Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Sunday, October 10, 2010

Masjid Orang-orang Mukmin

Assalamualaikum Pengunjung budiman. Ketahuilah serba sedikit tentang masjid-masjid ummat Islam. Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam  sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa  di Palestin." Hadis Al-Bukhari



Masjidil Haram : Satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Haram lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjid Nabi di Madinah dan Masjid Aqsa di Palestin)






Masjid Nabawi : Dari  Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."






Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu, Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam bersabda " Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang ( dengan syarat ) ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang ( waktu ) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih ) dari sifat munafik."


Ini bukan Masjid Al Aqsa yang sebenar. Ini adalah Masjid Al Sakhrah  Palestine (Dome of Rock)


Kedudukan Al Aqsa, qiblat pertama kita.

 
Masjid Aqsa yang sebenar (diperbetulkan oleh seorang sahabat blogger. Jazakallah khair)

Masjidil Aqsa : Mengenai kelebihan Masjidil Aqsa pula ada diterangkan dalam hadis-hadis yang lain yang bermaksud,
"Satu sembahyang yang dikerjakan di masjid itu lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah."



Masjid Quba adalah masjid pertama yang dibangun oleh Rasulullah saw. pada tahun 1 Hijriyah atau 622 Masehi di Quba, sekitar 5 km di sebelah tenggara kota Madinah. Dalam Al Qur'an disebutkan bahwa masjid Quba adalah mesjid yang dibangun atas dasar takwa (Surat At Taubah:108).

Abdullah bin Omar Radiallahu Anhu ada meriwayatkan "adalah Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam selalu berziarah ke Masjid Quba'" dan satu riwayat lagi menyatakan Rasulullah berziarah ke Masjid Quba' setiap hari Sabtu, kadang-kadang menunggang unta dan terkadang-kadang berjalan  kaki serta menunaikan sembahyang sunat dua rakaat di dalamnya.

Usaid bin Zahir Radiallahu Anhu pula meriwayatkan sebuah hadis yang maknanya "satu sembahyang di dalam masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah."


Masjid Qiblatain : Pada permulaan Islam, orang melakukan solat dengan kiblat ke arah Baitul Maqdis (nama lain Masjidil Aqsa) di Jurusalem/Palestin. Tidak lama selepas itu  turun wahyu kepada Rasulullah SAW untuk memindahkan kiblat ke arah Masjidil Haram di Mekkah.
Peristiwa itu terjadi pada tahun ke-2 Hijrah hari Isnin bulan Rejab waktu zuhur di Masjid Bani Salamah ini. Ketika itu Rasulullah SAW sedang bersembahyang dengan menghadap ke arah Masjidil Aqsa. Di tengah solat, tiba-tiba turunlah wahyu surat Al Baqarah ayat 144, yang artinya:
“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Alkitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.”
Setelah turunnya ayat tersebut di atas, beliau menghentikan sementara solatnya, kemudian meneruskannya dengan memindahkan arah kiblat menghadap ke Masjidil Haram. Merujuk pada peristiwa tersebut, lalu masjid ini dinamakan Masjid Qiblatain, yang artinya masjid  dua kiblat.



Masjid Krisek, Patani, salah satu masjid tertua disana, menyaksikan pertumpahan darah seramai 34 pejuang Islam yang berlindung di dalam masjid ini ditembak mati oleh tentera Thai. jumlah korban seramai 117 orang pemuda Melayu. Trajedi menyayat hati ini berlaku pada 28 April 2004.



Peristiwa berdarah Tak Bai yang berlaku pada 24 Oktober 2004 merupakan peristiwa di mana 78 orang penduduk Islam kehilangan nyawa semasa dalam tahanan tentera Thailand, dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun kerajaan Thailand kemudiannya memutuskan bahawa tidak terdapat sesiapapun yang bersalah dalam kejadian tersebut. Peristiwa berdarah Tak Bai bermula apabila 6 orang lelaki tempatan ditahan dan dituduh membekalkan senjata kepada pihak pemberontak. Penahanan mereka dibantah oleh penduduk tempatan yang kemudiannya mengadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan bagi menuntut pembebasan rakan serta sanak saudara mereka itu.

Perhimpunan tersebut bertukar menjadi ganas apabila tentera menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap orang ramai yang kemudiannya menyebabkan enam lelaki berkenaan mati ditembak.
Beratus-ratus penduduk tempatan yang kesemuanya beragama Islam kemudiannya ditangkap dan dibawa dengan trak ke sebuah kem tentera di Pattani dengan tahanan dibawa dalam keadaan terbaring tindih-menindih..Apabila trak berkenaan tiba di kem tersebut beberapa jam kemudian, kebanyakan mereka yang ditahan itu didapati meninggal dunia akibat sesak nafas. Kejadian pada 24 Oktober 2004, di bulan Ramadan itu mencetuskan bantahan di seluruh dunia dan meningkatkan keganasan di selatan negara Thailand.
Perdana Menteri Thailand Thaksin, memberikan sokongan penuh di atas tindakan tentera dan kenyataan pertamanya adalah "..kesemua 78 orang mati akibat mereka sudahpun lemah akibat berpuasa semasa bulan Ramadan."



Tragedi pembunuhan di Masjid Al-Furqan Narathiwat berlaku pada Isnin malam, 8 Jun 2009 jam 8.00 malam .10 jemaah masjid terbunuh ketika menunaikan solat Isyak manakala seorang lagi di hospital manakala 12 lagi yang cedera masih dirawat di hospital. Masjid kecil itu terletak di Kampung Air Tempayan, daerah Cha-airong, Narathiwat.


Masjid Merah ( Lal Mosque) di Islamabad Pakistan, menyaksikan tragedi berdarah pada 10 Julai 2007, dimana Pentadbir Masjid Abdul Rasyeed Qhazi bersama ratusan pelajar-pelajar sekolah agama di Masjid tersebut syahid dibunuh oleh tentera kerajaan Pakistan kerana didakwa bertindak mengikut tindakan mereka sendiri terhadap premis-premis CD haram dan pelayan-pelayan dari negara China. Maulana Abdul Rasyeed mendakwa kerajaan Pakistan gagal melaksanakan undang-undang Syariah sehingga maksiat dibiarkan dengan kehadiran pelayan-pelayan dari negara China serta cd-cd yang tidak bermoral dijual secara berleluasa. Tindakan pelajar-pelajar dari masjid Merah yang cuba mencegah maksiat kerana tiada usaha dari pihak berkuasa Pakistan untuk mencegahnya, dilihat sebagai tindakan keganasan.



Masjid Baitur Rahman , Banda Acheh, terselamat dan dilindungi Allah dari bencana Tsunami pada 26 Disember 2004.

2 comments:

  1. salam saudari, post yang bagus.... tapi musykil sket gambar masjidil aqsa tu, tu kan 'dome of rock'. mungkin bleh tukar utk mengelakkan kekeliruan, moga kita berhati2 dgn propaganda Yahudi ini... terima kasih

    ReplyDelete
  2. Thank you 4 d reminder. InsyaAllah i'll correct the error.

    ReplyDelete

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.