut disandangkan kepada individu tertentu dan dipastikan statusnya hanya karena dia dilihat terbunuh di medan perang, menjadi korban dalam aksi demonstrasi seperti di Mesir, atau terbunuh dalam sebuah pertembongan antara satu kumpulan tertentu dengan pihak polis seperti di Memali pada tahun 1985 atau isu Pengebom berani mati yang sering berlaku dewasa ini di negara-negara bergolak dimana ummat Islam dibunuh, dihalau dan ditindas.

Pendapat Pertama
Syaikh Khalid bin Abdillah al-Mushlih dalam Islamway.com menjawab pertanyaan tentang pemberian gelaran syahid kepada orang yang terbunuh dalam peperangan dan aksi intifadhah, bolehkah atau tidak? Lalu beliau menjawab bahwa pendapat jama’ah ulama, tidak boleh seseorang digelarkan (dipastikan) bahwa dia syahid walaupun nampak tanda-tanda kesyahidan secara zahir. Karena syahid sangat bergantung dengan niat dan tujuan seseorang dalam amal tersebut, dan tidak ada jalan mengetahuinya dengan pasti kecuali melalui khabar wahyu.
Inilah dzahir pendapat Imam al-Bukhari rahimahullaah yang menyebutkan dalam kitabnya, “Bab Laa Yuqaalu Fulan Syahid, Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata, dari Nabishallallahu 'alaihi wasallam: Allah lebih tahu siapa yang berjihad di jalan-Nya, Allah lebih tahu siapa yang terluka di jalan-Nya.

Larangan ini dikuatkan oleh riwayat Muslim, dari hadits Ibnu Abbas, ia berkata: Umar bin Khathab radhiyallahu 'anhu menyampaikan kepadaku, ia berkata: “Pada saat hari Khaibar, ada beberapa sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menghadap dan berkata, “Si Fulan Syahid, Si fulan Syahid,” sehingga mereka melewati seseorang dan mereka berkata: “Si fulan syahid.” Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

كَلَّا إِنِّي رَأَيْتُهُ فِي النَّارِ فِي بُرْدَةٍ غَلَّهَا أَوْ عَبَاءَةٍ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا ابْنَ الْخَطَّابِ اذْهَبْ فَنَادِ فِي 
النَّاسِ أَنَّهُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ إِلَّا الْمُؤْمِنُونَ قَالَ فَخَرَجْتُ فَنَادَيْتُ أَلَا إِنَّهُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ إِلَّا الْمُؤْمِنُونَ

Sekali-kali tidak! Sungguh saya melihatnya berada di neraka satu kain burdah atau ‘aba-ah yang diambil tanpa haq.” Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Wahai Ibnu Khatab, sampaikan kepada manusia bahwa tidak akan masuk surga kecuali orang-orang beriman.” Umar berkata: “Lalu aku keluar dan menyampaikan, “Ketahuilah, sesungguhnya tidak akan masuk surga kecuali orang-orang beriman”.” (HR. Muslim)

Hadits lain yang menguatkannya adalah yang dikeluarkan Imam Ahmad dari hadits Umar bin Khathab saat beliau berkhutbah, beliau radhiyallahu 'anhu berkata,

تَقُولُونَ فِي مَغَازِيكُمْ فُلَانٌ شَهِيدٌ وَمَاتَ فَلَانٌ شَهِيدًا وَلَعَلَّهُ قَدْ يَكُونُ قَدْ أَوْقَرَ رَاحِلَتَهُ أَلَا لَا تَقُولُوا ذَلِكُمْ وَلَكِنْ قُولُوا كَمَا 
قَالَ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ مَاتَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ قُتِلَ فَهُوَ شَهِيدٌ

"Kalian mengatakan dalam peperangan yang kalian ikuti bahwa fulan telah syahid, kalian juga mengatakan fulan meninggal sebagai syahid, padahal mungkin ia berbuat curang ketika berjihad. Janganlah kalian mengucapkan hal itu, namun katakanlah sebagaimana sabda Rasulullah, ”Barangsiapa yang wafat atau terbunuh ketika berjihad di jalan Allah, maka dia syahid”.” (HR. Ahmad no. 342 dan dihassankan Ibnul Hajar dalam al-Fath : 6/90, dari jalur Abul ‘Ajfa’)

Pendapat kedua
Ada juga beberapa ulama yang berpendapat dibolehkan menyematkan gelaran “Syahid” kepada orang yang melaksanakan sebab yang menunjukkan kepada kesyahidan secara zahir, kecuali jika nampak sesuatu yang menghalangi dari disematkannya sifat tersebut seperti berbuat curang seperti mengambil tanpa haq ghanimah. Karena prosedur ini sesuai dengan ketentuan hukum di dunia yang dilihat dari zahirnya. Sedangkan gelaran syar’i ini disematkan kepada seseorang terbatas pada zahirnya. Adapun yang berlaku disebalik zahir itu diadili dengan hukum di akhrirat, maka ilmunya ada pada Allah Ta’ala.



