Peribadi Rasulullah terlalu indah dan tiada bandingannya
Assalamualaikum pengunjung budiman. Bertanyalah lagi cucunda Rasulullah Al-Hassan kepada bapa saudaranya Hindun bin Abu Halah. " Sifatkanlah kepadaku kebiasaan Rasulullah". Hindun pun berkata;
" Rasulullah saw senantiasa di dalam kesedihan yang berpanjangan, senantiasa berfikir, beliau tidak mempunyai kerehatanpun, tidak bercakap melainkan perlu, diam yang berpanjangan, memulakan dan menyudahkan percakapannya dengan menutup mulut sepenuhnya, bercakap-cakap dengan kalimah-kalimah yang ringkas tetapi mempunyai makna dan hikmah yang mendalam, perbicaraannya jelas tanpa berlebihan mahupun berkurangan, budi bahasanya lembut tidak rakus mahupun menghinakan, sentiasa membesar-besarkan nikmat walaupun sedikit, baginda tidak mencerca apa-apapun darinya walaupun memujinya. tidak bertindak disebabkan kemarahannya. Jika kebenaran dicabar, baginda akan menjadi teramat marah sehingga tiada seorangpun yang dapat mengawal kemarahannya. Baginda saw tidak pernah marah lantaran sesuatu yang berkaitan dengan kepentingan dirinya, begitu juga tidak meminta tolong dari sesiapa untuk yang demikian, Jika baginda menunjuki sesuatu atau memberi isyarat kearah sesuatu beliau akan menunjuki dengan keseluruhan tapak tangannya. Apabila baginda merasa takjub ataupun kehairanan beliau akan membalikkan tapak tangannya. Apabila beliau sedang berbicara, selalu baginda memukul-mukulkan tapak tangan kanannya kepada ibu jari tangan kirinya. Apabila baginda marah, beliau akan berpaling secara keseluruhannya dari kemarahan tersebut ataupun dari punca yang menyebabkan kemarahannya. Apabila bergembira baginda sering tersenyum. Senyuman baginda menawan seumpama embun yang dingin dipagi hari.".
Subhanallah. Allahhumma salli 'ala Muhammad wa'ala aalihi wasohbihi wasallam.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.