Assalamualaikum pengunjung budiman. Bajet 2011 nampaknya menjadi serangan blogger-blogger dengan sindiran-sindiran pedih dan sinis apabila Perdana Menteri mengumumkan duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.
“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut...” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen.
Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan “Rosmah!” disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka.
Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: “Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.
Bajet 2011 telah mengheret "Wanita Pertama" (gelaran kontroversi) Rosmah Mansor kepada kecaman-kecaman pembangkang apabila belanjawan 2011 seakan-akan berorientasikan minat dan keperluan Rosmah. Macam-macam gelaran yang diberi untuk bajet 2011 ini seperti Bajet Seluar Dalam, Bajet spenda , Bajet RM (Rosmah Mansor) dan pelbagai gelaran yang sinis dan bernada kelakar. Bajet 2010 dulu juga telah mencetuskan fenomena RM apabila program PERMATA beliau mendapat peruntukan RM100juta sedangkan banyak porfolio termasuk Kementerian Pelajaran terpaksa mengikat perut dalam soal menguruskan kewangan. Hal ini nampaknya berlaku lagi.
Saya tidak pandai membincangkan hal politik kerana bacaan politik saya selalu tersasar. Mungkin bukan arena saya lebih2 lagi sebagai govt servant dan pendidik, saya telah dikursuskan supaya akur perintah dan patuh akur janji. Kalau tidak..miss soru laa..Kami adalah pelaksana dasar yang tidak banyak boleh bersuara lebih2 dalam soal politik. So disini, saya tak mahu sentuh hal politik tetapi lebih nak membincangkan rasional Bajet 2011 dari sudut statistik dan matematik (bidang saya) khasnya peruntukan yang diagihkan untuk pendidikan.
Assalamualaikum makcik. Makcik tau tak harga handbag dah turun ? Guna handbag je lah makcik..jangan guna bakul lagi.
Mungkin agak geram sedikit bila Bajet 2010 telah merencatkan pelbagai program pendidikan serta pembangunan ilmu di semua institusi pendidikan. Di tempat saya sendiri, pelbagai elaun tidak boleh dituntut termasuk elaun perjalanan menjalankan praktikum serta elaun mengajar kursus semasa cuti (dah la tu..cutipun kena bertugas). Pensyarah terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk menguruskan pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah. Kursus-kursus serta LPS hanya berbentuk dalaman sahaja dan pelbagai belanja mengurus terpaksa dipotong dan dicatu. Tidak ada lagi Hadiah Latihan Persekutuan bagi guru2 atau pensyarah2 yang ingin melanjutkan pelajaran kecuali cuti belajar tanpa biasiswa. Pelajar2 pula terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk program-program luar kampus dan adakalanya menagih derma dan tajaan pensyarah2. keadaan ini telahpun berlalu selama setahun semenjak belanjawan 2010 dibentangkan.
Nampaknya kesulitan ini akan berterusan setelah Bajet 2011 dibentangkan 3 hari lalu yang pasti sehinggalah belanjawan 2012 dibentangkan kelak. Belanjawan kali ini menyaksikan penurunan peruntukan untuk pendidikan yang mana sebanyak 29.3 billion diperuntukkan untuk 5.5 juta pelajar diseluruh negara sedangkan Bajet 2010 telah memperuntukkan lebih daripada 30 billion. Namun projek PERMATA RM mendapat penambahan imbuhan sebanyak RM 111 juta ( semangat 1Malaysia) berbanding RM 100 juta pada tahun lepas yang diperuntukkan untuk pelajar seramai 17, 565 0rang. Dari segi kiraan matematik pelajar2 PERMATA lebih mendapat keistimewaan dan menjadi intan terpilih ! Mungkin sesetengah kita merasakan perbezaan perbelanjaan untuk setiap pelajar PERMATA dan bukan PERMATA adalah kecil (lihat di bawah) tapi sebenarnya ianya memberi implikasi tertentu terhadap agihan peruntukan yang berat sebelah. Bagi seorang pendidik seperti saya, setiap anak Malaysia berhak mendapat pendidikan yang sama rata di peringkat mana sekalipun.
2011 - RM29 300 000 000 / 5500 000 pelajar = RM5327.272727/setiap pelajar bukan PERMATA . RM 111 000 000 / 17565 pelajar = RM6319.3851/setiap pelajar PERMATA.
Saya benar-benar berharap PM yang ada sekarang lebih prihatin dan mendahulukan rakyat daripada tuntutan-tuntutan yang berbentuk peribadi dan peribody. Alangkah aibnya bila Pemimpin2 kita terus menunjukkan minda yang bangkrap dan bersikap tidak rasional dalam pentadbiran negara semata-mata kerana mendahulukan bini !
2011 - RM29 300 000 000 / 5500 000 pelajar = RM5327.272727/setiap pelajar bukan PERMATA . RM 111 000 000 / 17565 pelajar = RM6319.3851/setiap pelajar PERMATA.
Saya benar-benar berharap PM yang ada sekarang lebih prihatin dan mendahulukan rakyat daripada tuntutan-tuntutan yang berbentuk peribadi dan peribody. Alangkah aibnya bila Pemimpin2 kita terus menunjukkan minda yang bangkrap dan bersikap tidak rasional dalam pentadbiran negara semata-mata kerana mendahulukan bini !
Gempak. Fesyen Islami rosmah. Jahil tuke ini orang.
ReplyDelete