Bukti yang menguatkannya adalah pengakuan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam terhadap para sahabatnya radhiyallahu 'anhum saat mengatakan; “Fulan syahid” karena sesuai dengan kondisi zahir dari para korban tersebut. Maka ketika mereka mengatakannya (menyematkan gelar itu) kepada orang yang tidak layak karena pada dirinya ada sesuatu yang menghalangi, maka Beliau shallallahu 'alaihi wasallam menidakkan gelaran dan mengingkarinya. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Sekali-kali tidak! Sungguh saya melihatnya berada di neraka satu burdah atau ‘aba-ah yang diambilnyanya (tanpa haq).” Dan inilah yang nampak dari perkataan Umar radhiyallahu 'anhu ketika mengingkari gelaran tersebut karena adanya penghalang untuk disematkan gelaran syahid kepada seseorang.

Orang yang melaksanakan satu sebab dari sebab-sebab kesyahidan, sesuai dengan keadaan zahirnya, dan Allah-lah yang Maha tahu tentang hal-hal yang bersifat rahsia. Dan satu hal perlu diingat, bahwa tidak boleh menyematkan nama syar’i ini kepada orang yang melaksanakan yang menghalanginya dari mendapatkan kesyahidan. Apalagi gelaran ini diberikan kepada orang yang tidak melakukan apa-apa usaha yang menyebabkan kepada kesyahidan, maka lebih tidak layak lagi. (Dipetik dari Voice of Islam).

(Fatwa Yusuf al-Qaradawi  Tentang Pengebom Berani Mati

Qaradawi strongly supports Palestinian suicide bombing attacks on Israeli targets, including against civilians and claim there are legitimate form of resistance. Qaradawi also claims that hundreds of other Islamic scholars are of the same opinion.
Defending suicide bombing against Israeli civilians Qaradawi told BBC Newsnight that:
  • "An Israeli woman is not like women in our societies, because she is a soldier."
  • "I consider this type of martyrdom operation as an evidence of God's justice."
  • "Allah Almighty is just; through his infinite wisdom he has given the weak a weapon the strong do not have and that is their ability to turn their bodies into bombs as Palestinians do".)

Sunday, February 13, 2011

Syuhada Kebanggaan Indonesia. Terbunuh Semasa Demonstrasi Di Mesir



Pesan Terakhir WNI (Warga Negara Indonesia) Imanda Amalia Sebelum Gugur di Mesir

JAKARTA (voa-islam.com) – Khabar mengejutkan datang menimpa warga Indonesia di Mesir. Satu WNI dilaporkan terbunuh di tengah pergolakan politik di Mesir. Imanda Amalia, seorang warga Negara Indonesia, seorang   doktor muda, dikhabarkan terbunuh saat kekecohan di Mesir terjadi. Manda, panggilan manjanya, adalah staff UNRWA (United Nations Relief and Works Agency), sebuah badan PBB yang bertugas menangani wilayah konflik di Palestin dan Lebanon.
Seperti disebarkan di group facebook Science of Universe, Khamis (3/1/2011), sebelum dikhabarkan terbunuh wanita berusia 28 tahun itu terjebak dalam  tembak-menembak antara para pendemo, Rabu (2/1/2011) malam. Di detik-detik akhir hidupnya, ketika terjebak dalam kerusuhan itu, Manda sempat menuliskan pesan terakhir yang dikirimkan ke Blackberry Messenger (BBM).
BBM terakhir Manda itu disampaikan oleh temannya Pumy Kusuma di laman group facebook Science of Universe, Khamis (3/2/2011).
Inilah BBM terakhir almarhumah pada pukul 21.45 waktu Kairo, Rabu (2/1/2011):

Doakan Manda,

Kami tjebak dalam baku tembak
...Ambulance tertembak
Terkena lemparan batu
Blom bisa d evakuasi karna massa makin memanas ..
Please doakan manda dan kawan-kawan.



