Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Tuesday, October 12, 2010

Hukum Aurat Muslimah Di Hadapan Wanita Kafir

Wajib tutup aurat di hadapan wanita kaafirah ?

Assalamualaikum pengunjung budiman. Saya baru saja pulang dari membawa pelajar-pelajar saya ke Perkhemahan unit beruniform selama 4 hari 3 malam di Batu Laut, Morib, bersama 9 lagi pensyarah penasihat Unit Beruniform dari institut kami. Alhamdulillah perkhemahan berjalan lancar walaupun kami diduga dengan air pasang yang melanda kawasan perkhemahan seawal 4 pagi. Tak apa..semua itu menjadi kenangan manis bagi semua peserta-peserta perkhemahan.

Seperti biasa, pensyarah-pensyarah disediakan chalet untuk menginap dan tidak berkhemah seperti pelajar-pelajar melainkan menjalankan giliran tugas mengawasi kawasan perkhemahan  pada malam-malam tertentu. Ditakdirkan,  semua pensyarah perempuan seramai 6 orang ditempatkan  disebuah chalet yang sama termasuk seorang pensyarah bukan Islam. Hah ! Bagi saya ini satu isu. Saya tidak ada masalah menginap sebumbung dengan bukan islam cumanya masalah penjagaan aurat menjadi isu penting bagi saya.

Dari dulu lagi, saya berpegang bahawa muslimah tidak boleh membuka aurat di hadapan kaafirah. Jadi, walaupun menginap bersama, saya tidak membuka aurat saya di hadapan pensyarah non-muslim tersebut hatta waktu tidur sekalipun. Betulkah tindakan saya tersebut ? Sedangkan dua orang ustazah yang menginap bersama tidak melakukannya seperti saya !!

Saya sekali-kali tidak berburuk sangka terhadap ustazah-ustazah tersebut malah saya bersangka baik bahawa mereka adalah golongan ilmuwan yang mempunyai banyak hujah-hujah yang mantap. Ada rasionalnya kenapa mereka tidak menutup aurat semasa bersama wanita non-muslim. So...apakah  sebenarnya hukum muslimah membuka aurat di hadapan wanita kafir ? Sebenarnya dalam kes ini, ada dua percanggahan pendapat. 

Pendapat pertama : Hukum penjagaan aurat bagi wanita muslimah adalah bersumberkan surah An Nuur ayat 31 sebagai panduan utama. Perbezaan hukum ini terjadi melalui frasa nisaa 'ihinna yang terdapat pada ayat tersebut. Hampir semua terjemahan Quran Bahasa Melayu/Indonesia menterjemahkan secara literal frasa ini sebagai "wanita mukmin/beriman" . Manakala terjemahan Quran Bahasa inggeris (Yusuf Ali) menggunakan "your womenfolk" bagi maksud frasa tersebut yang mana kalau diterjemahkan kepada bahasa Melayu bermaksud   " wanita2 dari kalangan kamu". Wanita kafir bukanlah termasuk wanita dari kalangan wanita muslimah. Memang benar, jumhur ulama berpendapat, seorang wanita muslimah dilarang terlihat auratnya di hadapan wanita-wanita kafir. Inilah pendapat majoriti ulama salaf.

Hujah ini disokong dengan dalil-dalil yang lain seperti  Ibnu Abbas ra berkata " seorang wanita muslimah tidak boleh menyendiri di antara ahlu zimmah, dan ia tidak boleh menampakkan auratnya di hadapan wanita kafir, sebagaimana ia tidak boleh menampakkan auratnya di hadapan lelaki asing, kecuali wanita kafir itu hamba miliknya". Katanya lagi " Dia adalah wanita-wanita muslimat yang tidak boleh menampakkan auratnya kepada wanita-wanita Yahudi dan Nasrani, yakni leher, anting-anting dan selempang dan bahagian-bahagian yang tidak boleh dilihat kecuali mahramnya sahaja". Dan Umar ra pernah mengirim surat kepada Abu Ubaidah ra untuk melarang wanita-wanita ahlul  kitab masuk ke permandian bersama wanita-wanita mukminat
Di dalam tafsir Ibnu Katsir pula menyatakan ; Firman Allah swt  'au nisaa' ihinna' maksudnya adalah seorang wanita muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya kepada wanita-wanita muslimah, namun tidak boleh kepada  wanita-wanita kafir ahlu zimmah agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari oleh semua wanita akan tetapi kepada wanita-wanita kafir lebih ditekankan lagi.

Pendapat kedua : Lebih kepada persoalan tafsir daripada terjemahan  'au nisaa' ihinna'. Ada di kalangan ulama mengertikan frasa tersebut secara mutlak, terkena semua wanita, sama ada mukminat atau kaafirah, tanpa ada pengkhususan. Imam An Nasafiy dalam tafsir An Nafasiy menyatakan " Au nisaa' ihinna yakni al-haraa'ir (wanita-wanita) merdeka, disebabkan kemutlakan lafaz ini mencakup wanita-wanita merdeka (juz 2 hal. 411).

Manakala pendapat Prof Mohammad Ali As Saayis di dalam Kitab Tafsir Ayaat al Ahkaam menyatakan bahawa wanita muslimah dibolehkan menampakkan sebahagian perhiasannya di hadapan wanita kafir sebagaimana dia dibolehkan menampakkannya di hadapan wanita muslimah. Ini adalah salah satu pendapat dari dua pendapat dari kalangan Hanafiyyah dan Syafi'yyah.Imam Ghazali membenarkan pendapat ini dari ulama Syafi'yyah dan Imam Abu Bakar Ibnu Al 'Arabiy. Pendapat kedua ini dikatakan sebagai pendapat yang rajih (kuat)  apabila penafsiran ini dibuat dari sudut lughah iaitu dhamir (kata ganti) yang berfungsi sebagai al ittibaa' (kena tanya pakar Bahasa Arab). Ianya lebih rajih dari pendapat pertama kerana riwayat-riwayat dari Umar ra dan Ibnu Abbas  adalah mauquf (tidak sampai kepada Nabi, lawannya marfu') dan hadis mauquf tidak dapat dijadikan hujah.

So... kesimpulannya saya suka berpegang pada yang pertama dan mungkin ustazah-ustazah tadi berpegang pada yang kedua. Bagi saya ..no sweat. Allahu'aklam. 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.