Qatadah berkata, "Saya bertanya kepada Anas, 'Berapa kali Nabi mengerjakan umrah?' Ia menjawab, ' empat kali, (semuanya pada bulan Dzulqai'dah, kecuali yang bersama hajinya), iaitu umrah dari Hudaibiyah pada bulan Dzulqai'dah ketika beliau dihalang-halangi kaum musyrik. Umrah pada tahun berikutnya dalam bulan Dzulqai'dah, sesuai dengan perjanjian damai dengan mereka, dan umrah Jira'nah, yaitu ketika membagi rampasan Hunain, (dan umrah bersama hajinya).' Saya (Qatadah) bertanya, 'Berapa kali beliau mengerjakan haji?' Ia menjawab, 'Satu kali.'"
Assalamualaikum pengunjung budiman. Junjungan Rasulullah saw hanya mengerjakan sekali haji sahaja sepanjang hayat baginda. Haji yang dikerjakan Rasulullah dinamakan "Hajjatul Wada'" iaitu haji selamat tinggal kerana tidak berapa lama selepas haji tersebut Rasulullah saw wafat. Baginda telah berangkat dari kota Madinah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah, tahun ke sepuluh Hijrah bersama sekelian isteri-isteri baginda, sahabat-sahabatnya dan orang-orang mukmin seramai 90,000 orang (sesetengah riwayat mengatakan lebih daripada itu).
Apabila rombongan Haji Rasulullah berangkat, Kota Madinah diserahkan di bawah jagaan Abu Dujanah Al Ansari. Angkatan baginda sampai di Zulhulaifah (Bir Ali) lalu berhenti semalam. Pada keesokan harinya baginda dan kaum Muslimin memakai ihram dan berniat Haji serta mengucapkan;
Bayangkan kegembiraan, kesyukuran dan kehebatan rombongan haji yang bergitu padu dan cemerlang yang dipimpin oleh semulia-mulia dan seagung-agung makhluk di muka bumi iaitu Rasulullah saw. Bergemuruhlah bunyi talbiah, sepanjang-panjang jalan dari Madinah hingga ke Mekah.
Baginda dan rombongan masuk ke Mekah melalui Thaniah Kada iaitu sebatang jalan dekat dengan perkuburan Ma'ala pada pagi Ahad 4 Zulhijjah ( 9 hari perjalanan) Tatkala terpandang Ka'abah yang mulia baginda berdoa;
للهم زِدْ بَيْتَكَ هَذاَ تَشْرِيْفاًَ وَتَكْرِيْماً وَتَعْظِيْماً وَمَهاَبَةً وَرِفْعَةً وَبِراًّ
" Ya Allah Ya Tuhan kami, tambahkanlah Baitullah dengan kemuliaan dan kebesaran, kehebatan dan kebajikan."
Kemudian rombongan baginda masuk ke dalam Masjidil Haram lalu tawaf tujuh kali. Sembahyang dua rakaat di belakang Makam Ibrahim dan minum air zam-zam. Kemudian bersaei di antara Bukit Safa dan bukit Marwah sebanyak tujuh kali. Apabila baginda naik ke Bukit Safa lalu baginda mengucap;
"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan allah itu Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah Yang maha Esa yang melaksanakan janjinya dan menewaskan segala pasukan musuh Islam dengan keesaanNya."
Pada 8 haribulan Zulhijjah bagindapun berangkat pula ke Mina lalu bermalam semalam. Pada keesokan harinya, Rasulullah bersama kaum muslimin ke Arafah dan disana baginda berkhutbah dengan khutbah tersohor dalam sejarah dakwah baginda kerana khutbah tersebut telah membayangkan baginda akan meninggalkan kita buat selama-lamanya untuk bertemu Kekasihnya yang dirindui. Antara ucapan baginda yang bermaksud;
" Wahai sekelian manusia, dengarlah percakapanku ini, kerana aku tidak tahu boleh jadi aku tidak lagi berjumpa kamu selepas tahun ini di tempat wuquf ini buat selama-lamanya ."
Dikatakan bahawa Rasulullah saw juga telah bersabda ketika baginda wuquf di Arafah yang menerangkan bahawa Arafah itu semuanya tempat wuquf. Tatkala berhenti di Quzah Sabihah di Mudzalifah, baginda bersabda;
" Ini adalah tempat mabit (bermalam) dan mana-mana sahaja di bumi Mudzalifah adalah tempat mabit".
Kemudian baginda menyembelih korban di Mina dan baginda bersabda;
" Ini adalah tempat sembelih korban, dan di mana-mana tempat di Mina adalah tempat korban."
Rasulullah kemudian menyempurnakan semua ibadat hajinya dan baginda menerangkan apa yang halal dan apa yang haram sewaktu mengerjakan haji dan akhirnya kembali ke Madinah. Haji ini juga dikenali sebagai Hajjatul Wada', Hajjatul Balagh, Hajjatul Islam, Hajjatuttammam wal kamal ( Haji sempurna dan lengkap) kerana pada hari itu turunnya firman Allah swt ;
" Dan hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kamu." Al Maidah : 3.
Selepas menunaikan haji tersebut Rasulullah pergi buat selama-lamanya meninggalkan ummat yang sangat dicintai baginda.
semoga Allah makbulkan doaku.ameen.
ReplyDeleteSalam. Boleh saya tahu dari Mana yea dapat qaul sahabah yg Qatadah berkata:..?
ReplyDeleteLebih cantik jika diletakan sumber rujukan :)
nabi kite wat haji hnya sekali, tp org kite??
ReplyDelete