(DAIF...Salma bersama empat daripada lapan anaknya)
Kak Salma ghajin ko dapak duik zakak ? Cobo ngoyak bughi....nak masuk sughatkoba ni....
Berita 1 : Hantu Zakat
Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 yang dikeluarkan Isnin lalu, 70 unit penghawa dingin itu tiada disenaraikan dalam Laporan Lembaga Pemeriksa tetapi pengurusan MAIWP mencadangkannya untuk pelupusan. Selain itu, semasa perpindahan ibu pejabat MAIWP pada Februari 2008, sebanyak 348 aset alih bernilai RM136,265 seperti kelengkapan pejabat, perabot dan penghawa dingin ditinggalkan.
Penemuan lain melibatkan kes pembelian barangan hampir RM80,000 yang tidak digunakan, kehilangan aset bernilai RM45,789 serta pembelian minyak yang meragukan dan melebihi kapasiti tangki.
Dalam satu kenyataan awal petang ini, Dr Mohd Asri berkata, pendedahan audit itu amat menghairankan kerana ketika ratusan juta ringgit wang zakat dipungut, si miskin terus menderita dan merempat.
"Hantu manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban?
"Yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian," katanya dengan nada sinis.
Berita 2 : Bersesak dalam kandang lembu
BACHOK: Akibat kesempitan hidup, 12 beranak terpaksa bersesak dalam kandang lembu diubah suai menjadi bangsal mereka di Kampung Pak Mali, Bakong dekat sini, sejak setahun lalu.
Walaupun hidup dalam keadaan sukar dan serba kekurangan, itu hakikat terpaksa dilalui keluarga Salma Mamat, 36, dan Zakaria Abdullah, 42, selepas dihalau pemilik rumah sewa mereka di Pekan Gunong sebelum ini kerana tidak mampu membayar sewa.
Salma berkata, suaminya yang bekerja sebagai buruh hanya mampu menyediakan makan minum ala kadar untuk keluarga.
“Kami tiada pilihan selain tinggal di dalam bekas kandang lembu ini sebagai tempat berteduh dari hujan dan panas. Jika hujan lebat, tanah yang menjadi lantai rumah kami akan becak menyebabkan kami bertambah tidak selesa,” katanya sayu.
Assalamualaikum Pengunjung budiman.Dari kedua-dua berita yang dipetik, saya cuba buat satu ta'akulan mantik atau logik untuk membuat satu deduksi. Hantu jembalang..makanannya asap dan tulang..Drakula pontianak kononnya hisab darah orang...Langsuyir pula hanya nak takut-takutkan orang...saya rasa...mungkin toyol sebab dia cintakan wang..Ciss!! bedebah toyol pelahap zakat terlarang..yang hanya untuk asnaf-asnaf yang derita memanjang...Tapi kata toyol, dia tak pandai membeli barang-barang, jadi ini mesti tuan toyol yang punya angkara songsang !!
Ya pengunjung budiman...Amil-amil zakat di zaman Rasulullah saw serta zaman khulafa ar Rasyideen, keluar berjalan mencari rakyat yang dhaif fakir dan miskin serta asnaf-asnaf yang berhak menerima wang zakat. Wang zakat yang dikumpulkan tidak disimpan lama dan terus diagihkan dengan kadar segera supaya ummat yang memerlukan tidak terus menderita.
Sungguh aneh zaman ini di tempat kita ini bilamana asnaf-asnaf terpaksa datang ke PPZ memohon bantuan zakat dan bukannya amil yang datang mencari mereka. Borang permohonan pula perlu diisi dan ditapis untuk menyiasat kesahihan maklumat pemohon. Ada institusi zakat suatu negeri mengamalkan konsep "setiap pemohon zakat adalah penipu sehingga berjaya membuktikan ia tidak berbohong". Tidakkah ini konsep yang zalim dan menyusahkan asnaf-asnaf? Secara logiknya asnaf-asnaf ini seboleh-bolehnya tidak mahu meminta-minta dan biarlah ada insan yang datang bertanya. Tetapi bilamana tidak ada yang mahu menanya khabar sudah pasti mereka terpaksa menyua muka di PPZ dengan hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Bertambah malang apabila orang-orang di PPZ pula membuat kata-kata sinis kepada mereka dengan menegaskan wang zakat bukan untuk diminta-minta!! Carilah wang yang lebih bersih seperti 'air mutlak'. Wang zakat ini sekadar 'air mustakmal' yang belum tentu suci dan yang telah digunakan dari pembersihan wang pendapatan !! Siot betul alasan mereka itu.
Akibatnya...berlakulah puluhan jutaan wang zakat yang tidak diagihkan malah mungkin juga disonglapkan oleh toyol-toyol PPZ untuk tuan-tuannya sedangkan ada ramai lagi ummat yang dhaif merempat di bawah jambatan, di kandang lembu, di pondok usang di merata-rata bumi malaysia yang layak menerima wang zakat. Allahu'aklam.