Berita meninggalnya Imanda Amalia itu, sepantas kilat menarik perhatian para facebooker. Hal ini dapat dilihat dari banyaknya ucapan belasungkawa yang ada di Science of Universe.
Ucapan belasungkawa itu di antaranya berasal dari Nana Ade Sugiana “Selamat Jalan Sahabatku Manda, semoga engkau diterima disisi Allah. Allahu Akbar...”, selain itu ada pula ucapan belasungkawa dari Najieb Solasido  “inanalillahi wainnalillahi raji’un. Semoga almarhumah Imanda Amelia diterima di sisi-Nya, Amiiin!” [taz/dbs]


Pengalaman Aneh Allahyarham di Palestin 6 Bulan Sebelum Terbunuh
JAKARTA (voa-islam.com) – Semasa hidupnya, almarhumah Imanda Amalia pernah berkongsi pengalamannya ketika bertugas di Jabaliya, Palestin, bulan Julai 2010 lalu. Pengalaman berharga itu juga disebarkan ke group Facebook milik Science of Universe, Kamis (3/2/2011) siang.
Inilah catatan Imanda Amalia dari Gaza Strip:

Jabaliya, Gaza Strip 7:48:27 AM | Thu, Jul 15, 2010
SubhanALLAH..... SubhanALLAH... SubhanALLAH...
Hanya itu yang tlontar dari lisanku saat melihat kejadian yang membuatku tak mempercayai apa yg ku lihat.
Pagi ini setelah sholat subuh aku sedang menyapa teman dan orang tcinta lewat chatting. Tiba aku dtugaskan untuk berangkat ke al Awda Maternity Hospital untuk sectio. Sekitar 2 km dari Mess.
Dalam pjalananku menuju kesana aku melihat anak laki berlarian dgn batu d tangan mereka. Aaaaaahhh lagi intifadhah, masih pagi mereka sudah berusaha menghalau para pencuri tanah air mereka itu dgn batu ....
Awalnya ku lihat tentara itu diam saja menghindar, namun tiba mereka memberondongkan senjatanya ke arah anak
Berlarian mereka mencoba menyelamatkan diri sambil terus melempari para tentara itu dgn batu.
SubhanALLAH....
Tiba aku melihat hijab putih besar melingkupi anak tsb ... Seperti kabut tipis berwarna putih membentuk kubah yang melindungi anak tsebut. Jarak mereka begitu dekat dengan tentara yg mengejar mereka namun para tentara itu spt tdk dapat melihat mereka dan kehilangan arah. Sementara anak itu sama sekali tdk tsentuh peluru
Gemetar tubuhku melihat keajaiban itu tjadi langsung d depan mataku. Aku katakan pada Abdullah driver kami apakah dia juga melihat hijab itu ?
“ Yes Doc, God always give the hand here.... “ ALLAHu Akbar ... ALLAHu akbar..... Kelu lidahku, tubuhku bgetar..... Aku menyaksikannya langsung Aku melihat langsung kuasanya. SubhanALLAH ............" [taz/inl]( diterjemah ke Bahasa msia oleh tintamuallimah)

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama para syuhada disana. Kalau Allahyarham masih ada, sudah pasti beliau turut bersorak gembira bersama rakyat Mesir yang lain kerana Hosni Mubarak berjaya dihalau rakyatnya. Semoga kisah ini penjadi pencetus semangat buat pejuang2 muda di Malaysia.

Monday, February 7, 2011

Jom Kita Demo Desak Nik Aziz Letak Jawatan !!




Harta Tok Guru setelah 23 tahun jadi Menteri Besar


Rumah Wak yang hanya bertakhta 8  tahun

Assalamualaikum pengunjung budiman. Ramailah puak-puak Melayu berkata...Tok Guru mesti letak jawatan sebab dah lama memerintah macam Hosni Mubarak. Saya sutuju.....saya setuju ........kalau ada siapa-siapa yang berjaya menggali berapa billion harta dia seperti berjayanya orang tertentu menggali harta berbillion Taib Mahmod, Hosni Mubarak dan Zain El Abidin. Saya juga amat-amat setuju, Tok Guru melepaskan jawatan kalau kediamannya bernilai berjuta-juta ringgit macam MB Songkok2 Tinggi. Maklumlah dah terlalu lama jadi MB. Khir Toyo hanya sempat 8 tahun jadi MB, rumah berjuta-juta giler nilainya dah pasti  rumah Tok Guru tergiler-giler mewah dari khir toyo. Kalau sapa-sapa boleh tunjuk bukti-bukti ni.....set kita ajak geng2 kopiah putih dan tudung2 labuh buat demo rakyat macam kat Mesir desak Tok Guru letak jawatan segera. Kalau tidak ada bukti......pemimpin macam inilah kita mahu dia memerintah sehingga ke akhir hayatnya kerana duit rakyat pasti selamat. TAKBIR !!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.