Baitullah : Rindu yang tak pernah padam

Baitullah : Rindu yang tak pernah padam
Baitullah : Rindu yang tak akan padam hingga ke akhirku...

Saturday, October 2, 2010

Kubur Kita : Taman Syurga Atau Lubang Neraka ?


Assalamualaikum pegnunjung budiman. Pernah junjungan besar kita Nabi Muhammad saw bersabda bahawa " Mati itu adalah sebaik-baik nasihat ". Maknanya mengingati mati itu mengingatkan kita tempat kembali kita iaitu menghadap Allah Azza Wajalla, segala amal baik atau buruk akan dibawa bersama ke alam barzakh dan akan dihisab pula di akhirat nanti. Syurga atau neraka menjadi tanda soal destinasi terakhir kita. Sudah pasti kematian yang menggerunkan itu dapat memotivasikan  diri kita dan menjadi nasihat kendiri supaya kita tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah. Manakala kubur itu pula merupakan tempat transit kita sementara dipindahkan ke Padang Mahsyar.

Ya, kelak kita kan memiliki kubur kita sendiri nanti sekiranya jasad kita tidak dibakar dan abunya dicampakkan dimerata-rata tempat. Persoalannya, bagaimana keadaan kubur kita itu nanti ? Taman syurga atau lubang neraka ?
Bersabdalah Rasulullah saw  yang bermaksud;
" Kubur itu adalah taman dari taman-taman syurga atau lubang dari lubang-lubang neraka."

Jom soal diri kita setiap hari. Mana satu agaknya keadaan kubur kita itu? Sudah pasti cita-cita setiap mukmin untuk mendapatkan kubur mereka sebagai salah satu taman syurga kelak. Beramallah, berusahalah, jauhkanlah segala dosa-dosa, dan berdoalah  penuh harap. Ingatlah selalu akan mati dan  fikirlah selalu akan status kubur kita kerana itu adalah sebaik-baik nasihat bagi kita yang bergelumang dengan dosa ini. Allahuaklam.

2 comments:

  1. Perkongsian yang baik.

    Sedikit perkongsian ilmu dari kuliah maghrib yg lepas.

    Jenazah yang diusung akan mengalami salah satu dari keadaan berikut
    1) Jenazah org jahat akan tertanya2 kepada yang mengusung mereka "kemana kamu membawa aku?"

    2) Jenazah orang mukmin akan berkata "cepatlah!! cepatlah!" kerana tidak sabar untuk sampai ke taman syurga.

    Tiada jenazah yang diam.Jadi kategori manakah kita? sama2 muhasabah.

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah. Thanx akhi. excellent reminder. salam.

    ReplyDelete

Assalamualaikum pengunjung. Terima kasih atas semua komen-komen anda. Komenlah apa sahaja asalkan tidak tercatat dosa di dalam buku amalan anda(mencarut berdosa tau !).Terima kasih komen yg membina. Terima kasih juga komen yg menjatuhkan. Orang-orang hebat menjadi hebat setelah banyak kali bangun dari banyak kali kejatuhan. Akhirnya ia bangun dan tak jatuh-jatuh lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

terima kasih dariku...

Tajuk-tajuk saya

Menyentuh Hati-Peristiwa Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Syuhada Chechen. Mereka telah memilih Syahid.