Seorang lagi mangsa nahas bas meninggal
2010/10/16 (Berita Harian Online)
MELAKA: Seorang lagi mangsa kemalangan negeri di Kilometer 222.9 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Pedas, Negeri Sembilan, Ahad lalu, Sharifah Norasmirah Syed Sallehudin, 21, meninggal dunia di Hospital Melaka, semalam.Timbalan Pengarah Hospital Melaka, Dr Rauf Abdol Jaafar, berkata pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur itu menghembuskan nafas terakhir jam 12.05 pagi di samping ahli keluarganya, menjadikan jumlah keseluruhan 13 mangsa maut akibat kemalangan itu setakat ini.
Dalam kemalangan kira-kira jam 6.55 petang itu, 12 terbunuh manakala sekurang-kurangnya 40 lagi cedera apabila bas Delima Ekspress merempuh tiga kereta, sebuah van dan sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas terbabas dari arah bertentangan.
Jenazah mangsa, selamat dikebumikan jam 3 petang semalam di Tanah Perkuburan Kampung Padang Tanjung, Marang, Terengganu.
Al Fatehah
Al Fatehah buat Allahyarham Sharifah Nor Asmira Syed Salahuddin yang merupakan pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu , Lembah Pantai, yang menghembuskan nafas terakhir pada malam Jumaat, 15 Oktober 2010, setelah terlibat kemalangan maut bas ekspress berhampiran tol Alor Gajah , Melaka pada 10.10.2010.
Allahyarham merupakan pelajar PISMP Semester 4, kelas 4B yang menuntut di Institut ini.
Kami warga-warga IPG KBM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar keluarga Allahyarham bersabar atas dugaan yang menimpa dengan pemergian Allahyarham. Kesedihan dan kesabaran yang dilalui, insyaAllah akan diganjari dengan pahala yang besar dari Allah swt. Sebagai salah seorang warga IPG KBM, kehilangan beliau amat dirasai oleh semua rakan-rakan di IPG KBM dan juga pensyarah-pensyarah di Institut ini. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh
Al-Fatihah untuk bekas pelajar sekampus anda.
ReplyDeleteSama-sama mendoakannya.
ReplyDeleteSama-sama mendoakannya.
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteSalam takziah kepada keluarga mangsa.. Saya salah seorang sahabat baik arwah... sangat mendalam terasa kehilangan seorang sahabat yang begitu baik...
Sama-sama kita mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.. aaminnn..
al - fatihah
kita kelak menyusul arwah. Sama2 kita berdoa.
ReplyDelete